Adab & Pantang Larang Memancing Udang Galah cpy

Share

 

Mungkin ada di kalangan kaki pancing masih mempercayai mitos, pantang larang mahupun mengamalkan petua ketika memancing.

Namun tidak kurang juga yang menolak fahaman tersebut malah menganggapnya tiada kaitan langsung.

Walau bagaimana pun ada bagusnya juga kita buat kajian dengan akal logik bagi setiap mitos atau pantang larang tersebut.

 

Waspada

Apabila tiba musim udang galah, ramai kaki penangkap udang sepit biru ini akan turun ke lubuk.

Setiap kali ke lubuk udang galah, kebanyakan kaki penangkap udang ini sedia maklum mereka tidak keseorangan sebaliknya ditemani buaya.

Bak kata orang, ada udang maka ada buaya. Walaupun tidak pernah bertembung tetapi sikap waspada perlu ada.

 

Udang makan lumut

Hal ini kerana udang galah biasanya menempel pada badan buaya untuk memakan lumut atau alga pada tubuh badan buaya.

Sekiranya pada sesuatu tempat itu banyak udang didaratkan tidak seperti biasa, maka kemungkinan anda bukan saja bertemu lubuk udang tetapi juga rumah si bedal.

 

Makanan berdarah

Jika sudah mengetahui sesuatu itu didiami buaya, para pemancing udang galah tidak digalakkan membuang makanan berdarah seperti daging atau ayam di kawasan pancing udang.

Apatah lagi memancing menggunakan umpan daging yang masih segar dan berdarah. Ia samalah seperti mengundang buaya.

 

Kunyit

Jika anda berada di sungai yang dipercayai ada buaya, elak gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit.

Buaya tidak suka bau kunyit dan buaya boleh mengamuk serta mendatangkan bahaya kepada pemancing.

 

Published by
Amang