Skop pancingan ultra light ini tidak tertakluk kepada pancingan air tawar semata-mata. Ia juga boleh dipraktikkan di laut dalam dalam ia lebih praktikal di kawasan air tawar dan air masin yang cetek.
Light jig pula merujuk kepada perkakasan terminal berupa umpan tiruan atau gewang yang diperbuat daripada logam menyerupai bentuk dan aksi hidupan laut seperti ikan dan sotong.
Ads
Gewang yang dinamakan jig ini pula terdapat pelbagai bentuk saiz dan berat. Berat jig inilah yang menentukan kelasnya dari mikro hinggalah heavy. Lazimnya jig yang dikelaskan sebagai light jig memiliki berat dari 30gm hingga 120gm.
Sementara jigging pula adalah terma memancing sebagaimana bottom fishing, fly fishing atau casting. Ia dinamakan jigging berikutan teknik pancingan mengunjun kepingan besi atau metal jig.
Ads
Jigging ini lebih praktikal dilakukan di perairan air masin melalui kaedah horizontal dan vertical jigging. Ia kurang dilakukan di perairan tawar kecuali di tasik-tasik yang dalam.
Ads
Manakala light jigging yang anda ingin ceburi itu ialah teknik jigging menggunakan peralatan kelas ringan. Ia merangkumi joran kelas ringan sehingga PE 1.5, tali pancing kurang dari 30 lb dan jig tidak melebihi berat 120 gm.
Teknik karauan pula bergantung kepada spesies buruan. Jika menyasarkan ikan pelagik maka jig perlu dimainkan dengan laju dan digayakan dengan perlahan jika menyasarkan ikan demersal.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bagi teknik casting di kawasan berjeram atau sungai pergunungan, beberapa jenis gewang boleh digunakan. Namun gewang yang paling efisien untuk dimainkan adalah dari jenis sesudu atau spoon. Ini kerana sesudu tidak mudah hanyut dibawa arus sekaligus menjejaskan prestasi renangannya.
Terdapat banyak jenis sesudu yang ada sekarang ini di pasaran. Gewang bentuk Altima dan Abu Island paling banyaj digunakan. Nnamun saya mengesyorkan anda dapat seketul dua sesudu Tokwan Sodo. Penggunaan sesudu sudah banyak terbukti berkesan menjerat menjerat spesies penyerang dan kawasan berjeram seperti tengas, sebarau dan bujuk. Selain itu disyorkan juga menggunakan mata tunggal berbanding mata tiga.
Anda juga boleh menggunakan gewang shallow runner atau selaman cetek atau sederhana (minnow) jika bersesuaian. Anda perlulah bijak memilih gewang minnow yang mampu mengekalkan aksi renangan dengan ketika hanyut mengikut dan melawan arus. Elakkan menggunakan selaman dalam kerana kawasan berjeram selalunya mempunyai kedalaman yang sederhana sahaja.
Selain gewang, penggunaan kekili dengan ratio tinggi juga amat penting untuk kegunaan sungai berjeram. Pastikan anda gunakan kekili sama ada kekili menegak atau mendatar dengan nisbah ratio 6:1 dan ke atas.
Secara peribadi pula saya amat menggemari gewang Rapala Team Esko ketika casting di jeram. Kelebihan gewang ini ialah mampu berenang dengan sempurna ketika berada di dalam arus berjeram.
Bagi penggemar pancingan air masin yang menggunakan umpan tiruan, pasti mempunyai gewang pilihan tersendiri sebagai senjata ampuh untuk menjinakkan ikan. Di sini, kami kongsikan senarai gewang air masin terbaik sepanjang zaman yang dikumpul dari seluruh dunia. Mana tahu anda berkenan!
L.B. Huntington Drone Spoon
Sesudu ini dipatenkan pada tahun 1919 selepas sembilan tahun dalam proses R&D oleh Levon B. Huntington atau Fishhawk. Hari ini gewang ini masih dikeluarkan di Norfolk, Virginia oleh Lev Huntington II. Drone Spoon ini mampu menggoda hampir kesemua ikan pemangsa yang menjadikan ikan kecil sebagai makanan.
Gewang ini datang dengan pelbagai pilihan saiz dan warna. Gelekan sesudu ini yang unik menjadikannya antara gewang killer terbaik dalam senarai ini.
Green Machine
Antara gewang tiruan yang paling ringkas dan efektif, Green Machine diperkenalkan lebih dari 20 tahun dahulu oleh Sevenstrand Tackle Company. Walaupun tidak popular di tempat asalnya iaitu West Coast, namun rekaan ini cukup popular untuk teknik trolling tuna di bahagian timur.
Gewang hijau ini mempunyai bentuk kepala seperti peluru dan jejari lembut seakan sotong dan mempunyai kepanjangan sekitar 12 inci. Hari ini, terdapat banyak gewang yang mempunyai bentuk seakan Green Machine.
High Speed Spreader Bars
Gewang ini hampir menyerupai Green Machine namun Spreader Bars mempunyai warna yang lebih pelbagai. Spreader Bars asalnya dibuat oleh Grant Toman dan Dave Arbeitman dan mempunyai dawai halus di tengah badannya yang menyerupai sotong. Spreader Bars sangat popular untuk teknik trolling terutamanya ketika memancing tuna.
Hopkins NO=EQL
Gewang NO=EQL direka oleh Robert Hopkins pada tahun 1949. Awalnya Hopkins mahu membuat gewang besi yang tahan air masin, boleh dibaling jauh dan mempunyai gaya persembahan yang mampu menggoda ikan.
Hasilnya gewang ini menjadi kegilaan ramai. Gewang stainless steel ini mempunyai bentuk yang unik dengan kemasan hujung atasnya seperti diketuk oleh tukul dan gewang ini seolah-olah gabungan antara spoon dan jig.
Ilander
Di Cape Hatteras, tanyalah pemancing atau kapten bot memancing di sana, gewang rerambut berwarna putih dan biru ini pasti cukup terkenal. Dengan kepala besi berwarna perak, gewang Ilander ini bukan sahaja terkenal dengan kemampuan menaikkan ikan pelagik malahan spesies seperti marlin dan layaran juga tidak mampu menahan godaan gewang ini di depan mata. Selalunya digunakan untuk teknik trolling.
Johnson Silver Minnow
Johnson Silver Minnow ini telah dihasilkan sejak hampir 90 tahun lamanya dan masih terbukti berkesan hingga ke hari ini. Gewang ini mempunyai bentuk yang unik iaitu membujur dan besi ini lebih tebal pada bahagian tengahnya yang menghasilkan lenggok yang menarik ketika di dalam air. Keluaran sesudu warna emas merupakan pilihan yang paling popular untuk Silver Minnow ini.
Lefty’s Deceiver
Sekitar tahun 1950, Lefty Kreh dan rakannya Tom Cofield merupakan antara pemancing layang yang sering mengaplikasikan teknik ini ketika memancing. Ketika itu, Kreh telah dikenali ramai sebagai seorang pemancing dan fly-tyer yang bagus terutama dengan penghasilan fly air masin yang sangat efektif dinamalan Lefty’s Deceiver.
Paten ini boleh digunakan dalam pelbagai keadaan air dan dikatakan mungkin antara paten fly yang menangkap paling banyak ikan sukan air masin.
Mann’s Stretch+
Mann’s Bait Company memperkenalkan rekaan gewang mereka iaitu siri Stretch 25+ dan ramai pemancing yang mencubanya mengakui gewang ini sangat produktif. Dengan bentuk minnow yang memanjang, gewang plastik yang dipadankan dengan bibir yang panjang ini pasti berkesan ketika menduga spesies ikan di dalam air.
Gewang ini juga sangat popular bagi teknik trolling terutama bagi kebanyakan pemancing wahoo dan tuna.
Sekiranya akan casting dengan menggunakan sampan atau bot fiber, pastikan dulu saiz dan kondisinya dalam keadaan baik agar terhindar dari kejadian yang tak diinginkan.
Kasut Yang Tepat
Jika casting di kawasan sungai pegunungan atau berbatu, pastikan alas kaki atau kasut yang digunakan bukan saja bersesuaian malah juga masih dalam keadaan sempurna. Jangan sampai anda terpaksa berkaki ayam kerana masalah tersebut.
Elak Memancing Seorang Diri
Soal lubuk merupakan rahsia besar oleh mana-mana caster. Walaupun takut lubuk diketahui orang lain sekali pun, berusahalah dari memancing secara berseorangan. Paling tidak pun ajaklah seseorang walaupun dia langsung tidak minat memancing.
Ketahui Maklumat cuaca
Perubahan cuaca kadang kala tidak dapat diduga. Apabila kondisi cuaca tiba-tiba bertukar mendung dan hujan turun dengan lebat disertai kilat dan petir, segeralah cari tempat berlindung yang selamat. Sebaiknya juga dapatkan maklumat cuaca sebelum ke lokasi.
Persiapan peralatan
Alatan pancing dan gewang merupakan senjata utama dalam teknik casting. Oleh yang demikian persiapan alatan perlu diambil berat sebelum pergi memancing. Elakkan dari terbawa alatan yang tidak menepati untuk bertarung dengan sasaran dan tertinggal gewang yang sepatutnya dibawa bersama.
Ketepatan dan keselamatan
Ketepatan balingan gewang ke sasaran merupakan perkara paling asas untuk kejayaan casting. Dalam pada masa yang pastikan juga ketika membuat lontaran, gewang tersebut tepat ke sasaran dan bukannya tepat mengenai badan rakan yang berhampiran.
Bekalan
Jangan lupa bawa bekalan makanan dan minuman sekiranya pergi casting seharian. Tubuh badan yang sudah terisi makanan dan minuman bukan saja membekalkan tenaga malah mendorong tahap keyakinan ketika memancing.
Jaket Keselamatan
Walaupun sekadar meranduk sungai, tiada salahnya jika anda ingin memakai life jacket atau jaket keselamatan. Manalah tahu anda terjatuh ke dalam air atau dihanyutkan arus. Setidak-tidaknya ia membantu ketika kecemasan. Sebaiknya gunalah jaket keselamatan dari jenis foam yang selesa.
Keselamatan Kenderaan
Pastikan kenderaan ditinggalkan dalam keadaan berkunci dan selamat dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Kegagalan berbuat sedemikian sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan atau hilang fokus sepanjang tempoh memancing. Jangan tidak percaya, perkara ini juga menjadi salah faktor berlakunya kumpau.
Pakaian
Gunakan pakaian yang bukan sahaja selesa ketika memancing bahkan bagus untuk perlindungan diri khususnya terhadap terik matahari. Sekiranya anda memiliki pakaian yang dianggap ‘tuah’ pada korang, maka pakailah. Setidak-tidaknya ia akan mendorong keyakinan diri.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...