Rod dengan mesin kwn sebelah yang sama2 mancing sebelum tu baru terjun masuk kolam bahana ditarik ikan. Rod bergerak syok nak hook, karau2 naik rod dia. Yang manjanya jenahak tu masih melekat kat mata kail dia.
Man Mujib
Ads
Main popper… tuba2 debuss!!! Betul2 nampak strike toman… membenam bukan main. Tarik punya tarik sampai ke tepi toman bertukar jadi selipar jepun.
Ranger Sungai
Ingatkan pari besar bas… sekali kelambu daaa!
CheYahya Salleh
Pancing udang galah kat Nibong Tebal jam 2 pagi yang lain dah tidur. Tinggal sorang pancing tau2 dapat ikan macam ikan duri tapi seeakan muka orang siap mata boleh berkelip-kelip.
Ads
Amir Anwar
Tarik2 macam sangkut tapi bergerak… punya la berat sekali naik cadar tilam. Jahanam betul.
Jashanissyem Salleh
Dapat penyepit… tapi bukan udang galah punya penyepit tapi penyepit kueh!
Ah Fiz
Memancing dapat guni yang berisi ikan lampam. Memang susah nak percaya.
Ads
Ammar Sebastian
Saya pernah dapat keris lama masa pancing udang di Sungai Perak.
Md Yazid Yahya
Kawan mancing dapat pancing 1 set lagi. Mesin Shimano joran tak tau coz dah penuh dengan teritip. Semua dah tak boleh pakai… dah bertahun gamaknya kat dalam air masin tu.
Mohd Adam Soufie
Pernah dapat tempat sembahyang Cina yang dibuang ke laut.
Choujie Chet
Mmg banyak sgt yang pernah dinaikkan time mancing ni. Yang paling menyeronokan, yang melucukan pun ada… saya pernah naikkan seluar dalam. Paling lucu… time pertandingan pulak tu. Hahah…
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha umpan memancing ikan air tawar ini?
ADHA: Saya sudah menghasilkan umpan memancing untuk kegunaan sendiri sebenarnya sudah lama. Namun pada 2016, secara rasminya umpan Papa Paste ini dikomersialkan.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?
ADHA: Berkongsi minat dalam penghasilan umpan yg telah digunakan lebih dari 10 tahun. Mungkin ia ada hubung kait juga dengan kerjaya saya sebagai chef.
Dalam pengalaman saya sebagai seorang chef yang berpengalaman dan pengetahuan tinggi dalam industri makanan, saya banyak mengenal pasti bahan-bahan yang terbaik
dalam penghasilan umpan ini kerana kita sedia maklum yang banyak bahan digunakan dalam industri makanan sering digunakan dalam penghasilan umpan.
Senang cerita kebanyakan apa yg manusia makan ikan juga makan. Ini memberi satu kelebihan pada saya.
Kita sebagai manusia perlukan gabungan protein lemak karbohidrat dan sebagainya dalam rutin makanan kita seperti jugak ikan.
Jadi gabungan Ini sangat penting dalam penghasilan umpan yg terbaik.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
ADHA: Rintangan yang dihadapi adalah penghasilan produk yang banyak di atas permintaan yang tinggi dan berterusan kerana kekangan masa kerana untuk menghasilkan
produk yang berkualiti tinggi memerlukan perhatian yang tinggi dan kerja teras yang amat tinggi dan kuat.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
ADHA: Produk kami adalah paste yang amat wangi dan berbentuk paste dari oil base dibawa terus dari indonesia iaitu kilang pengeluaran paste yang berkualiti tinggi dan terbesar.
Produk-produk sos yang kami keluarkan adalah gabungan barang buatan dari Indonesia dan Malaysia.
Penghasilan produk sos untuk memancing dari gabungan bahan terbaik dari dua negara.
Seterusnya Ini menjadikan kerjasama yang unik dari dua negara yang mempunyai populasi pemancing air tawar yang tinggi.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dalam memancing yang pernah diperolehi?
ADHA: Pencapaian bukanlah sesuatu yang membanggakan bagi saya tetapi adalah suatu pembakar semangat demi mencapai kepuasan dalam hobi memancing ini.
UMPAN: Boleh saudara perkenalkan diri dan kerjaya?
WALI: Nama saya Mohd Nazri atau lebih dikenali dengan panggilan Wali Saiko. Saya seorang pengusaha bot di Port Klang dan telah beroperasi hampir 15 tahun.
Alhamdulilah, perniagaan saya semakin berkembang hasil berkat usaha dan pertolongan Allah.
Saya sekarang mempunyai 3 buah bot untuk disewakan kepada pemancing yang ingin merasakan thrill dan cabaran memancing di sekitar perairan Port Klang.
UMPAN: Boleh ceritakan kenapa saudara menceburi bidang ini?
WALI: Saya menceburi bidang ini kerana minat saya yang mendalam terhadap sukan memancing.
Bukan itu sahaja, saya dibesarkan dan dilahirkan di laut dan tidak hairan apabila orang mengaitkan laut Port Klang ini dengan saya kerana saya rasa ia amat sinonim.
Saya mula serius untuk menjadi tekong apabila dapat menarik ikan mega di sekitar Port Klang yang sememangnya pada akal saya tidak mungkin ada ikan ikan gred tinggi di lautan ini.
Semakin saya meneroka laut semakin banyak port saya jumpai sekaligus menyemarakkan lagi semangat untuk menjadi tekong.
UMPAN: Apa kriteria yang perlu ada untuk menjadi tekong?
Sememangnya tiada jalan mudah untuk menjadi tekong. Pada saya, seorang tekong perlu tahu tentang selok belok laut.
Apabila kita tahu, kita dapat mengelak pelbagai risiko seperti sesat di laut. Ini mungkin berlaku jika GPS rosak atau tidak berfungsi.
Walaupun kebarangkalian berlaku amatlah rendah, ia sudah cukup untuk menjadikan pengalaman hitam dalam hidup apabila sesat di laut luas.
Selain itu, seorang tekong perlu pandai beramah mesra dengan para pelanggan. Ini amat penting kerana dari pada perbualan dan percakapan bersama mereka, kita dapat membina
kesefahaman dan muafakat sekaligus dapat menarik minat mereka untuk terus menggunakan servis kita.
Ketiga, tahu menjaga kelengkapan dan peralatan bot yang digunakan. Ini merangkumi servis enjin bot, perbaiki canvas dan teritip.
Sebuah bot yang optimum dapat memberi keselesaan kepada pelanggan dan juga mengurangkan risiko berlaku kerosakan di tengah laut.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
WALI: Pelbagai rintangan dan cabaran yang saya lalui untuk sampai ke tahap ini. Lumrah sebuah bisnes, ada pasang surut terutamanya bulan puasa.
Amat susah untuk kita dapatkan customer dek kerana timing tidak sesuai. Di samping itu, keadaan air laut yang tidak dapat diduga juga membuatkan kami susah untuk mendapatkan hasil-hasil mega.
Setiap hari, saya cuba menarik minat pelanggan dengan iklan-iklan yang di post di FB dan ianya amat susah kerana saya kekurangan masa untuk melakukan kerja tersebut.
Oleh itu, displin diri yang kuat perlu saya terapkan dalam diri untuk memastikan bisnes ini berjalan lancar.
UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pengalaman pahit sebagai tekong?
WALI: Salah satu kenangan pahit yang saya lalui adalah ketika bot saya mengalami kerosakkan di border Indo-Mas.
Kita itu enjin mengalami overheating kerana kegagalan water pump. Ia berlaku ketika kami sedang menghampiri spot dengan menggunakan kuasa enjen yang maksimum dek kerana lambungan ombak yang kuat.
Secara tiba tiba, enjin berbunyi agak kasar lalu saya perlahan-lahan menghampiri bahagian belakang bot untuk mengenal pasti apa yang berlaku.
Tiba-tiba… boom! Enjen berbunyi seperti meletup! Saya lantas mengelak dan menutup muka daripada serpihan enjin yang sedang melayang.
Waktu itu kira kira jam 9.20 malam. Suasana amatlah gelap dan hampir tiada bot di sekeliling untuk meminta pertolongan.
Kami terdiam seketika dan berbincang apa yang perlu dilakukan. Setelah mencapai persefahaman, kami melabuhkan sauh dan membelek enjin yang rosak jikalau ada jalan alternatif untuk permasalahan tersebut.
Suasana pada malam itu bertambah buruk apabila hujan mulai turun sekitar jam 12 malam. Hanya berbekalkan canvas dan jacket, kami terpaksa menahan kesejukan.
Keesokkan paginya, kami sekali lagi cuba melihat enjin jikalau salah satu daripadanya dapat dihidupkan.
Alhamdulilah, sebuah lagi enjen tersebut sememangnya menunjukkan kesan rosak tetapi rupanya hanya cover enjin sahaja yang pecah kerana letupan kecil semalam.
Ketika kejadian, enjin terus ditutup untuk mengelakkan kebakaran jadi kami terlepas pandang enjin yang masih boleh digunakan.
Kami perlahan-lahan membersihkan serpihan di sekeliling enjin dan cuba menghidupkan enjen. Zzut zut zut zzzzuuuutttt… sebuah enjin berjaya dihidupkan.
Kami semua bersiap untuk menghala ke Marina Pulau Indah berbekalkan hanya satu enjin. Perjalanan amat perlahan kerana kami tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Pintu Gedung semakin hampir dengan kami, keriangan dapat dilihat dari semua rakan2 dan setibanya kami di jeti, kami hampir tidak boleh berhenti senyum walaupun tiada tangkapan langsung pada malam tersebut.
UMPAN: Ceritakan bagaimana boleh terlibat dan sejak bila memancing?
BIBIE: Minat memancing sejak 6 tahun lepas. Ia bermula dari memancing di pesisir pantai dan sungai menemankan suami. Kemudian lebih aktif bila join Kelab Pemancing Wanita pada tahun lepas.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini?
BIBIE: Bagi mengisi masa lapang disamping dapat juga menjual hasil tangkapan di restoran sendiri. Kiranya bukan sekadar hobi kosong.
Semakin terdedah dengan hobi memancing ini semakin seronok. Lebih tenang dan gembira bila berada di tengah laut.
UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan hobi ini?
BIBIE: Biasanya bila turun memancing di laut dalam kami bermalam 4 hari 3 malam.
Ombak menjadi cabaran utama kerana ada masanya saya juga mabuk laut bila dilambung ombak.
Selain itu kenaikan kos peralatan memancing dan yang paling utama adalah pencerobohan perairan kita oleh nelayan Vietnam yang rakus menyebabkan ikan-ikan semakin berkurang.
Harapan saya semoga perairan kita dapat dikawal dan dijaga dari nelayan asing dan bot-bot haram yang berleluasa di perairan Sabah.
UMPAN: Boleh kongsi pengalaman memancing yang manis atau pahit?
BIBIE: Pengalaman manis semasa trip tahun lepas memancing dengan hasil ikan yg banyak. Trip 4H3M menjadi trip 1 Malam dan kami terpaksa pulang kerana semua tong peserta penuh melimpah ikan.
Pengalaman pahit sudah tentu bila kena mabuk laut dan kumpau selama 4 hari 3 malam. Hanya orang yang pernah mengalaminya saja yang dapat merasai kepahitannya.
UMPAN: Pencapaian yang membanggakan yang anda peroleh?
BIBIE: Memancing selama 7 hari 6 malam di Terumbu Layang-Layang yang menjadi idaman setiap pemancing tahun lepas dan beroleh kerapu 13kg.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...