Tidaklah sukar untuk membezakan belida bintik kerana profil bintik hitam bulat pada badannya. Namun, ikan selat yang merupakan spesies terkecil dalam keluarga belida ini sedikit mengelirukan dan ramai yang menyangka ia adalah belida sungai juvenil.
Mari kita lihat profil dan taksonomi ketiga-tiga spesies dalam famili Notopteridae tetapi berbeza genus.
Sebagaimana yang telah diketahui belida atau nama umumnya featherback atau giant featherback merupakan ikan air tawar dengan nama saintifiknya Notopterus lopis. Ia dikenali pasti sebagai ikan asal negara kita yang boleh ditemui di sungai dan tasik utama.
Taksonomi
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Osteoglossiformes
Family: Notopteridae
Genus: Chitala
Species: C. lopis
Binomial name: Chitala lopis (Bleeker, 1851)
Belida Bintik
Berbeza dengan belida bintik, spesies yang hampir sama dengan ikan belida ini mempunyai tompokan atau bintik (spotted) hitam pada badannya sementara belida mempunyai warna perak keseluruhan badannya.
Nama saintifik bagi belida bintik ialah Notopterus chitala yang juga dikenali sebagai spotted featherback. Ia dipercayai bukanlah ikan asal negara kita sebaliknya diperkenalkan untuk tujuan akuakultur.
Taksonomi
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Osteoglossiformes
Family: Notopteridae
Genus: Notopterus
Species: N. chitala
Binomial name: Notopterus chitala ( J. E. Gray, 1831)
Belida Selat (Selat)
Lain pula halnya dengan ikan selat. Ikan selat mempunyai warna badan sekata seperti belida namun ia tidak mampu membesar sehingga besar maksimum ikan belida lainnya. Nama binomial ikan selat pula ialah Notopterus notopterus.
Spesies belida terkecil dalam family Notopteridae ini mudah ditemui dalam kepelbagaian habitat dan perairan negara. Ia bukanlah spesies buruan pemancing sukan sebagaimana ikan belida sungai dan belida bintik.
Taksonomi
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Osteoglossiformes
Family: Notopteridae
Genus: Notopterus (Lacépède, 1800)
Species: N. notopterus
Binomial name: Notopterus notopterus (Pallas, 1769)
Kesimpulannya, perbezaan antara ketiga-tiga spesies ini boleh dilihat pada corak badan serta saiz maksimum ikan ini. Begitu pun, kesemua spesies ini datang daripada keluarga yang sama iaitu Notopteridae.