Intro

Program Asean Monsoon Casting Tournament kali ke-10 atau AMCT X Edition 2018, kali ini berjalan dengan jayanya hasil kerjasama padu dari semua pihak yang terlibat dengan

usahasama pihak Pelancongan Terengganu ,Ketengah dan Tourism Malaysia Wilayah Timur.

 

Hasil perbincangan bersama Pengurus Kanan (korporat) KETENGAH, Haji Asnawi Bin Mohd Amin, beliau amat berpuas hati dengan pendedahan awal program Inap Desa yang ingin

diketengahkan pada masa yang akan datang iaitu program santai minum petang bersama penduduk Kampung Basung.

 

Asnawi juga bersetuju memberi peluang kepada Sekretariat untuk mempromosi dan menggunakan fasiliti yang ada di Tasik Kenyir seperti Hotel Bajet, Lawit Lodge dan Pulau Petang Resort untuk digunakan pada program yang akan datang.

 

Wakil dari Tourism Malaysia Terengganu, En. Zulfa mencadangkan Sekretariat meneruskan siri jelajah Tasik (Lake Tour) dalam mempromosi tasik-tasik yang ada di Malaysia dan

secara langsung menarik pengemar-pengemar pancingan gewang pada program akhir Sekretariat di Tasik Kenyir.

 

Tourism juga bersetuju untuk cuba memasukkan program berkonsepkan `gathering’ iaitu pemancing dalam dan luar negara ini Asean Monsoon Casting Tournament di dalam Kalendar Tourism Malaysia.

 

Sekretariat MCT juga di maklumlakan bahwa Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju memasukkan program AMCT 2019 sebagai satu acara utama negeri sempena tahun melawat Negeri Terengganu 2019.

 

Pihak Sekretariat juga juga mendapat berita dari wakil Pihak Korea Sportfishing Association (KSA) dengan kerjasam Mercury Marine bersetuju untuk meneruskan program Anglers Exchange untuk tahun hadapan di Tasik Andong Korea Selatan untuk 8 orang penyertaan.

 

Pada AMCT 2018 X Edition ini hampir 300 orang terlibat termasuk peserta dari luar negara iaitu Korea, China, Brunei, Thailand dan Singapura.

Hasil tangkapan kali ini juga amat baik kerana tarikh yang dipilih jatuh pada gelombang monsun yang pertama dan ini memberi impak besar kepada Tasik Kenyir yang dimomokkan ketiadaan ikan.

Ads

 

Feedback dari peserta luar amat baik sekali dengan keunikan dan keindahan Tasik Kenyir juga keunikan program memancing yang berkampung di dalam tasik selama 3 hari 2 malam dengan suasana santai dan bersetuju untuk datang lagi ke Tasik Kenyir.

 

Latar Belakang AMCT

 

Penganjuran memasuki tahun ke-10 ini bermula pada tahun 2009 dengan penyertaan seramai 22 orang caster terdiri daripada ahli forum memancing Lubuk.Net dan Kaki Ngail

Forum yang bermatlamat mengumpul peminat-peminat gewang (casting) untuk berkongsi pengalaman dan minat. Sempena 10 tahun program ini di namakan AMCT X-EDITION.

 

 

Penganjuran acara ini lebih menumpukan kepada sukan memancing dengan berkonsepkan ‘TANGKAP DAN LEPAS’ bagi menjaga kelestarian ekosistem marin dan konservasi di Tasik Kenyir.

 

Mula menjadi acara tahunan bagi peminat-peminat gewang berkumpul di Tasik Kenyir setiap hujung tahun. Penyertaan program ini mula mendapat perhatian dari kelab-kelab

pemancing dan penyertaan mula berkembang sehingga mencecah ke 350 orang pada tahun 2015 dan menjadi satu program terbesar bagi mengumpul pemancing (gewang) di Malaysia.

 

Ads

Mendapat liputan daripada Majalah Umpan, Majalah Pancing, Majalah Sirip, akhbar Berita Harian, Sinar Harian, Program Jelajah Joran TV3, Majalah 3, Trans7 (Indonesia), Randuk (Astro Awani), RTM dan lain-lain media-media cetak, elektronik selain bloggers.

 

Bagi mempromosi Tasik Kenyir ,Sekretariat MCT mula mengorak langkah dengan menganjurkan Edisi Sirkit Lake Tour MCT Lake Tour Giant Snakehead Challenge 2015

di Royal Belum Tasik Temenggor di Perak dan MCT Lake Tour Peacock Bass (PB) Challenge 2016-2018 di Kg Beng di Tasik Chenderoh, Perak.

 

Sekretariat MCT bersama Supratechnic Mercury Marine, Korea Sportfishing Association (KSA) dan dengan sokongan Kerajaan Negeri juga terlibat dengan Anglers Exchange

Program di mana pemancing Korea dan Malaysia dapat menyertai Tournament di antara kedua-dua negara.Ini juga salah satu langkah mempromosi Tasik Kenyir di negara luar.

 

Semasa ASEAN Monsoon Casting Tournament 2015 hingga 2017, Secretariat MCT telah menjayakan majlis Pelepasan Benih Anak Ikan yang berjumlah kira-kira 95,500 benih

anak ikan terdiri dari spesies yang dibenarkan iaitu temoleh, lampam, kelah, jelawat, kerandang dan sebarau hasil sumbangan Jabatan Perikanan dan individu dari kalangan

pemancing sendiri. Program ini adalah menyokong usaha-usaha Pemuliharaan dan Pemeliharaan (Conservation & Preservation) populasi ikan tempatan.

 

Objektif

Ads

 

Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi eko pelancongan dan lokasi memancing terbaik di rantau ini dalam mempromosikan Beautiful Terengganu, Malaysia.

 

Menjadikan acara ini sebagai acara sukan rekreasi memancing (Lure Angling) terbesar dengan penyertaan paling ramai peserta dari dalam dan luar negara.

 

Sebagai salah satu daripada “destination based event” dalam memperkenalkan destinasi dengan kaedah penganjuran acara pancing teknik penggunaan gewang (umpan tiruan)

bagi menarik lebih ramai pemancing dalam dan luar serta membina rangkaian di kalangan kaki –kaki pengilat atau pancingan umpan tiruan di Malaysia.

 

Menonjolkan imej Tasik Kenyir sebagai destinasi pilihan generasi pemancing yang sukakan cabaran, meminati alam semulajadi, menjalani kehidupan aktif dan gaya hidup sihat serta

memartabatkan ikan asal Tasik Kenyir yang bernilai dalam sukan memancing seperti sebarau,toman, kelisa, kelah dan lain-lain.

 

Penganjuran peringkat antarabangsa ini akan membuka landasan ke arah kecenderungan dan minat golongan belia dan remaja berjinak-jinak mengenali sukan memancing dan

memperolehi ilmu dan pengalaman memancing dan etika pemancing dalam menghargai kelestarian khazanah alam semulajadi.

 

Menggalakan aktiviti gaya hidup sihat melalui sukan rekreasi memancing bersama rakan dan keluarga dan membina rangkaian di kalangan kaki pancing di Malaysia.

 

Memperkenalkan perkhidmatan, kemudahan dan lokasi memancing yang terdapat di Tasik Kenyir di samping mewujudkan peluang keusahawanan di dalam peralatan dan aksesori memancing kepada komuniti setempat.

 

GALERI

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI