Banyak perkara yang boleh dipelajari dari hobi memancing. Selain melatih kesabaran, ia juga menjadi kayu pengukur atau tanda aras tahap kematangan kita.

 

#1

Kita berhenti menilai dan menghukum pemancinglain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

 

#2

Kita boleh menerima minat pemancinglain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksubkepada sesatu teknik atau segmen memancing.

 

#3

Ads

Kita berani melepaskan kenangan lama yangpahit(kena kencing atau sebagainya). Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

 

#4

Kita berhenti mengharap dan meminta dari pemancing lain, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

 

#5

Ads

Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan netizen. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihinanetizen.

 

#6

Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan pemancing.

 

Ads

#7

Kita berhenti membandingkan hasilkita denganhasil orang lain. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat hasil pemancing lain.

 

#8

Kita boleh bezakan KEHENDAKdan KEPERLUAN memancing, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

 

#9

Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati “strike” dari menikmati “mahalnyaset pancing”.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI