Bagaimana Pengiraan Batu Nautika Dan Knot *

Share

Bagi kenderaan di darat penggunaan kilometer per jam adalah sinonim dipraktikkan di negara Asia dan kiraan jarak perbatuan di gunakan di negara Eropah. Namun kiraan batu nautika bagi kegunaan mengukur jarak dari satu lokasi ke satu lokasi bagi lautan adalah menggunakan jarak batu nautika atau knot mengikut kelajuan sesebuah pengangkutan air.

 

Ia turut digunakan oleh pengangkutan udara dan juga kegunaan ketenteraan bagi memberi koordinat sesebuah lokasi. Hubung kaitnya dengan soal hobi memancing adalah adakah kita mengambil tahu setiap jarak yang dilalui untuk menuju ke sesebuah lubuk?

 

Ramai yang tidak peka tentang jarak ini kerana bagi pemancing segalanya terletak di tangan tekong yang membawa bot. Bagi pemancing yang peka dan bersikap mengambil tahu

biasanya akan membuat sedikit kajian tentang keadaan cuaca, lubuk di sekitar lokasi pancingan dan membuat kajian dalam internet bagi sesuatu trip.

 

Penentuan jarak ini adalah bagi pergerakan yang lurus dan mungkin akan bertambah sekiranya pengangkutan seperti bot melencongmengelak ombak atau mengelak halangan ketika menuju ke sesebuah lubuk.

 

Bagaimana menentukan knot dan jarak batu nautika Biasanya bagi kenderaan darat seperti

kereta dan motosikal akan mempunyai meter dan sentiasa berpusing mengikut putaran roda.

Bagi pergerakan di lautan pula penggunaan GPS yang merekodkan perjalanan dapat menentukan jarak batu nautika dari jeti ke lubuk memancing ataupun ke lautan lepas.

 

Kegunaan lain bagi jarak batu nautika ini adalah bagi tujuan keselamatan sekiranya terjadi perkara yang tidak di ingini. Koordinat dan jarak perbatuan nautika ini amat membantu pasukan menyelamat untuk mencari jika bot ditimpa musibah.

 

Kiraan

Batu Nautika  –   Kilometer

1 – 1.852

10 – 18.52

20 – 37.04

30 – 55.56

Published by
Amang