Guna gunting yang agak besar dan tajam untuk memotong kesemua siripnya yang tajam. Terutamanya sirip dorsal dan pektoralnya. Gunting hingga ke pangkal sirip merapat badannya.
Buang sisiknya menggunakan pisau dengan cara mengikisnya dari bahagian ekor ke arah kepala. Buang kesemua sisik yang melekat pada badannya.
Ads
Potong dan buang bahagian kepala dengan cara memotongnya pada bahagian leher di penghujung penutup ingsangnya. Kepala puyu tidak memiliki banyak isi yang boleh dimakan, malah ia boleh mendatangkan rasa hanyir.
Ads
Potong bahagian sirip perutnya terlebih dahulu sebelum membuang isi perutnya.
Potong bahagian ekor hingga ke pangkalnya. Semua ikan air tawar perlu dibuang ekor kerana pada bahagian ekor ini agak berlendir dan berbau hanyir.
Ads
Ikan puyu yang telah dibersihkan. Selepas dicuci bersih, sebaiknya lakukan proses membuang rasa hanyirnya sama ada merendamnya dengan air beras, tepung gandum atau sebagainya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pada asasnya mata lingkar atau circle hook direka cipta bagi kegunaan sukan memancing kerana ikan yang ditangkap akan dilepaskan kembali bersesuai dengan konsep tangkap dan lepas. Mata lingkar ini direka bagi mengelakkan kejadian ikan tertelan mata kail sekaligus boleh menyebabkan kecederaan organ dalaman sekaligus menyumbang kepada kematiannya. Sebaliknya jika tertelan sekali pun mata kail tersebut akan mereput dalam tempoh tertentu kerana ia dihasilkan dari material yang mesra alam.
Bentuk mata lingkar jelas berbeza dengan mata kail J atau J hook . Ia adalah sejenis mata kail di mana matanya berbentuk bulat ke belakang dan ia digunakan oleh kebanyakan pemancing sekarang untuk menangkap ikan. Oleh sebab bentuk matanya, ia selalu akan tercangkuk pada bibir di kawasan penjuru mulut ikan.
Sesuatu yang positif dari aspek keberhasilan mata kail ini, kajian telah mendapati bahawa penggunaan mata kail dari jenis ini telah menangkap lebih banyak ikan dari mata kail J. Terutamanya ikan yang memiliki bibir tebal.
Mata kail dari jenis ini boleh digunakan untuk semua jenis ikan di laut, lombong atau sungai. Walau bagaimana pun adalah amat penting sekali, pemancing jangan menyentap joran apabila ikan memakan umpan, tetapi cukup dengan hanya mengarau dengan perlahan supaya mata kail ini tidak tercabut atau lucut dari mulut ikan. Untuk pengetahuan, mata kail ini sedikit mahal dari mata kail jenis biasa.
Benarkah tali sulam (braided) tidak sesuai untuk pancingan dasar di laut kerana membuatkan ikan menjadi culas disebabkan bunyi berdengung di dalam air?
JAWAPAN:
Sama sekali tidak benar. Saya rasa penggunaan tali sulam amat sesuai dalam pancingan dasar di laut dan bunyi yang dikeluarkan tidak ada kesan pada ikan.
Jika dikaji balik, sebenarnya pada peringkat awal penggunaan tali sulam adalah untuk pancingan laut dalam.
Sebelum penggunaan tali sulam untuk pancingan laut dalam secara meluas sememangnya pemancing pada waktu itu menggunakan tali tangsi atau nylon.
Namun disebabkan profil tali sulam yang lebih halus diameter dan berkekuatan dua kali ganda berbanding tali tangsi, maka tali sulam lebih relevan untuk dimuatkan dengan kapisiti yang lebih banyak di dalam spool kekili.
Jika dikatakan kurang sesuai untuk digunakan berbanding tali tangsi, mungkin bukan di laut. Sebaliknya di sungai atau kolam pancing air tawar.
Namun tidak bermakna tali sulam tidak boleh digunakan, cuma paras keberkesanan saja yang lebih rendah berbanding tali sulam.
Terutamanya jika untuk memancing ikan yang begitu sensitif terhadap bunyi. Tidak dinafikan untuk memancing kelah atau apa-apa spesies ikan sungai pergunungan, penggunaan tali tangsi adalah lebih baik berbanding tali sulam.
Saya dengar gewang Pintail mencakop ya amat. Jadi saya pun beli la seketol… tapi klon punya la. Masalahnya saya tak tau bila keadaan yang sesuai nak digunakan. Bila guna je member cakap tak boleh. Macamana nak guna ni min?
JAWAPAN:
Admin beranggapan Pintail yang dimaksudkan dalam soalan yang dikemukakan ini ialah gewang minnow tenggelam atau keluaran Jackson atau Jackson Pintail minnow singking fishing lure. Pintail ini sebenarnya bukanlah gewang artificial yang baru dalam dunia pancingan tanah air. Jika tidak silap admin, ia telah digunapakai semenjak tahun 2010 lagi.
Keberkesanan gewang pintail ini menyebabkan ia ditiru oleh banyak pengeluar barangan pancing. Penggunaan pintail di Malaysia lebih menjurus kepada pancingan tenggiri dengan teknik mengilat. Atau dalam erti kata lain, gewang ini terbukti sebagai killer lure untuk tenggiri.
Ia biasanya digunakan bagi menjerat tenggiri di kawasan-kawasan unjam atau banyak terdapat ikan-ikan pelagik seperti tamban atau selar. Pengalaman admin sendiri, sekiranya ada kumpulan tenggiri yang berlegar di unjam, gewang ini cukuplah berkesan. Malah ia turut berkesan untuk menjerat ikan lain seperti talang, belitong, gerepoh mahupun jemuduk.
Dengan menggunakan peralatan pancing yang bersesuain untuk aktiviti mengilat (sesuai untuk menampung berat pintail yang biasa digunakan ialah 40 gm dan menawan tenggiri sehingga saiz 10 kilogram), pintail akan dilontar ke kawasan yang berpontensi hadirnya ikan pemangsa seperti tenggiri.
Pintail dibiarkan tenggelam beberapa saat bergantung kepada kedalaman lubuk. Untuk mencapai kedalaman 10 meter (30 kaki), pintail akan dibiarkan tenggelam dalam jangka masa 10 saat. Kemudian ia perlu dikarau dengan kelajuan tinggi. Antara kelebihan pintail, semakin ia dikarau laju makan semakin cantiklah aksi renangannya. Oleh yang demikian, penggunaan kekili yang memiliki nisbah karauan yang tinggi amatlah penting.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...