Kebanyakan petua dan pantang larang melibatkan aktiviti memancing ini diwarisi oleh pemancing masa kini dari pemancing terdahulu. Walaupun ada pantang larang yang kedengaran agak wajar, namun bukan sedikit yang sekali dengar saja dah nampak mengarut.

 

Larangan letak pancing sebelah tong sampah

 

Dikatakan, jika kita letak set pancing sebelah tong sampah, kalau kita pergi memancing maka tidak akan dapat ikan atau lebih tepat lagi akan kumpau. Secara logiknya langsung tidak nampak apa kaitan kumpau dengan meletakkan barang pancing bersebelahan dengan tong sampah.

Lainlah kalau letak set pancing dalam tong sampah tu barulah betul-betul kumpau dan langsung tak boleh nak memancing kalau sampah tu dah dipungut oleh lori sampah.

 

Antara Logik Dan Karut Pantang Larang Memancing

 

Larangan bancuhan umpan dengan kunyit dan tepung

 

Katanya, jika di sungai yang dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh mengamuk!

Kalau betul buaya tak suka kunyit maka senanglah nak tangkap buaya di sungai. Tapi saya percaya orang yang cipta pantang larang ni ada niat yang tersembunyi kerana kunyit dipercayai ramuan yang bagus untuk dijadikan umpan memancing.

 

Antara Logik Dan Karut Pantang Larang Memancing

Ads

 

Larangan menggigit tali pancing

 

Rasa-rasanya pantang larang ni direka oleh pemancing yang kerjayanya ialah doktor gigi kerana sebab kenapa tak boleh potong tali pancing dengan gigi tak dinyatakan. Dari aspek kesihatan memang tak bagus gigit tali pancing ni apatah lagi kalau gigit tali sulam.

 

Larangan berpatah balik jika barang pancing tertinggal

 

Dilarang patah balik ke rumah sekiranya ada tertinggal barang pancing. Ada yang beranggapan akan berlaku perkara tidak baik dan juga tidak akan dapat hasil tangkapan atau kumpau. Pening juga memikirkan logik pantang larang jenis ni.

Iyalah… kalau dah barang penting seperti gewang atau kotak pancing tertinggal, takkan tak nak berpatah balik kot? Nak pancing guna apa kalau teruskan jugak perjalanan nanti.

 

Antara Logik Dan Karut Pantang Larang Memancing

Ads

 

Larangan menegur benda-benda pelik

 

Larangan jenis ini memang saya sendiri pun setuju sangata… hahaha. Iyalah, kalau terhidu sesuatu yang wangi lain macam atau ternampak api terbang ke bunyi mengilai ke… diam-diam sudah. Kalau tak tahan, cabut je jangan cakap banyak. Kalau nak cabut tu jangan cabut seorang diri je, ajak la rakan sekali walaupun dia tak nampak apa-apa.

 

Antara Logik Dan Karut Pantang Larang Memancing

 

Larangan melangkah set pancing

 

Admin percaya masih ramai yang berpegang pada pantang larang mengarut ni sebab takut akan kumpau jadianya. Pantang larang ni sebenarnya ada baiknya juga tetapi kalau percaya akibatnya akan jadi kumpau itu yang mengarut.

Ads

Ia lebih kepada etika memancing sebab kalau kita langkah joran member yang mahal harganya dan terpijak lalu patah… tak ke termenung sekejap nak kena bayar gant rugi.

 

Antara Logik Dan Karut Pantang Larang Memancing

 

Larangan cuci tangan di perairan lokasi memancing

 

Bagi pemancing ikan kelah tentu setuju dengan pantang larang yang ini. Iyalah… perbuatan mengocak air boleh menyebabkan kelah yang terkenal penakut akan lari keluar dari lubuk. Tapi kena tengok lokasi memancing juga.

Kalau memancing kat kolam, takkan tak boleh basuh tangan guna air kolam tu. Kalau memancing kat parit yang airnya macam longkang, admin pun tak nak basuh tangan.

 

Antara Logik Dan Karut Pantang Larang Memancing

 

Larangan memakai alas kaki atas bot

 

Ada juga beranggapan makhluk di bawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan alas kaki seperti selipar atau kasut yang kotor. Kalau inilah sebabnya, nampak sangat dah jauh merapu.

Kalau ada yang buat pantang larang macam ni elok dengan dia sekali dihumban ke dalam air. Boleh ke korang berkaki ayam pijak lantai bot pada waktu panas terik?

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI