Nama penuh: Ahadan A. Hamid
Nama FB: Ahadan Adan
Usia: 58 tahun
Ikon entreprenuer – Pengusaha bot memancing
UMPAN: Ceritakan sedikit latar belakang anda & penglibatan dalam industri memancing?
AHADAN: Saya hanya pekerja swasta yang amat berminat pada segala kehidupan laut terutamanya ikan. Dari membela ikan hinggalah menangkapnya dengan menggunakan joran dan kekili.
UMPAN: Kenapa anda memilih bidang ini dan ceritakan bagaimana ia bermula?
AHADAN: Atas minat yang mendalam terhadap memancing. Tiap-tiap minggu atau bulan saya booking bot untuk memancing.
Ada masanya bot yang nak dibooking selalunya penuh. Saya ambil keputusan membeli bot tongkang (10’x50’) di Pahang. Untuk kegunaan sendiri bagi memancing. Tiap2-tiap minggu atau bulan pergi memancing.
Lama-lama sebulan sekali dan jarang-jarang atas faktor usia, urusan peribadi dan kerja harian.
Saya dapat galakan dari tekong-tekong lain supaya menjadikannya bot memancing komersial. Dan dari sebuah bot… menjadi 2 bot tongkang dan sebuah bot fiber. Alhamdulillah.
UMPAN: Apa cabaran yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
AHADAN: Cabaran biasalah… apa-apa bidang semuanya pasti ada cabaran. Usaha saya ialah buat yang terbaik untuk pemancing.
Biasanya masalah atau cabaran yang kerap kali berlaku ialah unjam yang sering kali dilanggar oleh bot pukat rimau.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda dan pakej yang ditawarkan?
AHADAN: Kelebihannya adalah kerana saya juga seorang pemancing. Oleh kerana sebelum ini saya seorang pemacing jadi saya tahu dan faham apa matalamat atau kehendak pemancing.
Dan ia menjadi keutamaan saya dengan menyediakan kemudahan seperti tempat rehat, makan, minum, air batu, tempat ikan serta udang hidup.
UMPAN: Apa kriteria yang perlu ada untuk menjadi pengusaha bot memancing?
AHADAN: Kriteria yang perlu ada untuk menjadi pengusaha bot memancing pada saya… kita perlu menyelami, memahami kehendak dan matlamat memancing.
Apabila melihat terukir senyuman pada wajah pelanggan…. itulah tanda kepuasan.
Pakej bot
Nama bot: PAF 4427 (Bahtera – 10’x60′) / TFA 756 (Puteri – 12’x 60′).
Kapasiti pemancing: 7 orang pemacing
Lokasi memancing: Tokong U, Batu Merin, Pulau 5, kawasan karang dan unjam
Jeti : Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor.