Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 KMSJ dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North & Layang-Layang sehingga Sabtu ini
Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Meterologi menerusi laman Facebook mereka yang telah dikemaskini.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
“Selain itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan timur Samui, timur laut Tioman, utara Bunguran, Reef South, barat laut Labuan & Palawan
sehingga Sabtu ini.“Keadaan angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya dalam kenyataan tersebut.
(sumber: sinar harian)