Tekong sering dikatakan sebagai antara manusia terpenting untuk kaki pancing memperoleh hasil yang lumayan. Malah ada juga yang mengatakan bahawa 90% penentu sama ada trip memancing itu berjaya atau tidak datangnya daripada tekong yang dipilih. Jadi wacana kali ini ingin membongkar mengenai benarkah dakwaan bahawa tekong menjadi faktor terpenting buat kaki pancing memperoleh hasil yang lumayan?

 

Betul Ke Hasil Trip Mancing Bergantung Pada Tekong Sepenuhnya?

 

Tidak lama dulu, penulis telah mengikuti satu trip memancing. Untuk trip ini, 3 buah bot sudah disediakan untuk memancing di sekitar Pulau Jarak selama 2 hari 1 malam. Bot yang penulis naiki memang boleh dikatakan sukses dengan tangkapan hasil ikan gred A seperti jenahak, kerapu dan ikan-ikan karang yang lain. Sangkaan penulis mestilah bot-bot lain juga berpesta hasil tangkapan seperti di bot kami.

 

 

Namun apabila tiba sahaja di jeti keesokan harinya, terdengar pula berita kurang enak dari bot sebelah mengenai tekong mereka yang langsung tidak bersikap profesional dalam mencari lubuk terbaik, malah bersikap biadab.

 

Betul Ke Hasil Trip Mancing Bergantung Pada Tekong Sepenuhnya?

 

Melihat kepada situasi ini penulis mula mendapat gambaran yang lebih jelas tentang pentingnya pemilihan tekong untuk sesebuah trip memancing . Iyelah, harus diingat khidmat tekong ini dibayar oleh kaki pancing. Jadi, seharusnya tekong memberikan servis yang terbaik agar pemancing berpuas hati dengan perkhidmatannya.

 

Situasi tekong bersikap acuh tak acuh dan bersikap sambil lewa ini bukanlah sesuatu yang baru kita dengar daripada kalangan kaki pancing. Namun harus diingat, kita sebagai pemancing juga tidak seharusnya menyalahkan 100% kepada tekong andai kata trip anda gagal.

Ads

 

Betul Ke Hasil Trip Mancing Bergantung Pada Tekong Sepenuhnya?

 

Apa pula kata pemancing sekalian?

 

“Pengalaman dengan seorang Tekong di sebuah perairan ni sangat mengecewakan, dari Pulau Tioman, Pulau Pemanggil, Pulau Aur habis kami geledah. Tunjuk gambar dalam handphone pelbagai jenis tangkapan diperolehi sebelum trip berlangsung. Semasa trip cuma tambak sahaja je yang sudi menjamah umpan.

Di unjam pula kadangkala langsung tiada kelibat ikan, terjadilah istilah ‘air jernih lah, air keruh lah, air tinggi lah, air rendah lah dan pelbagai istilah lagi. Maaf cakap, bagi kami tekong seperti ini lebih kepada mengambil kesempatan ke atas pemancing-pemancing seperti kami.

Tapi kami sebagai pemancing tetap akan meneruskan aktiviti ini walaupun terjadinya perkara sedemikian, alah bisa tegal biasa kata orang-orang tua. Majulah sukan untuk pemancing dan buat tekong & guide di sekitar Malaysia amnya, lihatlah kehebatan tekong bot & awak-awak di negara Jiran kita sebagai rujukan dan cabaran.”

– Raoul Benjamin

Ads

 

Betul Ke Hasil Trip Mancing Bergantung Pada Tekong Sepenuhnya?

 

“Tekong yang terbaik akan menjadi pilihan kaki pancing kerana sudah tentulah pemancing mahukan khidmat dan hasil tangkapan yang memuaskan. Bagi saya dapat ke tidak, itu rezeki tuhan. Janji kepuasan dan layanan tekong yang sempurna dan baik melayan karenah pemancing…”

– Wan Bukhari

 

Betul Ke Hasil Trip Mancing Bergantung Pada Tekong Sepenuhnya?

 

“Salah satu tekong yang tak boleh aku lupakan dalam trip jigging. Masa tengah hari tekong buang sauh, siapkan tempat tidur tapi sebelum dia tidur sempat dia cakap “Ni belum masuk musim jig kalau nak jig datang laa bulan 7, ni baru bulan 4”. Terus lemah semangat… kalaulah dia inform sebelum kami turun kan lebih bagus. Mungkin kami boleh bawa set bottom. Memang tak berhati perut! Lokasi… ? Biarlah aku je yang tahu!”

Ads

– Nazri Bachok

 

Betul Ke Hasil Trip Mancing Bergantung Pada Tekong Sepenuhnya?

 

“Tekong mesti bersikap friendly dengan pelanggan. Jangan utamakan keuntungan semata-mata. Servis yang baik dan usaha yang bersungguh daripada tekong untuk memuaskan hati pelanggan dengan membawa pelanggan ke port ikan gred A. Memang rezeki daripada tuhan tapi jika tiada bantuan dari segi kemahiran dan pengalaman tekong agak sukar bagi pelanggan mendapat hasil yang membanggakan.

Pengalaman saya, semakin rapat hubungan kita dengan seseorang tekong itu boleh membantu dalam usaha mendapatkan hasil yang lumayan kerana akan timbul sikap tanggung jawab pada diri tekong utk membantu pelanggan mendapatkan hasil terbaik. Apabila pelanggan berpuas hati maka semakin lama dan luaslah perniagaan tekong tersebut kerana pelanggan akan menceritakan kepada rakan pemancing akan servis dan hasil yang diperolehi daripada tekong tersebut.”

– Azman Rahman

 

Betul Ke Hasil Trip Mancing Bergantung Pada Tekong Sepenuhnya?

 

“Dah banyak kali saya mengikuti trip memancing laut. Bagi saya, Tekong Ameng dari Jeti Parit Unas Muar adalah tekong terbaik yang pernah saya jumpa setakat ini. Servis memang tip top. Sentiasa tepat pada waktu bila nak memulakan trip dan juga cekap mengendalikan bot. Beliau juga peramah, tak lokek ilmu tentang laut dan tau spot-spot yang sesuai nak berlabuh. Kalau salah seorang strike monster, Tekong Ameng awal-awal siap sedia nak membantu dan dia juga tak pernah mengeluh kalau diminta tukar spot lain walaupun baru berlabuh setengah jam. Apa pun, Tekong Ameng Muar terbaik yang pernah saya  jumpa setakat ini.”

– Zietie GT

 

Betul Ke Hasil Trip Mancing Bergantung Pada Tekong Sepenuhnya?

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI