Selain anak-anak ikan terbul, kawan atau lampam yang biasa dijadikan umpan hidup, ikan-ikan kecil atau ikan yang tidak diperlukan untuk hidangan juga boleh dijadikan umpan. Jangan fikir anak-anak ikan sebegini tiada nilai dan dicampak begitu saja/
Caranya buangkan sisik dan kemudiannya hiris badan ikan berkenaan untuk ambil isinya. Kemudian potong kecil mengikut saiz mata kail anda. Kemudian lontarkan sahaja ke lubuk.
Berbeza dengan pancingan air tawar yang majoritinya boleh menggunakan apa sahaja jenis isi ikan (terbaik gunakan ikan terbul), di laut, umpan isi ikan yang paling sesuai digunakan adalah ikan belanak, tongkol, kembong.
Ads
Kerana ia cukup liat dan tidak mudah di getu ikan kecil berbanding isi udang pasar yang bukan sahaja cepat habis, tetapi juga mahal harganya.
Caranya sama sahaja, buang sisik, hiris, potong dan cangkuk pada mata kail.
Ads
Kelebihan umpan isi ikan (pro)
Tahan lama, kerana isi ikan biasanya liat dan tidak mudah dihabiskan oleh ikan-ikan pengacau umpan.
Ads
Jimat dan tidak perlukan kos.
Boleh digunakan berulang kali pada tangkapan berikutnya.
Kelemahan umpan isi ikan (kontra)
Agak lambat mendapat strike, terutama jika dilontarkan bukan di kawasan lubuk atau air yang mengalir deras, kerana ia tidak berbau kuat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Cara penjagaan terbaik untuk joran yang mempunyai pemegang gabus ialah dengan membuka lapisan plastik sebaik sahaja ingin mengunakannya.
Selepas dibuka pemegang gabus itu sebaiknya disapukan dengan bahan cecair ‘Cork Seal’ untuk melindungi gabus dari memasuki air lantas menjadikannya kalis air. Cecair ‘Cork Seal’ ini juga mengeraskan gabus supaya ia tidak mudah tersopek dan reput.
Joran yang telah disapu ‘Cork Seal’ tidak licin seperti joran yang disapu Epoxy. Saya tidak syorkan joran yang mempunyai pemegang gabus di Epoxy kerana ia menjadikannya licin dan tidak sesuai untuk aktiviti casting.
Kebanyakan ikan sungai atau ikan muara memiliki lendir dan bau hanyir. Langkah-langkah yang disediakan ini boleh digunakan untuk membuang lendir dan hanyir pada ikan. Sebelum itu pastikan dulu ikan dibersihkan dengan betul. Buang segala organ dalaman, insang, ketulan darah dan membran putih yang terdapat dalam bahagian dalam ikan.
Perap Dengan Asam Jawa
Ambil segenggam asam jawa dan lumurkan pada ikan. Perapkan seketika sebelum dibasuh bersih. Kalau tak ada asam jawa, boleh juga gunakan cuka. Tapi tak perlu rendam terlalu lama. Cuma sental sekali dan kemudian basuh.
Perap Dengan Cuka Makan
Teknik ini tidak memerlukan perapan yang lama. Hanya bilas ikan dengan sekali lalu dengan cuka makanan. Sental-sental sikit kemudian terus basuh. Jangan biarkan ikan terkena cuka begitu lama. Dan lebih penting dan tersangat penting… jangan tersilap guna cuka getah pulak.
Ramas Dengan Daun Serai
Ambil daun serai dan potong pendek-pendek. Ramaskan daun serai dan gaulkan pada ikan. Lebih elok rendamkan sekejap. Kemudian barulah bilas seperti biasa. Daun serai mempunyai tekstur kasar serta aroma yang wangi dan mampu menghilangkan lendir ikan dengan berkesan.
Perap Dengan Tepung Gandum / Beras
Taburkan tepung pada ikan dan biarkan ia diperap seketika atau lebih kurang 15-30 minit. Kemudian, barulah basuh ikan tersebut dan kemudian goreng seperti biasa.
Lumur Daun Pisang / Daun Jambu
Satu lagi petua adalah dengan menggunakan daun pisang yang dicarik-carik. Lumurkan daun pisang ini pada seluruh bahagian ikan. Lendir akan tertanggal, bau hanyir pun hilang. Selain daun pisang, boleh juga gunakan daun jambu dengan cara yang sama.
Perap Dengan Halia
Halia bukan sahaja menghilangkan bau hanyir malah membuang toksin yang ada pada ikan. Caranya, cincang halia halus-halus dan sapu pada ikan. Biarkan selama 30 minit.
Rendam Dengan Garam + Limau Kasturi
Biasanya di setiap rumah memang ada garam kasar kan? Kalau susah nak dapatkan bahan-bahan lain di atas, cuma gosok dengan garam kasar tanpa air. Lendir akan mudah tertanggal apabila dicuci. Kalau masih berlendir juga, toskannya dan masukkan lebih 3 sudu besar garam bersama beberapa biji perahan limau kasturi untuk diratakan ke seluruh badan ikan. Perap atau rendamkan selama 15 minit sebelum dibilas. Gunakan limau untuk menggosok badan ikan dengan bersih.
Guna Air Basuhan Beras
Ramai juga yang mencadangkan supaya guna air basuhan beras. Kalau nak basuh beras, simpan air basuhan itu dan gunakan untuk mencuci ikan. Air basuhan beras lebih senang menanggalkan lendir-lendir pada ikan. Bau hanyir pun hilang.
Rendam Dalam Susu
Masukkan ikan yang sudah dibersihkan dalam susu dan biarkan seketika kemudian bilas dengan bersih. Susu mengandungi casein yang bertindak menghilangkan trimethylamine oxide yang menjadi penyebab kepada bau hanyir ikan.
Guna Lemon
Titiskan sedikit jus lemon pada ikan. Biarkan seketika sehingga ia meresap ke dalam ikan kemudian baru dibilas dengan bersih. Kalau tiada lemon, boleh juga gunakan limau purut.
Ada ‘musim’ di mana toman agak lesu nak layan gewang. Tak kisahlah corak atau warna gewang, malah gewang keramat sekali pun korang pakai. Jika berhadapan dengan period ini, cara terbaik ialah pakai keli hidup atau soft plastic bentuk ikan keli (catfish).
Tentu korang sedia maklum toman memang anti sangat pada keli. Mungkin keli suka makan telur atau larva toman sebab tu asyik nak belasah saja walaupun dia takde mood nak makan gewang.
Seperkara lagi yang penting untuk casting toman, korang kena ingat bahawa toman ni pemalas. Jadi kenalah cast dengan tepat dan cepat ke tempat yang dia timbul ambil udara tu. Kalau lambat, dia dah berenang jauh dan buat tak kisah je kat gewang tu korang baling.
Korang kena praktis banyak-banyak untuk dapat ketepatan ni. Senang cakap, kita kena target gewang berenang dekat dengan dia baru la dia nak makan.
Kalau kita nampak toman tu datang dari kiri naik ambil udara, kemungkinan besar dia akan turun ke kanan. Jadi cast di belakang kanan toman rising tu dan try untuk pastikan gewang tu berenang depan muka dia time dia nak tenggelam tu… tinggi harapan dia nak makan.
Andainya casting 3 orang, seorang baling kiri, seorang tengah, seorang lagi kanan… memang peluang tinggi salah seorang akan dapat strike.
Kalau di spot sesuatu lubuk tu, sudah dua kali toman makan gewang contohnya pensil, boleh dikatakan mood toman hari tu dia nak gewang yang profile macam tu. Lagi baik kalau semua orang dalam bot guna pensil jugak. Kalau nak pelbagai pun, pakai la top water macam popper atau lain-lain.
Bila gewang dibaham toman, biasanya toman akan selam dan cari kayu-kayu supaya dia boleh gesel mulut dia kat kayu tu nak buang apa yang melekat. Jadi drag reel kenalah ketat sikit. Janganlah ketat sangat sampai tali nak putus pulak. Time inilah kelebihan dan best pakai BC reel.
Kalau dah set drag ketat pun tali masih laju keluar, kita masih boleh tekan ibu jari pada spool untuk perlahankan tali keluar.
Kalau memancing guna anak keli dari atas bot, sebaiknya jangan guna pelampung. Pastikan ada leader besi jadi tak la putus bila kena gigi makan.
Idea tak bagus kalau blind cast pakai keli hidup sebab senang terlucut dari mata kail. Keli hidup ni bagus bila kita nampak toman boiling atau rising terus baling kat dia. Kalau nak guna keli mati pun boleh asalkan keli ni tak busuk lagi.
Untuk keli hidup, pakai 1 mata saja saiz 3/0 brand apa pun tak kisah. Kalau keli mati, pakai 2 mata. Satu cangkuk kat mulut, 1 lagi 3/4 badan dia menghampiri ke ekor. Kena kasi action sikit keli mati tu… barulah senang nak perdayakan toman dan bahamnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...