Setelah 5 tahun kategori King Of Barramundi ketandusan jagoan siakap air tawar dalam siri Monsoon Casting Tournament (kini Asean Monsoon Casting Tournament), akhirnya mahaguru siakap dari Paka, Terengganu menamatkan kemarau tersebut.

 

Ahmad Yusry yang lebih dikenali sebagai Awang Yusri atau `Ayam Perak’, yang mewakili team Lanun Kail 1 dalam kejohanan mengilat AMCT 2019, menceritakan pengalaman manis

yang menobatkan beliau sebagai King Of Barramundi dengan membawa pulang pelbagai peralatan memancing.

Awang Yusry Tewaskan Siakap Kenyir 14.7kg!

“Saya mengunakan reel Megabass Monoblock Topaz. Rod Megabass Destroyer Evolution 10-25lbs. Mainline Yamatoyo 39lbs. Leader Yamatoyo 40lbs. Lure Ofmer Xdeep 85 color parrot custom.”

IKLAN

 

“Siakap tersebut saya dapat di sebuah suak sebelum memasuki Sg. Belimbing. Sebelum itu saya casting gali sebarau dengan set ringan. Selepas agak lama tanpa memperoleh sebarang hasil, saya tukar set untuk cari toman selepas tengok ada balak besar dalam air.”

Awang Yusry Tewaskan Siakap Kenyir 14.7kg!

“Selepas 3 kali balingan ke balak tersebut barulah disambut lembut oleh sang penunggu.

IKLAN

Saya ingatkan toman yang mengena tetapi selepas melakukan hook up yang kemas, kelihatan ada sedikit aksi lompatan tapi hanya kepala sedikit saja yang timbul di permukaan air.”

 

“Selepas menyedari siakap yang mengena itu bersaiz agar besar, saya berusaha pujuk keluar dari kawasan yang agak banyak kayu mati.

Lebih kurang hampir 10 minit menunda dan memujuk keluar dengan menggunakan trushter, barulah siakap berjaya dibawa keluar dari kawasan kayu.”

IKLAN

Awang Yusry Tewaskan Siakap Kenyir 14.7kg!
“Perlawanan kawasan terbuka pulak mengambil masa dalam 10 minit untuk meletihkannya. Alhamdulillah… dengan bantuan rakan sepasukan, siakap seberat 14.7kg itu selamat didaratkan ke dalam bot.”

 

Selain siakap tersebut, Awang Yusry turut menggondol hadiah King Of Sebarau apabila berjaya mendaratkan seekor sebarau sepanjang 50cm.

Dalam pada masa yang sama tangkapan lain seperti toman dan baung turut menyumbang kepada kejayaan pasukannya menaiki podium di tempat ketiga King Of AMCT 2019.

Yang pasti, siakap tunggal yang beliau tewaskan itu menjadi topik utama perbualan dan sorotan utama kejohanan AMCT 2019.

Awang Yusry Tewaskan Siakap Kenyir 14.7kg!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI