Begini Caranya Memotong Ikan Pari Dengan Betul!!

Share

 

Langkah Pertama

 

Pastikan pisau yang digunakan tajam. Hiris bahagian belakang pari yang berbelulang keras kira-kira 1 cm. Anda boleh mengesan bahagian keras ini dengan menekan mata pisau. Semakin besar pari semakin tebal juga bahagian keras ini.

 

Langkah Kedua

 

Lapah atau potong menyerong (kira-kira sudut 45 darjah) pada bahagian di bawah belulang tersebut dari bahagian mata ke bawah ekor dan seterus kembali ke bahagian mata.

 

Langkah Ketiga

 

Siat atau tarik bahagian yang telah dilapah dan ia akan tertanggal dengan mudah. Sementara sekitar bahagian insang agak keras dan anda perlu menakik untuk memisahkannya.

 

Langkah Keempat

 

Hiris atau potong pada bahagian tengah muncung pari untuk proses membuang insangnya. Sebaik buang bahagian ini lebih sedikit.

 

Langkah Kelima

 

Potong bahagian insang pari keseluruhannya dan keluarkan. Luaskan kawasan potongan agar insang yang hanyir ini dapat dibuang sepenuhnya.

 

Langkah Keenam

 

Kemudian hiris pula bahagian abdomennya bagi mengeluarkan isinya perutnya. Pastikan anda tidak terpotong kantung air kencing pari bagi mengelakkan isinya nanti berbau hancing.

 

Langkah Ketujuh

 

Seterusnya bolehlah dipotong pari seberapa banyak potongan yang dikehendaki. Kalau saiz pari yang kecil, memadai beberapa bahagian saja.

 

 

Published by
Amang