Sebelum terciptanya batang pancing moden, kekili, gewang dan segala macam peralatan pancing yang cangih manggih hari ini, nenek moyang kita mulakan semuanya dengan tangan. Kali ini kami ingin mendedahkan beberapa kaedah atau teknik menangkap ikan secara tradisonal yang telah diamalkan sejak dari zaman purba hingga sekarang.
Guna tangan
Kat Negeri Sembilan dipanggil ‘ngoca’.
Timba
Keringkan kolam/ lubuk dengan baldi di sesuatu kawasan.
Kayu/batu
Ads
Hempuk ikan dengan kayu atau batu.
Tombak
Panah
Ads
Pancing guna batang buluh, rumbia.
Taut/tajur
Tinggalkan semalaman untuk tangkap ikan besar seperti tapah , baung, keli atau haruan menggunakan umpan anak sepat /puyu.
Ads
Lukah
Alatan menangkap ikan yang diperbuat dari buluh.
Serkap
Femes kat sawah terutama pada musim nak menuai padi .
Tuba
Menggunakan akar pokok tuba yang ditumbuk untuk memabukkan ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kalau toman naik ambik udara perlahan-lahan dan lepas turun balik dengan gemalai, perangai toman jenis ini sesuai pakai top water. Try dulu gewang top water yang senyap yang takde ball bearing.
Kalau dia tak mau, pakai pulak yang ada bearing. Kalau tak mau jugak, pakai yang bising sikit macam popper.
Tak mau lagi, pakai la gewang renangan cetek. Jalan terakhir pakai gewang selaman dalam. Kalau itu adalah toman rempit, pakai la gewang propeller. Toman rempit suka terkam propeller.
Dia macam geram bila tengok air berkocak tu. Tapi toman besar atau saiz mega kurang sikit nak bedal propeller ni.
Kalau toman jenis naik laju-laju dan turun pun laju-laju, toman macam ni susah sikit nak dapat. Pakai gewang deep diving atau atau sinking terbaik. Pakai la gewang sama ada yang panjang-panjang atau yang gemuk macam Rapala Risto Rap 7 atau 8.
Kalau toman berenang santai-santai… kita boleh nampak dia berenang di sub permukaan, yang ni memang best. Toman jenis ni adalah abang kawasan sebab biasanya kalau perangai dia macam ni dia la yang punya kawasan (territorial behaviour). Pakai la gewang renangan cetek dan lakukan gewang itu berenang depan muka dia.
Kalau jumpa pasangan induk bawa anak-anak… Mana-mana gewang yang disenaraikan tadi boleh pakai. Baling ke arah anak-anak dia. Dia anggap ada pemangsa cuba kacau anak dia. Maka dia akan serang gewang tu.
Tapi kalau berpuluh kali baling dan tukar macam-macam gewang tak dapat jugak, abaikan je la. Mungkin pemancing lain dah strike dia terlebih dahulu.
Mulut sakit dan memori dia masih kuat pasal gewang. Jadi lebih bagus dia bawak anak dia lari dari nak cuba protect anak dia.
Ada masanya kita akan bertemu dengan toman sedang berpacaran, bergerak berdua-duaan dan kadangkala bertiga pun ada. Kita boleh tau toman ni sedang dalam proses membiak sebab boleh nampak dia naik sedut udara pun berdua.
Kalau yang sedang hangat berpasangan secara berduaan ni memang susah sikit nak strike. Biasalah tengah hangat bercinta… mana nak layan sangat gewang. Tapi kalau ada 3 ekor yang naik sekali ambil udara, peluang untuk dapat strike sangat tinggi.
Pancingan di perairan pelantar minyak merupakan satu trip memancing yang agak ekstrem dan memerlukan bukan sahaja tenaga malah perbelanjaan yang besar juga.
Justeru perlu ada perancangan rapi sebelum bertarung dengan monster-monster di pelantar minyak.
Sekiranya kewangan kurang mengizinkan untuk membayar kos trip secara langsung, maka perlulah membuat tabungan sekurang-kurangnya setahun awal daripada tarikh bertolak.
Kos trip dalam anggaran RM800-RM1000 (sewa bot). Selain itu perlu sediakan dalam RM500 lagi bagi menampungkan kos pengangkutan, makan minum serta peningkatan kos trip sekiranya ada ahli yang menarik diri.
Wajib ada satu kekili elektrik atau mesin ‘bangla’ yang lengkap dan sempurna. Sekiranya belum ada maka kenalah berusaha mendapatkannya (bukan murah harganya) atau meminjam daripada kawan-kawan.
Set kekili elektrik wajib ada sekiranya pancingan dasar merupakan fokus utama trip.
Selain itu set jigging (kekili, joran dan jig) juga perlu dibawa. Jika berhasrat untuk main GT maka set jigging perlulah yang sepadan. Begitu juga kalau berhasrat nak main popping.
Yang pasti satu set ringan untuk kegunaan apollo umpan hidup atau mencandat sotong wajib di bawa.
Perlu buat persiapan rapi. Jika pergi dengan peralatan tidak sesuai dan ala kadar, ada baiknya tidak payah pergi kerana mungkin anda akan buang duit, letih badan dan rugi masa.
Stamina dan kesihatan badan juga perlu dijaga. Elakkan demam atau sakit sebelum bertolak.
Bagi kaki jigging mereka ada kalanya bersenam di gym untuk membentuk ketahanan otot tangan, kaki dan badan.
Bersedia untuk menukar sistem tidur kerana aktiviti memancing di pelantar minyak lebih aktif pada waktu malam.
Sementara waktu siang bot lebih banyak bergerak untuk bertukar lubuk atau sebagainya. Jadi, alangkah ruginya jika kita tidur ketika pemancing lain bergasak dengan ikan.
Menjadi kelaziman apabila memancing di sekitar pelantar minyak di perairan pantai timur, antara acara awal yang dilakukan adalah mencari umpan dengan kaedah menunda atau trolling sabiki (apollo) yang biasanya dibuat sendiri oleh tekong atau awak-awak. Sementara ikan yang diburu dengan kaedah ini adalah ikan tongkol atau ikan aya. Dan proses ini dipanggil ngolok ikan aya.
Apollo umpan yang berwarna-warni diikat ke mata kail biasanya 40-50 bentuk mata kail digunakan. Jarak di antara satu perambut ke satu perambut yang lain sepanjang 30-50cm. Bulu apollo tersebut diperbuat daripada tali rafia biasanya berwarna hijau yang racik halus.
Awak-awak akan menurunkan set ngolok sepanjang 15-18 meter ini tatkala bot akan menghampiri kawasan unjam. Setelah mendapat isyarat daripada tekong perambut ngolok ini dilepaskan di belakang bot sama ada di sebelah kanan atau kiri bot dan kadang-kala mereka mengolok di kedua-dua sisi bot.
Ikan aya akan menyambar bulu sabiki yang umpama ikan bilis yang diseret di permukaan laut. Apabila terasa berat, awak-awak akan meminta tekong memperlahankan bot. 2-3 orang diperlukan untuk menarik 30-40 ekor ikan aya yang tersangkut di mata kail.
Ikan-ikan aya yang menggelepar di lantai bot dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam raga. Apabila raga penuh, ikan dicurahkan ke dalam tong ais sebagai bekalan umpan sepanjang sesi memancing. Isi ikan aya yang mengandungi banyak darah dan kuat baunya antara penyebab kenapa ia begitu cepat ‘memanggil’ penghuni dasaran.
Jika tidak untuk mencari umpan bagi sesi memancing, teknik ngolok ini turut dilakukan oleh nelayan bagi menangkap ikan aya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...