Tekong merupakan individu paling penting dalam menjayakan sesuatu trip spot fishing seperti casting dan jigging. Pengalaman dan kemahiran mereka mengesan lubuk ikan ditagih. Namun, adakah tugas seorang tekong atau boatman ini sekadar hanya membawa pemancing ke lubuk dan biarkan pemancing bertungkus-lumus melunaskan hobi sahaja?

 

“Pada pengalaman saya la…tekong ni kena rajin. Kalau kumpau, tekong kena pindah-pindah mencari port yang boleh strike. Tekong jugak perlu bersama-sama pemancing mendaratkan dan memancing ikan. Hasil tekong tu beleh bagi pada pemancing atau bahagikan sebab kesian pemancing membangau… hahaha!”

– Nik Khairil

 

Apa Kata Netizen Perihal Peranan Tekong Bot Masa Kini

 

“Teringat waktu perkenalan pertama dengan tekong Asrul Iman dan trip fully light jigging/casting pertama bersama beliau. Sebelum tu beliau hanya mempraktikkan teknik bottom dan micro jigging.

Cuaca yang kurang mengizinkan di spot utama memaksa kami berlabuh di spot apollo kembung. Sesekali ikan parang sudi menyambar pensel yang dipersembahkan.

Berbaki 3 jam sebelum pulang, tekong nekad menuju ke spot utama walaupun kelihatan mendung dan beralun dengan alasan tidak mahu kami pulang tanpa hasil. Tiba di spot utama kelihatan cuaca mula reda dan laut mula tenang.

Berbaki 2 jam lagi sebelum pulang namun rezeki menyebelahi dengan hanya 1 jam 30 minit kami berjaya menaikkan 5 ekor tenggiri, 7 ekor talang dan seekor jenahak. Semua bersaiz kasar.

Salute dengan tekong turut sama mencuba berjigging bagi menambah hasil kami. Trip kedua dengan beliau, beliau pula yg bertungkus lumus mendaratkan hasil apabila melihat kami kecundang mabuk dibuai alun. Tabik tekong!”

– Weslley Melina

IKLAN

 

Apa Kata Netizen Perihal Peranan Tekong Bot Masa Kini

 

“Zulnizam Muhamad merupakan tekong rajin cari port untuk pastikan customer ada strike supaya customer x membangau. Hasil strike beliau sendiri pun dia bagi dengan customer. Tabik ini olang.”

– Jeffreyson Esley

 

“Semoga Pak Sudir mengambil iktibar dari setiap coretan dan kenangan para pemancing dalam ruangan ini untuk menjadi skipper atau tekong terbaik buat para pemancing yang menggunakan khidmat Pak Sudir. Rezeki itu milik Allah, aku hanya mampu memberikan perkhidmatan terbaik. Kumpau itu indah… strike itu satu anugerah.”

– Pak Sudir

IKLAN

 

Apa Kata Netizen Perihal Peranan Tekong Bot Masa Kini

 

“Tekong bot Kuala Dungun lagi best. Masa pergi mencandat sotong dulu. Sampai port dia turunkan pukat dia dulu. Dah kaut satu tong besar baru bagi mencandat. Dah kaut dengan pukat mana nak ada lagi sotong… hampeh! Nasib baik abang saya pau dia sotong satu coleman penuh. Kalau tak rugi bayar sewa.”

– Mohd Amin Ali

 

“Tekong Leman, Tekong Pakya, Tekong Pakdin, Tekong Paed… ni antara tekong terbaik tuas Tanjung Dawai dan Sungai Petani. Tekong Rofi zal Abd Rahman, Tekong Bidi Angler’s, Tekong Mat Senyum, Tekong Mad Krie… antara tekong terbaik di tuas Payar. Apa pun tekong dah try yang terbaik. Cuma rezeki dari Allah yang menentukan.”

– Shawal Hasim

IKLAN

 

Apa Kata Netizen Perihal Peranan Tekong Bot Masa Kini

 

“Aku sewa bot RM1,200 untuk 3 orang konon-konon nak selesa. Lepas tu dia (tekong) bawak awak-awak seorang dan kawan dia seorang. Aku memancing kat belakang, dia memancing kat depan, tali dia berkali-kali berbelit dengan tali aku tapi dia buat bodoh.

Bot aku dan kawan-kawan sewa RM 1,200, dia dan awak-awak sama-sama memancing hasil yang dia dapat semua dia ambik. Dia jual hasil dapat dekat RM 1,000. Aku bayar sewa RM1200, makhluk yang menumpang foc dapat hasil hampir RM1000. Tekong asalnya ok tapi bila dah banyak kali sewa macam hampeh. Harap-harap ada tekong yang baca.”

– Mohd Kamal Ali

 

Apa Kata Netizen Perihal Peranan Tekong Bot Masa Kini

 

“Kalau pergi mengail harap tekong saja dok mengail casting sampai petang, esok tekong nak turun pulak. Kalau hari-hari turun mau tercabut tangan. Kita sebagai pemancing kena la usaha. Jangan dok main bottom tapi nak tarik tenggiri. Balik darat kata tekong tak bagus la… tak cari ikan la.”

– Tekong Leman

 

Apa Kata Netizen Perihal Peranan Tekong Bot Masa Kini

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI