Sudah lama perkara ini bermain dalam fikiran saya… kenapa agaknya pisang tak boleh dibawa naik bot memancing. Kononnya ia boleh mendatangkan nasib malang. Saya berusaha untuk membuktikan kepercayaan ini sangat mengarut tetapi berpeluang sehinggalah ia berlaku secara tidak dirancang.
Ketika saya bersama rakan-rakan mengadakan trip memancing ikan layaran di perairan Rompin selama dua hari, dengan menggunakan khidmat seorang tekong berbangsa Cina. Hasil trip hari pertama ternyata mengecewakan. Walaupun beberapa kali berjaya strike tetapi tiada seekor pun layaran yang berjaya didaratkan.
Dalam perjalanan kembali ke jeti, tekong ternampak saki-baki pisang di dalam kotak pancing milik saya. Pisang tersebut sebenarnya bekalan kudapan dalam perjalanan ke Rompin. Spontan tekong tersebut menegur saya kerana bawa pisang ke atas botnya dan mendakwa pisang itulah yang menjadi punca kegagalan trip hari itu. Saya yang tersengih sajalah.
Trip hari kedua bersama tekong tersebut ternyata memberangsangkan. Selain berjaya mendaratkan spesies sasaran, kami juga berjaya menaikkan beberapa ekor tenggiri. Ketika mengemas barangan pancing sewaktu perjalanan pulang ke jeti, sekali lagi saya terlupa tentang kewujudan pisang di dalam kotak pancing.
Spontan saya ambil pisang tersebut dan makan di hadapan tekong tersebut. Kali ini tekong tersebut hanya merenung saya tanpa sebarang komen.
Ada lagi yang percaya dengan pantang larang tak boleh bawak pisang ni? Pada pendapat korang… kenapa tak boleh bawak pisang?
“Pisang sejenis buah yang melawaskan berak. Dah ko makan pisang je… lepas tu nak berak! Ikan tengah makan ni…. dah la sampan kecik. Suruh berak kat belakang tak mau…. hantar ko ke tepi sementara tunggu ko berak, aku pulak kenyang dimakan agas…. pishangg aku jadinya.”
– Cikwan Redzuan Jelani
“Yang bagi rezeki Tuhan, bukan pisang. Pisang tu kan buah, makanan… takde kena mengena pun rezeki memancing.”
– Muhammed Azri Yahakub
“Ni orang putih punya kepercayaan… tak perlu la kot kita nak ikut.”
– Mohd Iskandar Atan
“Untuk keselamatan kot. Mana tau ada yang buang kulit pisang merata-rata atas bot. Kang terpijak… terjun ke laut member. Hahaha…”
– Araragi Koyomi
“Hurmmm… entah la. Tak tau nak cakap macamana. Tapi 2 trip pi bawa pisang.. memang pishanggggg!”
– Abd Rahman
“Dari situlah timbul perkataan pishangggg. Selalu bawak pisang gi mancing elok je… rezeki Allah yang bagi. Bukan pisang bagi.”
– Ejan Sqallow Anglerz
“Ikan takut makan umpan kalau orangnya tengah makan pisang… ikan ingat monyet yang mancing dia kot.”
– Roslan Ahmad
“Maksudnya, kalau mancing dengan bot kecik, jangan bawak orang gila-gila. Nanti kalau dia went bananas, balik kosong dengan barah hati tahap 4 je lah.”
– Kamarulzaman Hj A Rahman
“Pernah tengok kat TV yang misi cari tuna tu… tekongnya makan pisang dalam bot. Time mancing… macam-macam masalah timbul umpan terlepas la, leader putus la, kesudahannya… balik takde hasil.”
– Naim Shah
“Mungkin sebab kalau kulit pisang buang merata contoh atas lantai bot… kang terpijak kang jatuh. Tapi sebenarnya rezeki Allah yang tentukan.”
– Mohd Ariffin Mikaze
“Sebab tak boleh bawa pisang sebab bila kita makan asyik nak berak jer tak jadi nak memancing… hahahaha. Maklum la pisang kan pelawas. Lagi satu takut pishang jer waktu mancing selain membangau… kikiki.”
– Shuhaile Adha Md Razali
“Kami pernah mancing pakai umpan pisang emas. Banyak dapat ikan kerapu besaq tapak tangan di lokasi Telok Nibong Langkawi.”
– Abdul Mokti Hussain