Bersantai Di Rumah Rakit Pak Lim

Share

 

Oleh: Kamal Malisa

 

Daerah Sepang, Selangor sememangnya terkenal sebagai destinasi memancing. Di sini jugalah terletak muara Sepang Besar, Bagan Lalang. Destinasi popular bagi kaki pancing yang meminati pancingan rumah rakit dan juga kelong. Salah satu rumah rakit yang popular masa kini adalah Rumah Rakit Pak Lim.

 

Sebagai warga Sepang yang meminati aktiviti memancing, saya tidak ketinggalan mencuba nasib memancing di Rumah Rakit Pak Lim ini bersama rakan-rakan di hujung minggu ini. Baru-baru ini saya berkesempatan ke rakit ini bersama rakan-rakan.

 

 

Sepanjang 24 jam memancing dan bersantai di sini, ternyata hasilnya amat lumayan. NYata ia amat berbaloi untuk dikunjungi. Saya agak bertuah kerana berjaya menaikkan beberapa ekor spesies gemang dan paling berat 2 kg. Spesies ikan lain yang terdapat di sini termasuk sembilang, daun baru, tirusan, siakap, gelama dan macam-macam lagi.

 

Di sini saya ingin berkongsi sedikit persediaan dan info untuk memancing di Rumah Rakit Lim.

 

Umpan

Umpan untuk muara Sepang Besar yang sangat diminati ikan adalah udang hidup, udang kopek, umpun-umpun sarang dan ruat. Saya sendiri hanya pakai udang kopek untuk naikkan gemang mega.

 

 

Arus

Arus di muara pun main peranan pasang surut, yang terbaik arus tidak terlalu kuat bila memulakan memancing di muara.

 

Batu ladung

Batu yang sesuai saiz 5 atau 6 yang sesuai bila mancing di muara. Ia tidak terlalu besar dan kecik.

 

 

Harga sewa rumah rakit

RM 450 hingga RM 550 untuk tempoh 24 jam.

Published by
Amang