Drag memainkan peranan penting sewaktu pertarungan dengan ikan. Sentiasalah memeriksa drag anda agar tidak terlalu longgar, mahupun terlalu ketat kerana ini boleh memberi peluang kepada ikan meloloskan diri.
Tidak kiralah sama ada anda mengguna braided atau mono. Pemeriksaan tali memang sangat penting. Banyak berlaku kes-kes rabut akibat daripada tali yang sudah lama atau reput. Seelok-eloknya tukar tali anda dengan agak kerap mengikut kesesuaian.
Faktor umpan tak mencukupi memang selalu berlaku ketika keluar memancing. Bayangkan, tengah syok layan ikan, tiba-tiba umpan tak cukup, mesti potong stim kan? Jadi, sentiasalah bawa umpan yang mencukupi. Berlebihan sikit pun tak apa, asalkan anda takkan putus umpan.
Ads
Kes joran terbang ke laut atau sungai, tali habis dan macam-macam lagi memang selalu terjadi bila tiada pengawasan daripada anda. Jadi, kalau nak jadi pemancing berjaya, sentiasalah mengawasi rod anda, bagi mengelakkan rod anda lebur menjadi tukun di dasar laut, sungai ataupun tasik.
Ini juga penting kerana, kebiasaannya ikan akan gemar melakukan kejutan di saat-saat akhir. Bayangkan kalau tukang tangguk atau gancu anda terkial-kial hendak menaikkan ikan dan ikan memecut di saat akhir. Pastinya ia akan membawa kegagalan buat anda.
Ads
Untuk menjadi pemancing berjaya adalah penting untuk anda sentiasa merancang trip memancing anda mengikut kesesuaian musim. Ambil tahu keadaan tempat memancing, jenis ikan dan teknik terbaik sebelum anda keluar memancing.
Lubuk yang terbaik memang sering menjadi perhatian kaki pancing yang lain. Jadi untuk mengelakkan bersesak-sesak memancing di satu lubuk, adalah baik untuk kita mempunyai ‘back-up plan’ lubuk memancing kita sendiri bila situasi seperti ini terjadi.
Ads
Rod, reel, mata kail dan sebagainya harus sentiasa diambil berat kondisinya. Pastikan set pancing anda disimpan di tempat yang selamat lepas digunakan. Ini bagi mengelakkan ia rosak di kemudian hari.
Ini adalah penting untuk keselamatan anda. Jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan adalah lebih baik untuk anda membatalkan hasrat keluar memancing. Jangan sekali-sekali cuba untuk menggadai nyawa anda keluar memancing sewaktu cuaca tidak mengizinkan.
Kita tidak akan pernah tahu teknik apa yang akan menjadi pilihan ikan pada hari kita memancing. Jadi, adalah wajib bagi setiap kaki pancing cuba mempelbagaikan teknik yang anda tahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Dalam tempoh masa 55 tahun, 90 % pemangsa utama lautan hilang akibat kerakusan aktiviti manusia. Populasi ini termasuk jerung, marlin, tuna sirip biru, swordfish dan king mackerel.
Kehilangan populasi spesies pemangsa ini boleh mengubah keseluruhan ekosistem laut di mana secara komersialnya ikan bernilai tinggi berganti dengan ikan pemakan plankton. Tidak mustahil obor-obor akan menggantikan ikan seperti yang kita makan hari ini.
Piramid makanan terganggu
Jika pengurangan ikan besar bernilai tinggi yang juga pemangsa utama seperti tuna atau marlin, tumpuan akan teralih kepada tingkat bawah pemangsa utama dalam sistem piramid makanan.
Ini bermaksud, penangkapan ikan akan terarah kepada spesies yang semakin kecil dan kurang bernilai di serata ceruk lautan.
Sudah lama berlarutan
Penangkapan berlebihan atau overfishing telah didokumentasikan sejak awal 1800-an ketika manusia menangkap populasi paus untuk mendapatkan lapisan lemaknya (whale blubber) untuk dijadikan bahan api lampu.
Pertengahan 1900-an, spesies Atlantic cod, herring dan sardine California ditangkap sehingga ke tahap hampir pupus.
Risiko kepupusan spesies lautan dianggap malapetaka ketika lewat abad ke-20.
Memukat berlebihan
Spesies yang ditangkap namun bukan spesies buruan dipanggil tangkapan sampingan (bycatch).
Banyak spesies laut yang menjadi mangsa tangkapan sampingan seperti penyu, ikan lumba-lumba, jerung dan sebagainya tertangkap oleh pukat atau alat tangkapan lain.
Spesies ini kebanyakannya akan mati walaupun dilepaskan semula.
Punggah sumber laut berlebihan
Tahun 1989, waktu itu jumlah tangkapan tahunan daripada hasil laut sahaja mencecah angka 90 juta tan metrik.
Waktu itu juga industri perikanan dikatakan telah mencapai tahap paling tinggi dari segi hasil tangkapan dan sejak itu graf hasil tangkapan industri terus menjunam.
Ancaman pukat tunda
Pukat tunda di lautan boleh diibaratkan sebagai menarah hutan untuk pembalakan. Kapal akan menarik pukat yang besar, berat sehingga beberapa tan sehingga ke dasar laut untuk menangkap apa yang ada di sepanjang laluannya.
Dalam proses tersebut, pukat tunda ini akan memusnahkan segala yang ada dalam laluannya termasuk organisma, struktur dasar laut dan pelbagai hidupan dasar laut yang sensitif.
Sektor akuakultur lembam
Dalam akuakultur, sesetengah makanan untuk ikan ternakan menggunakan ikan yang ditangkap.
Untuk membesarkan 1lb ikan salmon ternakan, sekitar 4-11lb ikan baja perlu diberi. Ini menjurus kepada tangkapan berlebihan untuk mendapatkan ikan baja bagi kegunaan akuakultur.
Jika pola ini berterusan tanpa kawalan, pengkaji meramalkan sektor akuakultur akan berkembang melebihi penawaran ikan baja pada tahun 2020.
Ancaman industri perikanan
Satu jurnal kajian ke atas data tangkapan yang diterbitkan pada tahun 2006 meramalkan bahawa, jika kadar tangkapan terus pesat seperti hari ini, industri perikanan akan lumpuh sepenuhnya pada tahun 2048. (Ref: National Geographic)
Jika ini berlaku, bermakna sumber lautan telah diterokai dan dieksploitasi sepenuhnya sehingga ke tahap laut akan mati.
Sebagai komuniti pemancing, kehabisan sumber bermakna aktiviti memancing juga akan mati.
Jadi, bersediakah kita ucapkan selamat tinggal kepada aktiviti memancing jika keadaan ini berlaku? Renung-renungkan dan katakan ‘TIDAK’ pada overfishing.
Nak dijadikan cerita ada juga terdengar kes-kes yang mana isteri melarang suaminya untuk keluarmemancing atau dalam erti kata lain untuk menghentikan terus aktiviti ini.
Memang agak malanglah jika situasi ini benar-benar terjadi. Bukannya apa, bila terjebak dalam situasi ini, sang pemancing yang seolah-olah berada di dalam keadaan tersepit.
Iyelah, hati isteri harus dijaga, tetapi minat dan hobi juga tidak wajarlah kalau terpaksa dilupakan terus.
Namun, penulis percaya, bukannya semua para isteri bersikap sebegini. Mungkin hanya kes-kes terpencil sahaja yang sanggup memaksa suami untuk menghentikan aktiviti memancing.
Apa yang pasti, sememangnya si isteri pasti risau sekiranya suami mereka berdepan risiko ketika memancing dan ada juga yang risau sang suami ‘mengular’ ke arah lain.
Kongsi Minat
Pastinya kebanyakan kaki pancing mengharapkan isteri yang boleh memahami dan berkongsi minat yang sama dengan kita.
Bukan semua boleh memahami kepuasan yang boleh kita dapat daripada memancing. Mungkin ada yang menganggap hobi ini sekadar membuang masa dan lebih baik membeli ikan di pasar daripada keluar memancing yang ada kalanya pulang dengan tangan kosong.
Tetapi tidak kurang juga ada yang terus menyokong dan turut bersama-sama mengikuti sang suami keluar memancing.
Alangkah indahnya bila melihat si pemancing melakukan aktiviti ini bersama isteri dan anak-anak. Selain daripada mengeratkan hubungan, ia juga mampu mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan.
Pada masa yang sama, ia dapat mengelak syak wasangka kepada sang suami yang keluar memancing untuk beberapa hari…
Begitulah sedikit sebanyak coretan wacana bagi pemancing yang sudah menempuh alam rumah tangga.
Jadi, apa pula kata kaki pancing semua? Adakah anda pernah berdepan dengan situasi ini ataupun mungkin pernah mendengar keluhan daripada rakan anda yang “lesen memancingnya” terpaksa digantung buat sementara waktu.
Jom kita lihat apa kata pembaca setia Majalah Umpan untuk isu wacana kali ni…
APA KATA NETIZEN?
Pendapat 1
Sesetengah pemancing bila berumah tangga akan menggantung jorannya atas sebab menghormati kedua-dua ibu bapa dan keluarga mertua mereka.
Biasanya, selepas beberapa bulan kegiatan memancing akan dilakukan seperti sedia-kala. Tapi, mungkin ada juga ahli keluarga yang tak suka melihat anak mereka meninggalkan keluarga semata-mata untuk hobi memancing ni..
Pendapat 2
My wife ni kalau kita nak keluar memancing memang takde masalah. Janji belanja dapur dan segala bil settle.
Dia kata, “Kalau nak memancing, pancing ikan jaa, jangan pancing ikan mulut merah tau!” Ha..ha…
Pendapat 3
Bini aku ni kekadang OK kadang-kadang TAK OK bila aku nak keluar memancing.. Tengok mood dia…
Susah juga nak pergi memancing. Nak kena jaga hati bini dulu, baru dapat lesen…
Pendapat 4
Pada saya tak juga.. Macam saya, bini siap belikan lagi set pancing untuk memancing kat Sedili dulu dan tak pernah melarang keluar memancing pun.
Cumanya, mungkin bila dah kahwin ni, komitmen dengan keluarga adalah yang paling utama bagi sesetengah individu berbanding hobi.
Masa bujang lagi saya dah bawa keluar memancing, jadi dia dah faham keseronokan memancing ni.. Bising-bising sikit sebab belum barang pancing mahal tu ada la.
Pendapat 5
Pada saya, ramai juga kawan-kawan yang kena gantung joran selepas berkahwin… Alhamdulillah isteri saya memahami hobi saya.
Pernah saya bawa isteri serta anak-anak ke kolam untuk merasai keseronokan memancing. Isteri siap cakap patut ler awak syok memancing. Bila ikan tarik kita lawan tarik balik.
Terasa gigil tangan merasa sentapan ikan. Terus isteri cakap awak tunggu ye anak-anak besar nanti, saya nak join sekali mancing. Anak pula asyik tanya bila nak pergi mancing.
Sebenarnya lebih seronok kalau anak isteri join sekali trip memancing dan boleh dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga.
Pendapat 6
Pendapat gantung joran adalah tidak perlu pada saya. Memancing adalah satu hobi yang tidak memudaratkan.
Malah ia mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Masa terluang boleh digunakan untuk bersama keluarga beriadah & memancing.
Namun pemancing harus pandai menguruskan masa agar keluarga tidak diabaikan disebabkan aktiviti memancing yang terlalu padat.
Pendapat 7
Bagi persoalan ini, saya sebagai penyimpan joran-joran ul berpendapat adalah TIDAK PERLU gantung joran.
Ini adalah kerana kita HANYA PERLU menyimpan joran dengan kemas di rak joran. Sekiranya takut atau risau joran2 dipatahkan oleh isteri anda, sila pilih rod Uglystick kerana istilah patah itu TIADA.
Bagi saya, lepas kawin saya masih dengan hobi saya. Isteri dah faham kenapa saya dengan pancing tak dapat dipisahkan.
Ini adalah kerana dgn memancing saya dapat rileks kan sikit kepala dan fikiran ini setelah stress bekerja. Nak-nak dengan GST dan harga minyak naik.
Pendapat 8
Lepas kahwin kene ingat tanggungjawab. Walau hobi kita ni bagus. Tapi bole jadi tak bagus kalau abaikan tanggungjawab kat rumah. Beli barang mancing ribu-ribu.
Anak nak mintak belikan KFC ke mainan RM10 bukan main berkira. Itu dah tak betul. Bini nak beli langsir baru untuk rumah kata mahal, pun tak betul.
Yang betulnye, kenalah pandai beragak. Jangan hanya taksub memancing. Bahagikan masa sebaiknya. Keputusannya pasti Tak perlu gantung joran.
Fenomena teknik jigging di kalangan kaki pancing Malaysia memang dilihat semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Ramai yang sebelum ini lebih ke arah bottom dan casting mula berubah minat. Tak kiralah dari micro jigging ke fast jigging, mahupun slow-pitch jigging, semuanya ada kelompok peminat yang tertentu.
Pun begitu, ramai kaki pancing lain mula mengatakan yang geng-geng jigger ini sudah besar kepala. Huh?
Benarkah begitu? Besar kepala yang bagaimana?
Umum tahu yang untuk teknik jigging ini setnya boleh dikatakan belum tahap mampu milik di kalangan kaki pancing.
Slow pitch jigging umumnya, untuk set rod dan reel yang bagus sahaja sudah menelan belanja ribuan ringgit.
Ini belum lagi cerita bab jignya yang seketul sahaja ada yang mencapai harga hampir RM100 malah ada yang lebih dari itu. Itu hanya cerita bahagian kelengkapan.
Belum lagi ditolak tambah dengan sewa bot dan tekong. Semuanya memang menelan belanja yang besar.
Entah bagaimana muncul cerita baru-baru ini apabila ada yang mengatakan geng-geng jigger Malaysia sudah mula bersikap berlagak dengan kaki pancing lain.
Kononnya, bila dah pakai set ribu-riban, dah tak pandang dah teknik-teknik lain seperti bottom dan casting.
Malah ada juga yang merasakan diri mereka hebat bila terjun dalam bidang jigging ini dan mula memperlekehkan teknik-teknik pancingan lain.
Lebih teruk lagi, ada di kalangan jigger yang sudah mula menjauhkan diri dengan rakan-rakan bila terjerumus dengan teknik ini.
Mereka hanya bergaul dengan geng-geng jigger sahaja yang mempunyai kelengkapan mahal dan yang mampu sembang kencang tentang pengalaman mereka menarik ikan gred A dan sebagainya.
Persoalannya, benarkah begitu? Jika benarlah wujud golongan sebegini, itu benar-benar menunjukkan mentaliti kita sebagai kaki pancing masih di tahap rendah.
Belum tentu bila anda mempunyai set pancing beribu-ribu dan pengalaman mendaratkan pelbagai jenis ikan menunjukkan diri anda benar-benar hebat.
Apalah salahnya kita berkawan dengan semua dan kongsi pengalaman bersama-sama tidak kiralah menggunakan teknik pancingan apa sekalipun.
Benar, memang teknik jigging kini menjadi trend, tapi siapa tahu dua, tiga tahun akan datang mungkin teknik lain pula menjadi fenomena.
Jadi janganlah disebabkan mengikut trend anda sanggup memperlekehkan teknik pancingan yang sedia ada. Ingat setiap teknik ada tarikannya yang tersendiri.
Buat geng-geng jigger yang masih mengamalkan sikap merendah diri, penulis memang salute kepada anda.
Teruskanlah dengan nilai-nilai positif itu dan berikanlah galakan berterusan kepada kaki pancing yang lain untuk terus berjaya.
Diharapkan lebih ramai mengamalkan sikap rendah diri sebegini daripada jalan mendada dan tunjuk act yang entah apa-apa.
Apa yang ditulis oleh penulis ini tidak langsung berniat untuk menjatuhkan geng-geng jigger, tapi hanyalah untuk memberi kesedaran kepada sesetengah daripada mereka yang mungkin tanpa sedar bersikap sebegini.
Jika ia menyinggung hati mana-mana pihak, penulis memohon ampun dan maaf. Jadi, untuk bersikap adil, jom kita lihat pula apa yang dicoretkan oleh rakan-rakan kita dalam ruangan ‘Apa Kata Pemancing’.
Encik Lee
“Sejak bercimpung dalam arena jigging ni, tak pernah lagi jumpa rakan-rakan yang memperlekehkan pemancing dari teknik casting or bottom.
Bagi diri saya sendiri la, bila da terjebak dengan jigging ni memang jarang bermain bottom.
Sebabnye jadi gian nak ngenjut jig, nak-nak bila dah pernah strike ikan saiz mega, lagi la gian.
Tapi kene ingat, kita sebagai pemancing jangan sesekali memperlekehkan pemancing lain sebabnye kite kene tahu asal usul kita mula memancing.”
Tam Koscielny
“Saya akui memang ada jigger yang macam tu disebabkan kelas yang tersendiri. Tapi ada juga jigger yang tak macam tu.
Orang cakap talian hayat masih diperlukan sekiranya ikan malu-malu nak hentam jig. Terpulang pada individu.
Cuma jangan la kita mengutuk kawan-kawan yang membottom. Cukup sekadar gurauan. Ingat, jigger pon bermula dari bottom.”
Kemrol Yusop
“Tak kira apa teknik sekalipun, kalo mata kail dah msuk air dan kena”SENTAP”… lupa ngantuk ke, letih ke, mabuk laut ke dan masa nie NIKMAT memancing dirasai.
Nak guna alatan mahal2 tu lain kira…. Ada rasa sengsara menaikkan ikan tapi kepuasannya takkan lupa.
Besar kepala tak ada dalam kamus pemancing…. RAMAI KENALAN jauh dekat,u tak kenal I, i tak kenal u.. Tapi aktiviti ngail bole kenalkan kita ramai kawan… Kenal lubuk kenal ikan… kan gitu?”
Helmi Proton
“Memancing ni ibarat kita nak melihat alam ghaib .Kita tak nampak tapi kita percaya adanya kewujudannya.
Sama dengan memancing kita tak nampak apa hasil yang bakal kita dapat tapi kita percaya dengan teknik yang betul, umpan yang betul ,masa yang sesuai Insyallah dapat
ikan tak kiralah sama ada membottom, jigging, casting ker nawaitu pemancing tetap sama iaitu nak dapatkan strike.
Oleh itu tiada dalam kamus pemancing jigging lebih stardard dari membottom kerana rezeki atas yang bagi.
Kekadang sampai nak patah pinggang jigging habuk pun tak der walhal kat dalam sonar bersusun susun ikan di dalam air.
Cuma tidak dinafikan ler ada segelintir kecil dari mereka yang merasakan diri mereka hebat dan martabat mereka tinggi.
Bagi kawan, itu tak menjadik kudis pun dalam industri memancing ni kerana ikan dalam air tak kenal jenama, otai dan sebagainya.
Ada masa kita berhasil ada masa kita membangau dan ada masa kita kumpau. Lumrah pemancing.”
Wan Hafez
“Bulan 11 saya jigger, bulan 12 saya bottom, bulan 1 puyu ja, bulan 2 saya caster, sama ja… Sepanjang bulan tu ada kawan-kawan nak try jadi jigger, saya terpaksa besar kepala cakap tak yah join, elok mancing biasa-biasa je.
Bukan apa, sebab saya tau ekonomi mereka macam mana. A-Z nak setup semua pakai modal besar. Jangan kecam saya…”
Rafiqlutfi B Rahman
“Makin ramai bergaul dengan kaki pancing, makin banyak teknik yang kita dapat… Jolokan jigger yang besar kepala nie mungkin cara mereka bercerita hasil strike membuatkan kaki pancing yang lain tak senang.
Tetapi bagi saya, teknik jigging memang susah dan memerlukan stamina. Dalam masa yang sama kita perlu hormat teknik pancingan yang lain.”
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...