Mengilat atau casting haruan agak mudah kerana haruan gemar kepada benda bergerak. Namun, sekiranya anda menemui spot yang dikenal pasti ada haruan tetapi tiada sebarang aksi sambaran, tip berikut boleh dicuba.
Cara-Caranya:
Lontar gewang dan buatlah karauan laju tiga hingga empat kali. Kemudian ubah kepada karau perlahan sambil melakukan henjutan pada gewang secara perlahan. Cara ini adalah untuk menarik perhatian haruan pada gewang yang digunakan. Gaya persembahan gewang perlu dipelbagaikan dan tidak statik pada satu gaya saja.
Ads
Sekiranya menggunakan jump frog atau soft frog, selang-seli kadar karauan sambil mengenjut gewang yang digunakan. Ada ketika haruan mengambil sedikit masa memerhati gewang sebelum menyambar.
Ads
Seterusnya lakukan karauan perlahan kemudian berhenti dan biarkan gewang pegun seketika. Kemudian lakukan henjutan dan teruskan dengan karauan perlahan.
Ads
Jika masih tiada sambaran, tukar pula gewang atau soft frog aksi tenggelam. Karau perlahan-lahan disulami henjutan kecil.
Persembahan gewang untuk memujuk haruan tidaklah semudah menggunakan umpan hidup seperti katak yang terbukti memiliki kelebihan semulajadi. Sekiranya masih tidak ada sambaran juga, bolehlah berpindah ke lubuk lain untuk seketika dan kembali untuk memujuk hingga berjaya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pastikan kawasan pemburuan tersebut tidak terlalu terpencil dan cuba elakkan dari memancing seorang diri. Sekarang ini semakin banyak kes penjenayah mensasarkan pemancing sebagai mangsa samun dan sebagainya.
Kaedah Balingan
Sentiasa pastikan di mana kedudukan batu ladung dan mata kail sebelum membuat balingan. Elakkan dari melakukan balingan sekiranya ada sesiapa yang bergerak di belakang anda.
Cuba elak daripada mengamalkan teknik balingan secara putaran untuk mendapatkan momentum balingan kecuali tiada sesiapa di kiri dan kanan anda.
Pastikan tiada halangan atau sesuatu yang terbelit sebelum melakukan lontaran. Dengan momentum balingan yang kuat, tali pancing atau hujung joran boleh patah sekiranya terdapat halangan.
Jika anda bukan seorang perenang yang baik, sebaiknya jangan lakukan balingan di dalam air melebihi paras pinggang, apatah lagi ketika permukaan laut agak berombak. Risiko ditarik ombak ke tengah laut kemungkinan besar akan berlaku.
Pastikan drag kekili diketatkan sebelum melakukan balingan. Sebaiknya juga alas jari anda dengan plaster atau memakai sarung tangan. Seretan tali sulam dengan mudah menghiris jari umpama mata pisau.
Selepas melakukan balingan, longgarkan drag kekili dan sebaiknya jangan pancangkan jorak melebihi sudut 90 darjah. Sentapan ikan bersaiz monster boleh menyebabkan hujung joran patah.
Sekiranya ingin melakukan lontaran dari dalam air, pastikan kawasan tersebut bebas dari kewujudan ulat bulu laut. Atau sebaiknya jangan berkaki ayam ketika meredah masuk ke dalam air.
Untuk pengetahuan semua, terdapat dua jenis lombong iaitu lombong pecah dan lombong takung. Lombong pecah ni adalah lombong yang mempunyai aliran air masuk dan keluar selalunya ia bersambung dengan sungai atau anak sungai.
Ikan lebih agresif dan sedap rasanya seperti ikan sungai. Lombong takung ni adalah lombong yang airnya statik takde keluar dan masuk, ikannya pula kurang sedap.
Memancing di lombong ni sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan memancing di kolam berbayar. Sebabnya kebanyakan ikan lombong ni adalah ikan liar dan saiznya lebih besar dari ikan kolam berbayar.
Selalunya umpan yang digunakan di kolam berbayar kurang menyerlah prestasinya di lombong, jadi tak pakai pun tak apa takut membazir duit aje. Sebagai permulaan sebelum memulakan atau umpan dilabuhkan sila perhatikan keadaan lombong dahulu dan lihat kocakan ikan yang bermain.
Selalunya kalau baru pertama kali pergi lombong baru, saya tengok keadaan ikan kat sana dan lihat kocakan ikan sama ada tongsan, patin, rohu, dan sebagainya. Selepas dikenal pasti jenis ikan yang ada barulah pemilihan umpan perlu dilakukan.
Antara umpan-umpan popular di lombong:
Sawit blender + dedak ayam kuning + minyak
Isi biji getah (cucuk buat satey)
Sawit peram (guna mata 3 )
Sawit masak baru (buat satey)
Dedak kuning ayam + starbrand pisang (bancuhan kena betul. Tak boleh kuat atau kurang baunya).
Ada banyak lagi umpannya…. tetapi paling killer umpan nombor 1. Jelawat dan rohu cukup suka. Kalau patin, cuba umpan nombor 5. Banyak patin dah tewas.
Tip Tambahan
Saya tak galakkan mancing pakai umpan yang ada jual kat kedai tu sebab pengalaman saya yang dah belasan tahun memancing lombong ni umpan tu kurang mujarab kat lombong terbiar.
Perambut yang biasa digunakan ialah mata bom dan rambai kerana mata-mata tu memang sesuai digunakan di lombong terbiar ni.
Mata kail, kalau boleh pakai pakai jenis Fire Eagle Steel Hook. Jenis stainless steel sebab ikan lombong nie shot dia kuat, terutama patin.
Jangan pakai jenis tali merah, tak kuat sangat. Tetapi rohu suka mata tali merah tu. Buat sedikit peroi agar dalam air dia pecah sedikit demi sedikit.
Memancing tongsan lain pulak perambutnya. Selalunya pakai mata bom buat sendiri khas untuk tongsan. Teknik apungan boleh jugak pakai kat lombong ni.
Untuk mengenali tempat ikan bermain pulak, sila tengok pokok kiambang yang ada di lombong itu. Sekiranya pokok tersebut bergerak ke arah umpan, jangan tarik umpan sebaliknya biarkan sahaja ia menutup umpan. Ikan lombong selalu bermain di bawah kiambang.
Untuk lebih senang, cari tempat keluar air dan main kat situ pakai sawit, buat satey, jelawat dan kaloi suka main kat air keluar.
Aktiviti casting atau mengilat di kawasan pulau bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia memancing kita. Pulau Sembilan di Perak contohnya pernah menjadi padang pancing yang bagi kaki mengilat melampiaskan ketagihan aktiviti ini. Malah sehingga kini Pulau Sembilan masih lagi menjadi lokasi pilihan.
Walaubagaimana pun kepada yang belum pernah mencuba teknik ini, berikut disediakan beberapa tip atau panduan untuk anda mencapai kepuasan maksima ketika mengilat.
Sebaiknya gunalah peralatan ringan atau sederhana kerana ini boleh memberikan kepuasan kepada anda ketika bertarung. Untuk kepuasan yang berlebihan boleh juga gunakan set ultra ringan namun ia lebih bersesuaian sekiranya anda mengilat bersama-sama rakan penggemar aksi ultra ringan. Walaupun tepian pulau bukan bermakna ikan-ikan kecil saja yang ada, kadang-kadang GT bagak pun ada datang meronda.
Joran berkuatan 10-20 lb atau PE 0.5-1.2 amat sesuai untuk melayan ikan-ikan gerepoh juvana atau talang remaja. Malah jika terkena ikan yang agak besar ia masih mampu bertahan dan peratus untuk mendaratkan ikan masih ada.
Sekiranya gewang disambar ikan besar, kawalan joran yang sempurna amatlah penting bagi mengelak kejadian putus terpaksa. Pastikan joran sentiasa diangkat tinggi bagi mengekang ikan membenam masuk ke kawasan berbatu yang boleh menyebabkan tali utama atau perambut bergesel dan putus.
Bagi mengatasi rintangan batu dan karang yang besar dan tajam, sebaiknya gunalah tali sulam berbanding tali mono (tangsi). Tali sulam berketahanan 15-25 lb adalah disarankan bersama perambut atau leader fluorocarbon 20-30lb.
Kawasan tepian pulau lazimnya didiami oleh pelbagai spesies, jadi gewang yang digunakan juga perlu dipelbagaikan.
Untuk menjerat ikan-ikan yang mendiami kawasan yang lebih dalam seperti kerapu, gewang selaman dalam sekitar 3-5 meter dengan saiz 9-12 cm perlu digunakan.
Bagi mencari spesies yang bermain di kawasan pertengahan dan permukaan air seperti gerepoh, talang dan cencaru kuda, gunalah gewang selaman cetek, sesudu atau gewang permukaan kecil seperti popper 9-12 cm untuk menduga mereka.
Pemilihan warna gewang dan jig tidaklah terlalu teknikal. Asalkan ia memiliki warna asas biru dan berkilat, ia sudah boleh dipraktikkan.
Kini, penggunaan jig ringan dan mikro jig lebih banyak dipraktikkan berbanding penggunaan gewang atau sesudu. Teknik ini nyata lebih berkesan namun sifat jig yang tenggelam itu lebih mudah mendorong ia tersangkut pada batu atau karang berbanding pada mulut ikan.
Oleh yang demikian anda harus bijak menganggar kedalaman air dan struktur di dalam air untuk melakukan balingan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...