Bagaimana Nak Dapat Lesen Layaran??

Share

 

Memperoleh atau mendaratkan ikan layaran dianggap sebagai memperoleh lesen laut dalam. Namun untuk memperoleh lesen laut dalam ini bukanlah semudah yang disangka. Kami belanja sikit tip & panduan untuk korang yang berhajat untuk memancing layaran.

 

Peralatan & Persiapan

Kekili – Sebaiknya gunakan siri kekili 5000 dan ke atas yang boleh memuatkan tali sulam 40lb sekurang-kurangnya 200 meter.

Joran – Joran kekuatan 20lb-40lb atau PE 2-4 atau lebih.

Leader – 50lb atau bergantung kepada warna air. Kalau air jernih, guna di bawah 50 lb.

Mata kail – Wajib guna circle hook bagi kelestrarian spesies layaran. Saiz 5/0 hingga 7/0 bergantung pada saiz umpan.

baca juga kenali ikan layaran

 

Pencarian & Pertarungan

Kejayaan misi memancing layaran banyak bergantung kepada umpan yang digunakan. Oleh yang demikian, dapatkan umpan hidup seperti tamban, selar, kembung atau sotong toraksebanyak yang mungkin ketika tekong berhenti mencari umpan di unjam-unjam.

 

Untuk mencari layaran, tekong akan mencari petunjuk dengan mengesan kewujudan burung-burung camar di permukaan laut. Burung-burung camar ini mengambil peluang mencuri ikan-ikan yang dipengsankan oleh layaran sebelum menyambarnya.

 

 

Sebaiknya gunakan tiga set pancing sahaja bagi untuk memancing layaran bagi mengelakkan kejadian tali pancing bersilang sama ada ketika menghanyutkan umpan atau

ketika layaran melarikan umpan. Dua set di bahagian belakang bot dan satu set di bahagian depan bot.

 

Ketika proses menghanyutkan umpan ini, korang masih boleh mencari umpan dengan teknik apollo. Apollo yang disangkutkan candat akan berpeluang memperoleh sotong.

Apabila salah satu pancing mengena, biarkan layaran melarikan umpan terlebih dahulu (tanpa drag), apabila ia berhenti seketika barulah gunakan drag dan hanya bertahan (tanpa strike) sehingga mata kail melekat pada paruh layaran.

Kemudian barulah lakukan satu strike bagi mengukuhkan lagi tancapan mata kail.

 

 

Keseronokan utama memancing layaran adalah saat ketika ia melarikan umpan dengan pecutan yang menyebabkan spool berdesing memuntahkan tali. Justeru itulah pentingnya simpanan tali yang panjang dalam spool.

 

Jangan paksa layaran menghentikan lariannya, korang hanya perlu laraskan lagi tahap drag dan meminta bantuan tekong memandu bot mengikut larian ikan sekiranya perlu. Apabila ikan mula menghentikan larian barulah menarik tali masuk semula ke dalam spool.

 

Sebaik-baiknya jangan layan lama sangat sehingga layaran keletihan tahap maksima. Ia boleh menyebabkan spesies mati.

 

baca juga panduan mengendalikan ikan layaran

 

Pengendalian

Jika ingin bergambar dengan ikan, lakukan dengan pantas agar ikan tidak lemas akibat terlalu lama berada di luar air.

Untuk mendaratkan layaran, pegang kedua-dua bahagian paruhnya. Elakkan dari memegang hujungnya sahaja kerana boleh menyebabkan ia patah.

 

 

Paruh yang patah akan mengambil masa untuk tumbuh semula sekaligus merencatkan proses ia memburu makanan.

Sebelum lepaskan kembali, berikan bantuan oksigen dengan melalukan air ke ingsangnya. Lakukan sehingga ada pergerakkan ekornya seperti mahu berenang barulah lepaskannya.

 

baca juga Teknik pancing ikan pari

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang