Mata bom merupakan gabungan perambut bermata kail berangkai yang disambungkan gelungan dawai atau spring. Rangkaian mata kail sebanyak 3-10 ini akan dicangkuk dengan umpan sama ada roti atau pellet. Sementara spring pula akan dikepal dengan bancuhan dedak sebagai umpan rasuah untuk menarik ikan datang.
Mata bom atau mata rambai ini merupakan benda penting untuk memancing rohu. Walaupun pelbagai teknik dan cara digunakan namun bagi aku mata bom jugalah yang selalu digunakan. Di kedai pancing banyak terjual mata bom ni namun bagi bagi seorang pemancing, buat sendiri mata bom memberi satu kepuasan.
Ia merupakan satu kerja seni dan salah satu cabang seni dalam memancing. Setengah orang kata ia kerja yang leceh namun tidak bagi pemancing tegar.
Bahan keperluan:
Spring
Jarum
Swivel
Tali sulam
Getah paip akuarium
Kevlar
Tutorial 1
Sambung spring dengan swivel menggunakan kevlar (tali sulam bersaiz kasar) kira-kira 2 inci panjang.
Tutorial 2
Ikat 3 perambut tali sulam pada cincin swivel mengikut ikatan yang anda biasa gunakan.
Tutorial 3
Masukkan getah paip akuarium paip oxigen pada tali perambut dan swivel sehingga menyentuh spring dan keluarkan tali perambut dari dalam getah paip.
Tutorial 4
Kemudian ikat getah paip dengan kuat agar spring tidak lari apabila ikan tarik mata kail (bukan takut ikan terlepas atau putus tapi swivel yang atas akan turun ke bawah dan nak tarik bagi sediakala susah sebab lubang getah sempit).
Tutorial 5
Kemudian masukkan tali perambut benang pada lubang jarum (pastikan jarum bersaiz besar) untuk dimasukkan ke dalam lubang paip.
Tutorial 6
Tali perambut yang dikeluarkan dari getah paip bolehlah diikatkan mata kail yang sesuai. Kemudian buat perambut 2 mata kail untuk disambungkan pula pada spring bahagian bawah.
Tutorial 7
Perambut spring mata bom yang siap untuk digunakan.