Bagaimana Nak Buat Perambut Cakar Ayam

Share

 

Penggunaan mata kail berangkai seperti mata rambai atau cakar ayam sangat efektif memancing di kolam kerana ia memberi kelebihan umpama mata 3 apabila membuat sembatan. Bagi penggemar rohu, ia adalah senjata ampuh untuk menewaskannya, selain sang pacu yang gemar memutuskan tali.

 

 

Jika anda kaki kolam, mata rambai yang dibeli di kedai, ada kalanya mampu menyedihkan anda apabila mata kail sering kali terlucut kerana ikatannya tidak kuat. Jadi untuk lebih berpuas hati, apa kata buat sendiri mata rambai ini.

 

Barang yang diperlukan:

 

 

Tali tangsi 20-25lb

Mata kail saiz 4

Playar

Plier pemotong

Super glue

 

Cara-cara menghasilkannya.

 

Tutorial 1

Ukur tali dua jengkal.

 

Tutorial 2

Kemudian lipat dua tali berkenaan.

 

Tutorial 3

Kemudian lipat tiga.

 

Tutorial 4

Masukkan swivel ke dalam gelungan tali.

 

Tutorial 5

Letakkan swivel di tengah tali. Lebihkan satu jengkal.

 

Tutorial 6

Potong tali selepas diukur.

 

Tutorial 7

Ikat swivel pada mana-mana objek yang kuat. Kemudian asingkan tali yang paling panjang dan mulakan sulaman sebanyak 15 kali.

 

Tutorial 8

Ukur sama panjang dan potong lipatan tali tadi.

 

Tutorial 9

Pisahkan kesemua tali dan ia akan kelihatan seperti ini.

 

Tutorial 10

Ambil 1 bahagian tali, kemudian ambil tali yang panjang dan pintal sebanyak 5 kali pada tali yang diasingkan tadi.

 

Tutorial 11

Setelah dipintal, jerut dengan kuat seperti gambar di atas.

 

Tutorial 12

Lengkapkan pintalan pada semua bahagian tali.

 

Tutorial 13

Hasil tali yang telah dijerut.

 

Tutorial 14

Gunakan sebarang objek sebagai pengukur bagi mendapatkan ukuran yang sama.

 

Tutorial 15

Hasil daripada tali yang telah ditanda

 

Tutorial 16

Mulakan ikatan mata kail.

 

Tutorial 17

Tarik dengan kuat dan berhati-hati.

 

Tutorial 18

Potong lebihan pada tali perambut.

 

Tutorial 19

Letakkan super glue pada setiap ikatan mata kail.Mata kail rambai yang telah siap.

Published by
Amang