Apa Yang Best Sangat Pasal Ikan Senangin

Share

 

Taksonomi

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Perciformes

Family: Polynemidae

Genus: Eleutheronema

Species: E. tetradactylum

Binomial name: Eleutheronema tetradactylum (Shaw, 1804)

 

 

Ikan senangin dan kurau berasal dari satu keluarga yang sama tetapi berlainan spesies. Ianya berbeza dari segi saiz walaupun ramai yang menyatakannya berasal dari spesies yang sama.

 

Warna ikan-ikan ini berbeza dari satu kawasan ke kawasan yang lain kerana faktor kualiti air seperti soal kedalaman air dan struktur habitat. Rasanya juga berbeza mengikut jarak dari sungai ke muara.

 

 

Trivia Menarik Tertarik

 

Senangin adalah spesis yang paling kecil dalam keluarga “Salmon Threadfin” dan mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

 

Semasa kecil hidup di dalam sungai yang berair payau dan apabila membesar akan berhijrah ke muara. Di Muara Senangin  banyak di dapati di kawasan yang berlumpur dan mempunyaai dasar yang mempunyaai longokan kayu atau  tempat yang ia dapat berlindung.

 

 

Masalah yang sering timbul kepada ikan ini sehingga ia tidak menjadi sepopular keluarganya yang lain ialah keadaan habitatnya yang bermula dari sungai. Di sinilah punca kenapa ikan ini semakin kurang dikenali kerana kebanyakan habitatnya telah punah akibat dari kes meracun, ambai dan sisa buangan toksik dari kilang sebelum ia sempat membesar dan berhijrah ke laut.

 

Di Australia, senangin dan kurau banyak dipancing sehingga ianya menjadi amat popular sebagai satu sukan memancing.

 

 

Senangin boleh dipancing dengan menggunakan umpan perumpun, anak-anak ikan ataupun udang.

 

Di Sarawak ikan Senangin juga dipanggil dengan nama ikan bulu.

 

Di Johor, ikan ini juga dipanggill dengan nama senangin janggut terutamanya pada mereka yang tinggal di pertengahan antara sungai dan muara.

 

 

Mempunyai sirip yang paling panjang di antara keluarganya.

 

Saiz badan yang paling kecil dalam keluarga “Threadfin Salmon” tetapi memiliki sirip Janggut yang paling panjang.

 

Tekstur isinya adalah halus.

Published by
Amang