9 Simptom Awal Mabuk Laut *

Share

Mabuk laut berpunca atau apabila berlakunya  ketidakseimbangan pandangan (objek yang tidak pegun dilihat oleh mata) dan ketidakstabilan cecair di dalam telinga yang membantu keseimbangan dan rasa.

Otak manusia memegang butiran mengenai tempat anda dan bagaimana anda bergerak … atau tidak. Fikiran anda sentiasa mengemas kini dirinya melalui maklumat dari mata dan sistem vestibular (rangkaian saraf, saluran dan cecair di dalam sistem telinga).

Penderitaan dari keadaan mabuk laut menjurus kepada rasa yang tidak selesa dan melemahkan. Walaupun ia tidaklah mengancam nyawa namun ia boleh menjejaskan tumpuan kepada kerja termasuklah memancing.

 

Simptom atau gejala awal  Mabuk Laut

 

Ramai yang beranggapan apabila muntah maka ia dianggap sebagai mabuk laut. Kalau tidak muntah maka tidak dianggap sebagai mabuk laut. Sebenarnya muntah itu hanyalah satu simptom daripada beberapa simpton mabuk laut.

 

#1 -KULIT PUCAT

Ramai yang tidak menyedari simpton awal ini kerana kebanyakan pemancing menutup hampir keselurahan kulit ketika memancing bagi mengelak cahaya terik.

 

#2 – PELUH SEJUK

Ia dapat dirasai apabila badan mula rasa tidak selesa dengan keadaan sekeliling. Walaupun bagaimana ia hanya petanda awal sahaja.

 

#3 – PENINGKATAN AIR LIUR

Ia berlaku tanpa disedari sehinggalah anda lebih kerap meludah daripada biasa.

 

#4 – MENGANTUK

Perkara ini biasa berlaku. Walaupun cukup tidur, anda boleh lihat rakan anda mula menguap berkali-kali.

 

#5 – SESAK NAFAS

Rasanya seperti tidak cukup udara untuk bernafas. Nafas menjadi pendek dan cepat. Namun tetap tidak puas untuk bernafas.

 

#6 – KELETIHAN MELAMPAU

Apabila berada dalam keadaan ini, pastinya semangat untuk memancing mula padam dan ingin melelapkan mata.

 

#7 – PENING

Boleh dikatakan ia berlaku kepada semua orang yang menghadapi masalah mabuk laut.

 

#8 – SAKIT KEPALA

Ia lebih menyeksakan berbanding sesak nafas atau pening. Atau dalam erti kata lain, ia sudah berada sebelah kaki dalam penyeksaan mabuk laut.

 

#9 – MUNTAH

Kemuncak simpton awal mabuk laut! Namun ia terbahagi kepada dua cabang. Sama ada anda akan pulih atau terus terseksa.

 

* NOTA TAMBAHAN

 

Dalam kebanyakan kes, gejala atau simpton awal mabuk laut akan mula bertambah baik sekiranya kerana badan anda menyesuaikan diri dengan keadaan yang menyebabkan masalah. Atau anda selesaikan masalah tersebut dengan menamatkan sebarang aktiviti dan TIDUR!

 

Published by
Amang