Apa yang pemancing buat bila balik ke kampung??

Share

 

Mana-mana pemancing pasti teruja tak terkira bila secara tiba-tiba ternampak ada kolam memancing yang baru beroperasi tidak jauh dari kampung halaman.

Bila dah terlajak pun sanggup patah semula untuk meninjau situasi. Dan tak mustahil ada yang terus keluarkan set dan memancing.

 

Bagi yang betul-betul kaki pancing, masuk jumpa mak ayah sekejap kemudian terus menjenguk lubuk-lubuk memancing berdekatan dengan rumah.

Bukan nak memancing pun cuma nak tinjau potensi semasa berbanding masa lalu. Tapi kalau nampak sangat berpotensi, balik ambil joran la jawabnya.

 

Percaya atau tidak ramai kaki pancing jadi rajin untuk ke pasar mencari barangan mentah persiapan raya. Sebenarnya bukan nak ayam daging sangat.

Tapi nak tengok hasil laut yang dipasarkan. Kalau banyak ikan gred A yang makan umpan pancing, boleh usyar tekong-tekong bot yang buat trip memancing.

 

Sudah semestinya akan jumpa yang sama hobi terlebih dulu. Selain dengar cerita perkembangan trip memancing mereka, inilah masanya untuk kongsikan pengalaman sendiri memancing di ibu kota dan lain-lain padang pancing.

Sekelip mata maka dapatlah gelaran sifu atau masta dari rakan-rakan.

 

Bila dah jumpa kawan-kawan kaki pancing tak lengkap kalau sekadar sembang berapi saja. Rugilah kalau tak tayang set pancing terkini yang diguna pakai.

Nama pun dah jadi pemancing bandar, takkan nak pakai set pancing level pemancing kampung lagi. Ye dak?

 

Memang tak sah kalau tak pergi meronda ke semua kedai pancing yang ada dalam kawasan berdekatan.

Inilah masanya nak cari barang rare yang dah habis stok di kedai-kedai pancing utama di kotaraya. Tapi yang pasti akan buat perbandingan dan komen macam-macam pasal harga.

Published by
Amang