Saya, Ismail, Jerome, Helmi dari Mukah Anglers Group (MAG) dan Mann Levi’s dari Matu Daro Fishing (MDF) telah berkesempatan jigging di perairan Mukah. Ia disusuli trip kedua tiga hari kemudian meskipun keadaan cuaca tidak menentu.

 

Kami memulakan perjalanan ke spot pertama yang memakan masa selama 30 minit dari Kuala Sungai Penipah. Setelah bot mengambil posisi yang betul jig dihulurkan serentak sambil unjunan dibuat beberapa kali.

 

Bila Grup Angler Sarawak Jigging Bergabung

 

Strike pertama daripada tekong membuatkan kami rasa teruja. Ikan pisang-pisang berskala kecil berjaya dinaikkan menggunakan jig 40 gram. Tidak lama kemudian, tekong sekali lagi mendapat strike dan hampir 5 minit bertarung, seekor jemuduk berskala 1 kg berjaya dinaikkan.

 

Jerome yang pertama kali turun jigging seterusnya mendapat strike, seekor kerapu saiz 500 gram menjadi koleksi pertama beliau. Sesi sakat menyakat member menjadi penghibur hati kami yang belum mendapat strike.

 

Yes, strike pertama menggunakan jig Storm Koika Silver 20 gram membuatkan saya teruja. Seekor talang berjaya saya daratkan, hati ada senyum usik rakan-rakan yang lain.

 

Bila Grup Angler Sarawak Jigging Bergabung

 

Disebabkan spot tersebut agak hambar tanpa sambaran daripada penghuni dasar, perjalanan ke spot seterusnya mengambil masa 10 minit. Kali ini, Ismail pula mendapat strike.  Seekor anak sagai berjaya beliau daratkan.

Ads

 

Memang rezeki Ismail apabila tidak lama kemudian, sekali lagi lagi dia mendapat strike. Kali ini agak kasar sentapan daripada penunggu dasar, akhirnya seekor gerepoh berskala 1 kg berjaya dinaikkan menggunakan jig 38 gram.

 

Bila Grup Angler Sarawak Jigging Bergabung

 

Kami berpindah lagi ke spot lain. Kali ini kami terserempak dengan kawanan burung yang banyak tekong terus mematikan enjin. Mann Levi’s orang pertama yang menurunkan jig terus mendapat sambaran.  Akhirnya mangsa seekor jemuduk berjaya dinaikkan. Apa yang menarik spot ini kami telah mendapat strike bertubi-tubi sehingga tidak sempat nak bergambar dibuatnya.

 

Dalam keseronokan kami berjigging, tekong akhirnya memberikan isyarat untuk kami segera menggulung naik tali tanda akan pulang ke jeti apabila keadaan laut semakin bergelora dan tidak mengizinkan untuk kami bertahan lebih lama.

 

Bila Grup Angler Sarawak Jigging Bergabung

 

Ads

Tiga hari kemudiannya, saya bersama Helmi, Yusry dan Ismail repeat semula. Saya berharap yang cuaca pada hari tersebut baik, tidak seperti trip sebelumnya dan kami masih lagi menggunakan khidmat tekong Suhaimi.

 

Hujan renyai-renyai membuatkan saya risau dengan keadaan cuaca. Tiba di spot pertama tekong terus membetulkan posisi bot supaya berada pada posisi yang sesuai. Nampaknya tekong memulakan aksi pemanas badan dengan menaikkan seekor anak ikan pisang-pisang yang terpedaya dengan unjunan jig handmade tekong Suhaimi sendiri.

 

Bila Grup Angler Sarawak Jigging Bergabung

 

Tidak lama selepas itu saya pula strike anak ikan sagai.  Giliran Helmi pula menyusul. Rupa-rupanya pecutan ikan sagai berskala 1 kg. Boleh tahan juga aksi pecutannya.

 

Kebanyakan strike yang kami perolehi selepas itu ialah anak ikan kerapu yang semuanya kami lepaskan semula disebabkan saiz yang masih kecil. Di spot kedua yang jaraknya 15 minit perjalanan dari spot pertama, joran PE 0.8-1.5 milik saya disentap rakus penunggu dasar secara tiba-tiba.

 

Ads

Bila Grup Angler Sarawak Jigging Bergabung

 

Sangkaan saya ikan sagai, tetapi yang berjaya dinaikkan adalah jenahak tanda. Ia kali pertama saya memperoleh spesies ini menggunakan teknik jigging. Selepas itu, tekong Suhaimi, Helmi dan Ismail pula secara bergilir-gilir mendapat strike ikan jemuduk dan sagai semuanya berskala 1 kg ke atas.

 

Sedar tak sedar jam menunjukkan angka 2.00 petang. Langit mendung kelabu membuatkan kami tidak sedar masa berlalu pantas. Tekong memberitahu dia akan membawa kami ke point kerapu strawberi. Ia membuatkan kami begitu teruja kerana spesies kerapu ini sememangnya menjadi idaman setiap pemancing.

 

Bila Grup Angler Sarawak Jigging Bergabung

 

Tiba di lokasi, saya, Helmi dan Ismail masing-masing berjaya menaikkan beberapa ekor kerapu strawberi di spot tersebut dalam anggaran saiz 500gram- 1.5kilogram. Alhamdulilah, dapat juga lesen walau saiz kecil. Di point yang sama, kami turut menaikkan ikan sagai, gerepoh, jemuduk, kerapu dan todak.

 

Nun di hujung kaki langit, awan hitam berarak kuat dan deruan kuat angin juga kian terasa. Enggan mengulangi skrip yang sama tiga hari lalu, tekong terus sahaja memecut pulang dan selamat sampai pulang ke pangkalan sebelum hujan lebat.

 

Bila Grup Angler Sarawak Jigging Bergabung

 

Jelas trip tersebut kami sangat berpuas hati dengan khidmat tekong Suhaimi serta hasil tangkapan yang kami perolehi. Ini mungkin trip terakhir kami untuk tahun ini disebabkan keadaan cuaca di perairan Mukah tidak menentu sekaligus petanda musim tengkujuh bakal menjelang tiba.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI