Bagaimana Nak Mancing Baung Guna Umpan Dedak

Share

 

Pancing ikan baung guna dedak? Memang pelik bunyi sebab sudah terbiasa ikan baung dipancing dengan umpan universal seperi cacing, cengkerik, anak ikan / udang atau umpan busuk seperti umpan tapa.

 

Dengan penggunaan feeder dan pellet bends ini ternyata ia mampu menjadi umpan alternatif bagi memancing baung.

 

Bahan-bahan:

 

 

Dedak bomb 286

Dedak bomb udang & ikan

Matsumoto cacing tanah

Umpan 3d cacing tanah

Palet

Air

Feeder

Pallet bends

 

Cara Penyediaannya:

 

Tutorial 1

Masukkan sebungkus dedak bomb 286 ke dalam bekas bancuhan.

 

Tutorial 2

Masukkan pula dedak bomb ikan & udang.

 

Tutorial 3

Masukkan anggaran segenggam serbuk matsumoto perisa cacing tanah.

 

Tutorial 4

Masukkan kira-kira 10 picit umpan 3d perisa cacing tanah.

 

Tutorial 5

Bancuhan campuran bahan itu sehingga sebati kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.

 

Tutorial 6

Teknik penggunaan feeder bagi menggantikan spring yang biasa digunakan.

 

Tutorial 7

Masukkan palet ke dalam getah atau pellet bends.

 

Tutorial 8

Titikkan setitis umpan 3d perisa cacing tanah pada palet.

 

Tutorial 9

Kepalkan dedak yang siap dibancuh pada feeder.

 

Tutorial 10

Kepalkan sekali palet pada pellet bends bersama dedak dan ia siap untuk dilontar ke lubuk baung.

Published by
Amang