Di kalangan kaki pancing, kita sedia maklum jenama-jenama berkenaan asalnya dari mana. Paling sinonim dan hampir semua kaki pancing tahu, Shimano dan Daiwa merupakan jenama tersohor berasal dari negara Matahari Terbit manakala Abu Garcia berasal dari Sweden dan Rapala pula merupakan syarikat terkemuka dari Finland.

 

Barangan Pancing Made In Amerika Yang Masih Relevan

 

Namun, boleh anda senaraikan jenama pancing terkenal yang datang dari Amerika? Di sini kami senaraikan 5 jenama pancing yang terkenal datangnya dari negara Uncle Sam ini.

 

SHAKESPEARE

 

Sekitar tahun 2012 di Amerika, tiada jenama pancing yang lain menjual rod paling banyak melebihi syarikat Shakespeare, sebuah syarikat pengeluar berkualiti syarikat yang ditubuhkan pada 1898 dari South Carolina ini termasuklah set kombo, rod, kekili, tali monofilamen dan lain-lain. Bagi jenama dengan sentuhan klasik Amerika yang berpengalaman dan berkualiti, Shakespeare merupakan jenama yang unggul.

 

Barangan Pancing Made In Amerika Yang Masih Relevan

 

Ads

BERKLEY

 

Berkley merupakan salah satu jenama barangan pancing yang terkemuka hingga ke hari ini. Ditubuhkan pada 1937 di Spirit Lake, IA, Berkley telah mengeluarkan produk yang cukup terkenal pada hari ini termasuklah Berkley Trilene, Lighting Spool, Powerbait dan Fireline.

 

Berkley mula memasuki pasaran rod sekitar tahun 1960-an dan memasuki pasaran antarabangsa sekitar tahun 1970-an. Merupakan pakar dalam produk ‘hard plastic baits’ sehingga ke rod pancing, Berkley menjadi antara jenama barangan pancing terkemuka yang datang dari Amerika.

 

Barangan Pancing Made In Amerika Yang Masih Relevan

 

Ads

ARDENT

Ardent bukanlah nama besar yang telah lama berkecimpung dalam arena barangan pancing, namun wajar mendapat tempat dalam senarai ini. Kenapa? Syarikat ini merupakan satusatunya pengeluar set kekili mengilat air tawar dan kekili spinning air tawar di USA.

Berpusat di St. Louis, MO, Ardent mengeluarkan produk yang yang kompetitif dan berkualiti untuk terus bersaing dengan jenama lain yang lebih lama dalam pasaran. Dengan usia 10 tahun, Ardent mempunyai potensi besar untuk menjadi pengeluar barangan pancing utama dari Amerika untuk pasaran antarabangsa.

 

Barangan Pancing Made In Amerika Yang Masih Relevan

 

EAGLE CLAW

Barangan pancing anda seakan tidak berguna tanpa kelengkapan paling penting iaitu mata kail. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1925 di Colorado, Eagle Claw merupakan salah satu jenama mata kail yang paling dipercayai di dunia. Bagi peminat produk dari tanah Uncle Sam ini, Eagle Claw pasti tidak asing dalam penggunaan pancingan harian anda.

Ads

Syarikat ini turut mengeluarkan produk lain seperti rod, kekili dan barangan pancing lain namun single, double, treble dan snelled hooks merupakan produk yang menaikkan reputasi Eagle Claw.

 

Barangan Pancing Made In Amerika Yang Masih Relevan

 

BULLET WEIGHTS

 

Bullet Weights ditubuhkan pada tahun 1970 dengan bermodalkan satu idea mudah namun genius bagaimana andai batu ladung mempunyai bentuk yang lebih efektif dan memudahkan pemancing dalam keadaan pancingan yang sarat?

Dengan idea itu, Bullet Weights dikenali sebagai pengeluar batu ladung yang diinovasi untuk kegunaan kaki pancing. Pengasas syarikat ini, Larry Crumrine kemudiannya mereka batu ladung berbentuk “bullet” yang cukup dikenali sehingga hari ini.

Antara paten yang dikeluarkan di bawah jenama ini termasuklah Ultra Steel, Ultra Tin serta PermaScent dan PermaColor. Hingga hari ini, Bullet Weights masih kukuh sebagai antara jenama barangan pancing terkenal dari Amerika.

 

Barangan Pancing Made In Amerika Yang Masih Relevan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI