“Memang wujud golongan pemancing yang berpuak-puak ni. Contohnya, walaupun geng dalam group fb, golongan ni ada group dia sendiri seperti group chat whatsapp dan lain-lain. Diorang akan turun memancing dengan geng dia jer. Mungkin tak nak berkongsi lubuk dan sebagainya. Bagi saya, memancing dengan siapa-siapa pun tak kisah. Janji enjoy dan make friends.”
– Erwandy Wallago
“Salah tanggapan tu, yang sebetulnya ‘berkumpulan’ bukan ‘berpuak’ . Ini terjadi disebabkan oleh minat oleh kaki pancing itu sendiri. Tak semua orang suka main laut dalam, tak semua orang main kolam, tak semua orang main lombong.
Tetapi untuk menyatukan kaki pancing yang sama tempat pancingan, satu kumpulan ditubuhkan untuk bertukar-bertukar pendapat dan ilmu dalam dunia pancingan. Tak ada kumpulan yang melarang untuk mengambil ahli baru.
Percayalah, kalau mereka semua duduk semeja pun, tak kira kaki pancing laut dalam, kaki pancing lombong, kaki pancing kolam mereka pasti ada yang nak diborakkan. Kalau berpuak , mereka saling membenci. Itu bukan seorang kaki pancing yang sejati.”
– Mohd Yamin Kpasi
“Yang berpuak-puak tu selalunya libatkan pertandingan atau peminat-peminat tegar sesuatu produk pancing. Masing-masing nak tunjuk merekalah hebat dengan produk mereka, tanpa produk itu maka tak akan menang kata mereka.
Dari provok suka-suka terus melarat sehingga ke group-group di dalam FB. Ape pun tak boleh la berpuak-puak ni. Dunia pancing kita tak besar mana, esok lusa pusing-pusing jumpa balik dengan orang sama jugak. Akhir kata “mancing je pun, why so serious?”
- Mohd Afiz Mustapa
“Biasalah, arena pancing itu sendiri pon ada pelbagai kaedah dan teknik…. So, tak mustahil la kaki-kaki pancing pon berpuak2… Kaki rendam, kaki ngilat,kaki kolam, kaki Udang, saltwater, fresh water, laut dalam, pantai, kaki sungai pergunungan, dan lain-lain.. Belum masuk fly2 lagi… Huh banyakk lahh!!!! Apa pon janji layannnnn..”
– PakTam Jitra
“Biasa la… Geng-geng OTAI mana nak bercampur dengan FRESHMEN… Geng-geng BRANDED mane ngam ngan geng-geng MAMPU MILIK.. Geng-geng FAMOUS segan nak bergaul dengan geng PICISAN… Even dalam group sendiri pun ade geng ORG LAMA dan BUDAK BARU NK UP… Sekian.”
– En Botuckx
“Kebiasaannya isu berpuak-puak ni muncul di dalam satu group yang besar. Selaku ahli di dalam group-group mengilat, saya banyak dapati ianya lebih kepada faktor individu itu sendiri yang mana apabila berlaku perbalahan sesama ahli maka fenomena berpuak-puak makin menjadi.
Perbezaan fahaman memancing juga menyubang kepada masalah ini sebagai contoh, caster yang mengamalkan CNR adakalanya bertegang dengan caster yang tapau hasil tangkapan.”
– Rahim WanGhazali
“Dalam memancing ni biasanya berpecah daripada segi teknik sama ada bottom, casting, jig, pop dan sebagainya. Dan seterusnya berpecah mengikut platform media sosial mahupun forum.
Tapi satu je yang pasti, takde lah sampai bermasam-masam muka, insyaallah. Bahan-membahan tu adat lah lelebih lagi kalo burung bangau tu asyik ngeko gi mancing. Janji mancing. Pedehal?”
- Fendy Ja’apar
“Jika di tengok dalam dunia bottom, caster, jigger, surfer, flyer ni memang ada unsur berpuak-puak.. Ini wujud sebab banyak benda, contohnya pendapat, port rahsia, barang-barang mahal,kelengkapan dan berbeza ideologi.
Yang pasti kita kena kikis dulu sifat dengki dan ego yg menebal dalam diri kita.. Semuanya berkaitan dengan MENTALITI kita.. Jika mentaliti kita sihat, maka sihatlah apa-apa jua yang kita usahakan.”
- Yahiko Nagato