Habitat utama bebaji ini sama ada di pantai, sungai dan muara berasaskan selut berlumpur. Sifat semula jadinya menanamkan badan hanya mata timbul di permukaan dasar gemar melakukan serangan hendap dan menyerbu mangsa seperti anak-anak ikan atau krustasea yang lalu di hadapan mulut. Ia tidak akan mengejar mangsa yang terlepas dan berada jauh dari jarak serangan.

 

Walaupun demikian bebaji tidak mendiami satu kawasan pada satu-satu masa, ia juga bergerak satu tempat ke satu tempat mengikut perubahan arus dan paras pasang surut air. Ini bermakna ia mampu meneroka satu-satu kawasan buruan mengikut pergerakan pasang surut air.

 

Bagaimana Nak Memancing Ikan Bebaji

 

Bebaji mempunyai persamaan dengan spesies ikan sebelah dan ikan lidah dari segi sifat, penyamaran dan cara memburu mangsa.

 

Ikan bebaji adalah pemangsa dasar (bottom feeding). Ia boleh dikaitkan dengan spesis dasar yang lain seperti bebolos, sebelah dan lidah yang mana hanya tertumpu makanan dasar dan amat jarang menerkam mangsa yang lebih dari sekaki atas dari dasar.

IKLAN

 

Bagaimana Nak Memancing Ikan Bebaji

 

Teknik memancing sama seperti mana memancing ikan dasar seperti bebolos. Umpan harus berada di dasar dan mengunakan perambut pendek memberi kelebihan untuk memerangkap ikan ini.

 

Jika bebolos, penggunaan mata kail halus dipraktikan, sebaliknya untuk bebaji, mulutnya yang leper mampu membuka luas mata kail kasar bersaiz 1/0, 2/0 tidak menjadi masalah untuk memerangkap ikan pemalas ini.

IKLAN

 

Bagaimana Nak Memancing Ikan Bebaji

 

Mangsa utama bebaji adalah ikan-ikan kecil yang melintas di hadapan mulutnya. Manakala perumpun, udang dan sotong digunakan secara meluas oleh pemancing di negara ini. Diet bebaji sering dikaitkan dengan pergerakan mangsa lalu di hadapannya. Oleh itu menggunakan umpan mati lebih berkesan jika umpan tersebut dihenjut lembut setiap masa untuk mengelirukan bebaji.

 

IKLAN

Satu cara lagi memancing hanyut. Ramai yang tidak suka teknik menghanyut umpan di dasar kerana keberangkalian sangkut pada reba dan sebagainya amat tinggi di kebanyakan lokasi. Selain umpan yang disebutkan tadi, satu lagi umpan yang jarang sekali di pratik di negara kita ialah umpan tiruan dari plastik lembut. Cara ini banyak di amalkan secara meluas di Australia.

 

Bagaimana Nak Memancing Ikan Bebaji

 

Walaupun gigi tajam, bentuknya tidak mampu memotong tangsi perambut 20lb. Bebaji biasanya menelan mangsa setelah dicengkam rakus. Kebarangkalian mata kail tertelan di dalam perutnya amat jarang berlaku kerana ia melarikan diri setelah menyambar umpan.

 

Fenomena mangsa sudah tersangkut hanya disedari setiap kali umpan diperiksa disebabkan ia tidak banyak bergerak setelah meragut umpan.

 

Bagaimana Nak Memancing Ikan Bebaji

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI