Bagaimana Nak Buat Trip Mancing Naik Rumah Bot

Share

 

Trip memancing menggunakan rumah bot atau boathouse sememangnya popular di Tasik Kenyir dan Tasik Temenggor. Bagi yang belum pernah mencuba, eloklah ketahui serba sedikit tip sebelum menempah mana-mana rumah bot.

 

Pertama sekali perlu pastikan jumlah ahli trip biar sepadan dengan kapasiti rumah bot yang ingin ditempah. Sebaiknya jumlah ahli trip sepadan dengan kapasiti rumah bot tersebut.

 

 

Ketahui pakej harga yang ditawarkan oleh pengusaha rumah bot. Lazimnya sekitar RM1500 hingga RM 2500 per malam. Bukan dalam kiraan hari. Jika pakej harga tidak sepadan dengan kapasiti pemancing bagi sesebuah rumah bot, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

 

Jika tidak tahu, sebaiknya tanya servis atau kemudahan yang disediakan dalam pakej tersebut. Jika ada menyatakan jumlah tandas, katil atau bot fiber dan umpan disediakan, pastikan ia sememangnya ada dan boleh digunakan.

 

 

Tetapkan lokasi memancing yang ingin ditujui kerana tidak semua sungai di dalam kawasan tasik boleh dimasuki secara percuma. Dan pastikan tekong rumah bot tersebut membawa anda ke lokasi tersebut, bukannya lokasi pilihan beliau.

 

Walaupun setiap rumah bot menyediakan dapur dan kelengkapan memasak namun makan dan minum tidak termasuk dalam pakej tersebut. Jadi, anda wajib bawa barang-barang makan dan masak sendiri jika tidak mahu kebuluran.

 

 

Pastikan juga pangkalan yang betul di mana anda akan naik rumah bot tersebut kerana ada lebih dari satu pengkalan di terutamana di Tasik Kenyir.

 

Bagi memastikan trip berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancang, bayaran penuh sewa rumah bot elok diselesai setelah tamat trip, bukannya sebelum memulakan trip.

 

Published by
Amang