Bagaimana Nak Dapat Strike Toman Tasik Chini

Share

 

Sekarang ini nak dapat satu strike seekor toman bukan main susah lagi jadi jangan bazirkan peluang yang terhidang dengan kesilapan teknikal yang tidak sepatutnya berlaku.

 

Percaya atau tidak, tabiat pemakanan toman di Tasik Chini tidak sama dengan tasik lain walaupun tasik berdekatan. Untuk berjaya memburu toman Tasik Chini, beberapa perkara perlu anda semua perhatikan terlebih dahulu.

 

WAKTU MENCAKOP

Sebaik sahaja banjir surut antara waktu yang ‘menjadi’ untuk casting. Julai hingga Oktober adalah waktu terbaik untuk berkunjung ke sini. Pastikan korang tidak terlepas waktu mencakop ini.

 

 

WAKTU MEMBANGAU

2-3 minggu selepas air surut. Yang mana mengkuang, kelecut, teratai, rasau serta lain-lain tumbuhan yang ditenggelami air akan layu dan mati. Situasi ini akan menyebabkan air menjadi masam. Ketika ini toman agak sukar membuka mulut.

 

LURE KILLER

Pencil antara gewang permukaan yang sesuai dimainkan. Ketika tasik tenang dan permukaan tasik seumpama cermin yang mana pergerakkan pencil dapat dikesan oleh sang toman dengan cepat. Awal pagi ketika angin belum berhembus serta lewat petang, pencil memang ‘laku’.

 

 

Apabila angin mula ‘mengocak’ permukaan tasik, para caster biasanya menggunakan gewang kekipas, popper, jump frog dan juga buzzbait.

 

SETTING POWER

 

Joran berkekuatan 7lb-14lb atau 10lb-20lb sudah dikira berbaloi untuk dibawa ketika berkunjung ke sini.

 

 

Kekili ratio tinggi sesuai kerana kebiasaannya gewang permukaan menjadi pilihan untuk casting di tasik ini. Manakala tali utama kebanyakan caster di sini menggunakan tali sulam 20lb-30lb.

 

Shock Leader sama ada yang biasa mahu pun flourocarbon adalah penting mana kala kabel atau tali kevlar perlu diikat pada muncung gewang sebagai insuran.

 

Published by
Amang