Akhir-akhir ini trend custom rod semakin menjadi kegilaan kaki pancing Malaysia. Tidak kiralah sama ada set bottom, casting, jigging, surfcasting mahupun fly fishing, ada sahaja permintaan di kalangan kaki pancing untuk memiliki joran yang sesuai dengan cita rasa dan spesifikasi yang mereka inginkan.

 

Malah bukan itu saja, ramai peminat custom rod percaya bahawa dengan menghasilkan rod mengikut cita rasa sendiri ini mampu memberikan aksi dan hasil yang lebih baik daripada joran ready-made yang sedia ada.

 

Persoalan yang timbul di sini ialah mengapa ada yang mengatakan custom rod ini dikatakan lebih baik dari joran ready-made?

 

Apa Yang Best Sangat Guna Rod Custom?

 

Puas juga mencari jawapan, akhirnya penulis mampu memberikan beberapa alasan mengapa custom rod ini lebih digilai oleh kaki pancing masa kini.

 

Pertamanya, untuk mendapatkan joran dengan prestasi terbaik. Ini kerana dengan custom rod, anda boleh memilih sendiri material yang anda inginkan.

 

Sudah tentunya bila anda mempunyai hak untuk memilih, anda akan memastikan semuanya datang dari material yang terbaik. Itu menjadi antara penyebab custom rod semakin digilai kerana value yang dihasilkan mungkin sukar ditandingi oleh mana-mana set joran yang ada di pasaran.

 

Apa Yang Best Sangat Guna Rod Custom?

 

Ads

Keduanya, faktor ingin menjadi lain daripada yang lain juga menjadi penyebab mengapa kaki pancing beralih kepada custom rod.

 

Anda bebas nak letak nama pada rod anda, anda boleh memilih sendiri warna kegemaran untuk rod anda, malah anda juga boleh mereka bentuk sendiri keseluruhan joran mengikut cita rasa anda.

 

Selain itu, joran ready-made atau production rod yang boleh dibeli di kedai pancing kebiasaannya dihasilkan mengikut spesifikasi seorang lelaki biasa sahaja.

 

Oleh itu, ini boleh menjadi penyebab rod tersebut tidak sesuai untuk sesetengah pihak yang mungkin mempunyai bentuk badan yang berbeza sekali gus membuatkan individu itu untuk menghasilkan rod yang sesuai bukan sahaja mengikut bentuk badan malah untuk kepuasan mereka sendiri.

 

Apa Yang Best Sangat Guna Rod Custom?

 

Itu antara sebahagian kelebihan dan sebab kaki pancing beralih arah kepada custom rod. Namun, bukannya begitu mudah untuk memiliki custom rod ini. Kadang-kala ia memerlukan modal yang lebih besar daripada rod ready-made yang ada di pasaran.

Ads

 

Sebab alang-alang ingin custom rod, blank mestilah yang terbaik, begitu juga dengan ring dan aksesori lain. Tidak hairan, custom rod ini akan mencecah angka yang tinggi mengikut bajet yang sanggup dikeluarkan oleh peminatnya.

 

Ini antara sebahagian inti pati yang dapat penulis simpulkan mengenai kegilaan custom rod. Selebihnya, apa kata kita tanyakan sendiri kepada kaki pancing tentang apa lagi yang best tentang custom rod ini.

 

Apa Yang Best Sangat Guna Rod Custom?

 

“Bestnya custom rod ni sebab ia boleh dihasilkan ikut keselesaan tangan kaki pancing. Selain tu, kaki pancing pun boleh pilih sendiri material apa yang nak digunakan selain boleh design sendiri warna rod, benang, handle rod dan lain-lain lagi. Biasanya, custom rod juga mempunyai setting cincin dan backbone yang lebih baik berbanding rod biasa.”

  • Delly Zirr

 

“Custom rod ni digilai sebab banyak kelebihannya. Antaranya, rod blanks yang dikehendaki pembeli biasanya tak dijual di kedai-kedai pancing. Selain tu corak dan warna custom rod ni juga sangat eksklusif. Ada custom rod juga gunakan teknik wrapping yang mana memang jarang digunakan pada mass production rod.”

  • Angler Rise

 

Ads

 

Apa Yang Best Sangat Guna Rod Custom?

 

“Menariknya lagi, barang-barang seperti guides, tip guides, reel seat, eva/cork handles dan lain-lain juga boleh dipilih mengikut cita rasa pembeli. Spine atau tulang belakang rod custom juga biasanya akan diberi perhatian yang teliti supaya rod tu berkebolehan untuk memberi fight kepada ikan. Pendek kata, custom rod ni ada identitinya yang tersendiri mengikut pilihan kaki pancing.”

  • Zimi Chan

 

“Pada pendapat saya, custom rod ni banyak kelebihannya bagi seseorang pemancing tegar tapi tu semua terpulang pada individu serta kemampuan. Macam saya, saya lebih suka custom rod yang ringan tapi kuat serta hujungnya sensitif bila ikan makan umpan. Ni cuma pendapat serta rod custom yang saya inginkan je. Mungkin orang lain, lain pendapatnya.”

  • Husni Murbak

 

Apa Yang Best Sangat Guna Rod Custom?

 

“Saya lihat kelebihan utama rod custom made ni adalah keselesaan/kepuasan kepada pemancing. Ini kerana tujuan custom made sendiri adalah untk memberi peluang kepada pemancing bagi mendapatkan sebatang rod yang betul-betul ikut spec mereka, seperti kelenturan, kekuatan, panjang, jenis guide dan handle. Kedua, kelebihan rod custom made adalah kualitinya. Pada masa ni semua rod kosong yang datang adalah dari material yang sangat berkualiti dan kuat seperti G loomis atau Xzoga. Jadi ia memberi kelebihan jangka masa panjang dari segi hayat rod tersebut.”

  • Syam Krezi

 

“Custom rods atau tailored rods dah pada dasar istilah pun dah bawa maksud ikut specs seseorang pemancing. Dari segi rod itu sendiri rasanya tidak ada kelemahan, yang ada hanya perbandingan positif dan negatif. Sekiranya custom rod maker adalah seorang yang benar-benar pakar, dia akan bertanya semula pada pelanggan apa sebenarnya target penggunaan rod tersebut dan apakah reel yang akan dipasangkan dan bukan buat atas dasar permintaan ikut specs semata-mata. Yang negatif tentang custom rod kalau nak diikutkan satu je, kos pembuatan. Kalau mampu apa saja boleh…”

  • Rudy Glams

 

Apa Yang Best Sangat Guna Rod Custom?

 

“Pendapat saya, custom rod ni beri kepuasan maksima kepada pemancing kerana ia dibuat mengikut spesifikasi daripada pemancing itu sendiri. Kekurangannya pula,bila rod tersebut tak dibentuk dengan sempurna oleh rod builder dan ini boleh menyebabkan pemancing kecewa dengan kualitinya.”

  • Pemancing Sepi
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI