Tasik Kenyir, boleh dikunjungi pada bila-bila masa sepanjang tahun. Terpulang kepada anda mahu fokus memancing ikan apa dan cara pancingan, iaitu memilih boathouse (sesuai untuk pancingan santai dan rileks) atau berkhemah/trekking (adventure).

 

Untuk pengetahuan, tidak semua ikan mudah diperolehi sepanjang masa. Jika mensasarkan casting sebarau, waktu terbaik pada musim tengkujuh dan musim panas untuk memancing kelah dengan trekking denai hutan.

 

Hujung minggu di Tasik Kenyir adalah waktu puncak dan biasanya boathouse akan penuh di kebanyakan spot utama.

 

Bagaimana Nak Memancing Di Tasik Kenyir!!

 

Bagi yang inginkan privacy, sebaiknya datang ketika waktu bekerja (mohon cuti awal-awal) kerana ketika ini, spot utama di Tasik Kenyir tidak sesak. Paling penting setiap tempahan trip ke sini perlu ditempah awal sekurang-kurangnya 2-3 bulan lebih awal.

 

Kos memancing di Tasik Kenyir masih dianggap munasabah setakat hari ini. Pakej memancing untuk 3H 2M dengan boathouse (termasuk pakej makan+minum), misalnya masih tidak melebihi RM500 seorang termasuk kos transport dari Lembah Klang & makan minum. Semakin ramai ahli trip maka semakin kuranglah kosnya.

 

Ads

Harga yang ditawarkan oleh kebanyakan pengusaha boathouse di sini sekitar RM1500-RM2500 sehari dan ada juga lebih dari itu. Untuk tidak membebankan, buatlah tabungan awal sekurang-kurangnya tiga bulan lebih awal.

 

Bagaimana Nak Memancing Di Tasik Kenyir!!

 

Untuk mereka yang inginkan kelainan dan juga merancang untuk sesuatu yang berbeza, boleh berurusan dengan tekong untuk terus menaiki speedboat ke lokasi memancing.

 

Cara ini, biasanya dilakukan oleh mereka yang ingin fully casting semasa musim tengkujuh dan juga trekking (mancing sungai pegunungan) semasa musim panas. Kosnya sedikit mahal berbanding pakej boathouse.

 

Ads

Set memancing yang sesuai digunakan di Tasik Kenyir ialah padanan rod yang berkekuatan 8lb-20lb dan kekili spinning saiz 1000-3000 ataupun kekili baitcaster untuk mereka yang gemar kekili jenis ini.

 

Tali pancing pula berkekuatan 10-20lb amat sesuai digunakan untuk aktiviti casting dan memancing dasar. Ini bermaksud set pancingan berkekuatan ringan dan sederhana perlu dibawa ke sini.

 

Bagaimana Nak Memancing Di Tasik Kenyir!!

 

Anda juga digalakkan membawa joran teleskopik atau rod memancing udang. Tujuannya untuk lebih keseronokan memancing ikan lampam.

 

Ads

Tasik Kenyir terbahagi kepada dua seksyen iaitu Taman Negara dan luar kawasan Taman Negara. Permit adalah diwajibkan, jika memancing di dalam kawasan taman dan akan ia diuruskan oleh tekong.

 

Lokasi memancing biasa yang akan dibawa oleh tekong adalah Sungai Cicir, Perpek, Terenggan, Cacing dan Bewah (bergantung kepada proses penutupan sungai). Manakala luar taman adalah seperti Kelebu, Air Papan, Belimbing, Lawit dan sebagainya.

 

Bagaimana Nak Memancing Di Tasik Kenyir!!

 

Biasanya kaki pancing akan membayar kos boathouse sudah termasuk pakej makan minum (5x sehari). Sebagai tambahan anda boleh bawa kudapan sendiri. Untuk lebih menarik, anda boleh bawa daging kambing untuk acara BBQ pada malam terakhir.

 

Pengangkutan secara carpool adalah paling efektif, kerana ia dapat menjimatkan kos. Sebaiknya guna kenderaan yang ada but besar untuk kemudahan mengisi barang.

 

Bagaimana Nak Memancing Di Tasik Kenyir!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI