Apa Yang Diimpikan Oleh Kaki Pancing

Share

 

Port bebas dari pukat

 

Tanyalah mana-mana pemancing terutamanya kaki mengilat, mereka suka atau tidak port memancing mereka dipenuhi pukat dan jaring. Lebih-lebih lagi pukat atau jaring yang tidak kelihatan. Tau-tau gewang tersangkut pada jaring lama yang ditinggalkan.

 

Tempat larangan dibuka

 

Apa perasaan korang apabila tempat larangan memancing seperti taman laut atau santuari dibuka khusus untuk pemancing sahaja. Rasanya itulah erti kemerdekaan sebenar bagi semua pemancing. Hanya dengan membayangkannya saja dah rasa nak laungkan kemerdekaan berkali-kali.

 

 

Dapat cuti memancing

 

Hari Kemerdekaan bermakna cuti umum. Cuti umum bermakna… bolehlah manfaatkan cuti dengan pergi memancing. Ada ke pemancing yang tak suka dapat cuti dan boleh pergi memancing?

 

Menang pertandingan

 

Jangan cakap menang dulu, dapat strike ikan pun dah rasa macam merdeka sangat dah. Ini kan pulak kalau dapat menang pertandingan memancing yang menawarkan hadiah puluhan ribu ringgit. Kalau tanya pada semua pemancing yang masuk pertandingan memancing, sememangnya inilah erti merdeka yang sebenar pada mereka.

 

 

Posting tak kena kecam

 

Semua pemancing cukup suka up hasil memancing mereka di media sosial. Selain dari like dan puji-pujian, biasanya ia tak lepas dari kecaman dari netizen. Sebab itulah kalau posting langsung tiada unsur kecaman, ia umpama hari-hari hari merdeka.

 

Berjaya bebas dari kumpau

 

Untunglah kalau korang tak pernah kumpau (jangan cakap korang tak tau makna kumpau pulak). Tapi kalau tak pernah kumpau tentu korang tak boleh nak bayangkan bagaimana perasaan pemancing yang akhirnya berjaya keluar dari badi kumpau. Nikmat kemerdekaan umpama burung yang berjaya keluar dari sangkar setelah bertahun-tahun terkurung.

 

 

Bini beri lesen memancing

 

Tiada erti merdeka yang lebih bererti selain daripada dapat kebenaran untuk memancing oleh isteri. Pemancing yang masih bujang mungkin menganggap ini perkara lawak. Hakikatnya memang ramai pemancing yang lesen memancingnya isteri yang pegang.

 

Published by
Amang