Apa Yang Best Mancing Di Tasik Kenyir??

Share

 

Geng memancing

Majoriti mereka yang berkunjung ke sini biasanya adalah secara grup di antara 10-20 orang. Bagi kaki pancing yang teringin hendak ke sini, tetapi tidak ada geng jangan risau kerana permintaan untuk memenuhkan trip sentiasa sahaja ada.

 

Caranya rajin-rajinlah menjengah grup Whatsapp atau Facebook kerana biasanya akan ada trip memancing yang dianjurkan oleh individu tertentu dan anda boleh turut serta dan menyelit dalam trip tersebut. Secara tidak langsung anda akan mendapat kawan baru.

 

 

Berkumpul di jeti mana?

 

Untuk memasuki dan memancing di Tasik Kenyir hanya ada dua sahaja pintu masuk iaitu Jeti Jenagor (pintu masuk stesen TNB) di Kuala Berang dan juga Pengkalan Gawi.

 

Rujuk dengan tekong dan ahli trip yang lain di manakah semua ahli akan berkumpul. Namun kini Pengkalan Gawi merupakan pintu masuk utama.

 

 

Keselamatan jalan raya

 

Sentiasa berhati-hati di sepanjang perjalanan terutama di sepanjang jalan kerana banyak kenderaan terutama lori dan juga binatang ternakan penduduk yang tidur di tengah jalan. Bergilir-gilir membawa kereta adalah terbaik.

 

Waktu bertolak dan balik

Tiada waktu khusus untuk anda tiba di Pengkalan Gawi kerana ia dibuka 24 jam. Lazimnya boathouse akan bertolak dari jeti seawal 8.00 pagi. Oleh yang demikian peserta harus bertolak pada malam hari dan akan tiba di bandar Kuala Berang sekitar jam 6 pagi untuk solat subuh, sarapan dan membeli barang keperluan seperti bekalan ais dan sebagainya.

 

Waktu keluar dari Tasik Kenyir pula bergantung kepada perbincangan dengan pengusaha boathouse. Namun untuk tujuan keselamatan (ancaman angin lintang pada waktu petang), lazimnya boathouse akan bertolak keluar pada waktu pagi dan tiba di jeti sekitar jam 1-3 petang.

 

 

Lain-lain perkara

 

Selain barang pancing, makanan beberapa item ini perlulah diambil kira dan amat penting, iaitu:-

 

Life jacket

Life jacket memang disediakan di dalam boathouse, cuma untuk keselesaan, bolehlah bawa sendiri.

 

 

Di Tasik Kenyir anda bebas untuk melakukan teknik apa sahaja. Kaedah pancingan dasar biasanya dari atas boathouse atau landbase di sasarkan untuk ikan kelah, toman, baung, belida.

 

Manakala penggunaan speedboat perlu jika ingin meneroka ke lubuk-lubuk terpencil bagi mendapatkan sebarau dan toman.

 

Jika ramai kaki casting dalam sesebuah boathouse, bilangan speedboat akan ditambah (caj tambahan akan dikenakan) atau juga, kaki pancing boleh bawa sendiri speedboat.

 

Berapa banyak rod dan kekili nak dibawa? Jika menaiki boathouse, terpulang kepada anda ingin membawa seberapa banyak batang joran dan koleksi gewang selagi anda larat bawa.

 

 

Selain casting, aplikasi trolling juga boleh dipraktikkan jika mahu menduga siakap Tasik Kenyir.

 

Untuk pancingan dasar, sebelum trip berlangsung anda boleh minta tekong sediakan umpan kelapa sawit, palet dan anak ikan.

 

Biasanya ia telah termasuk di dalam kos memancing. Sebagai tambahan, anda boleh membawa sendiri umpan seperti anak keli, ikan kap untuk pancingan toman dan baung bersaiz gadang.

 

Published by
Amang