Gewang sesudu atau lebih popular di kalangan pemancing sebagai spoon, merupakan umpan tiruan cukup banyak digunakan dalam teknik pancingan mengilat.
Spoon merupakan peralatan terminal yang wajib ada di dalam tackle box pemancing jika ingin memburu ikan pemangsa air tawar atau pun air masin.
Sebagaimana gewang lain, spoon ada kelemahan dan kelebihan tersendiri.
Kelebihan gewang sesudu
Pertamanya, gewang sesudu ini murah harganya dan boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual peralatan memancing. Harganya Semurah RM3.00 hinggalah yang mahal melebihi RM50 atau lebih, bergantung kepada kemampuan anda.
Kerana harganya yang berpatutan, jika sangkut dan putus tidak terasa ralat sangat. Ia juga selalu digunakan sebagai gewang penduga kawasan baru untuk memastikan keadaan di dasaran.
Bentuk sesudu menyerupai ikan perimpin atau anak-anak ikan lain yang menghuni perairan lombong menyebabkan ia realitik pada pandangan ikan. Kilatan pada sesudu juga sangat menyerupai kilatan yang terdapat pada sisik ikan-ikan kecil.
Fluttering atau gelekan sesudu menghasilkan sinaran berkilat lebih-lebih lagi apabila dipanah cahaya matahari yang terik.
Kilatan ini menyerupai ikan-ikan kecil yang sedang sakit atau panik ketakutan, ini lebih cepat menarik perhatian pemanga walau sebagaimana degil sekalipun.
Perimeter permainan sesudu adalah pelbagai. Ia boleh dimainkan di permukaan air, kolum pertengah dan heretan dasar. Dalam erti kata lain, seketul sesudu dapat memainkan tugas 3 jenis gewang lain.
Sesudu biasanya berat dan ia mudah dilemparkan jika anda menggnakan baitcaster. Ia adalah gewang mesra pemancing. Khususnya pemancing yang baru berjinak-jinak dengan teknik mengilat menggunakan baitcaster reel.
Kelemahan Gewang Sesudu
Oleh kerana sesudu banyak bergantung kepada kilatnya itu, ia menjadi kurang efektif apabila cuaca mendung, cahaya matahari tidak dapat membalikkan kilatan pada badan sesudu.
Disebabkan itu juga ia tidak beberapa sesuai digunakan pada awal pagi dan lewat petang, jauh sekali pada waktu malam.
Sesudu adalah besi dan lumrah sifat besi ia tidak meresap apa-apa cecair. Jadi cecair bau-bauan tidak dapat dicalit padanya.
Tanpa ada sifat bau yang dapat merangsangkan deria ikan, adalah sukar untuk menjerat pemangsa yang menggunakan deria bau bagi memburu makanan.
Disebabkan ia diperbuat daripada logam terutamanya besi, maka ia senang berkarat. Lebih-lebih lagi apabila catnya sudah tertanggal akibat dibaham ikan.
Apabila sudah berkarat atau kehilangan warna penariknya, ia seperti tiada daya tarikan lagi pada ikan pemangsa.
Oleh kerana ia besi juga sifatnya menjadi berat, ia cepat tenggelam dan ini membuatkan ia mudah tersangkut pada reba dan rumpaiar, lebih-lebih lagi jika menggunakan mata tiga.
Gelung mata kailnya Cuma satu, maka hanya satu mata tiga atau mata tunggal digunakan dan apabila ia tersangkut ia sukar dilepaskan apabila menggunakan penyelamat gewang berbanding gewang yang mempunyai lebih mata tiga.
Sifat sesudu yang flutter atau bergelek semasa tenggelam dan wobble (goyang ke kiri dan kanan) semasa dikarau menyebabkan tali pancing mudah kusut, lebih-lebih lagi jika menggunakan kekili spinning.
baca juga Heddon, Jenama Gewang Tertua Di Dunia
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan