Perairan negara kita sememangnya kaya dengan pelbagai jenis ikan dan hidupan marin. Salah satu daripada spesiesnya adalah ikan pari.

Ikan pari itu sendiri terdapat pelbagai spesies namun 8 daripadanya agak popular atau lebih dikenali.

 

PARI RIMAU

Inilah antara pari yang paling mencabar untuk didaratkan. Apa tidaknya, daya tarikan dan renangan pari rimau pastinya mampu melemahkan otot-otot dan sendi pemancing.

Pari rimau ini mendapat namanya kerana corak di badannya yang bertompok seakan-akan harimau. Tidak hairanlah tenaganya juga sekuat raja rimba itu.

Habitat bagi spesies ini kebiasaannya ialah di kawasan pantai yang berbatu.

8 spesies pari popular tanah air

 

PARI BETING

Pari beting menjadi antara pari yang paling popular di Malaysia. Menurut para nelayan tempatan, pari beting ini mendapat namanya kerana ia sering menjadikan beting pasir sebagai lokasi untuk berehat dan memburu mangsanya.

Kebiasaannya pari jenis ini akan membenamkan diri ke dalam beting pasir apabila terdapat ancaman.

8 spesies pari popular tanah air

Ads

 

PARI KARANG

Ikan pari karang ini boleh dikenal pasti dengan melihat bintik-bintik biru di badannya.

Isinya juga lebih tebal, namun saiznya tidaklah boleh mencapai sehingga belasan kilo. Kebiasaannya saiz yang biasa dinaikkan pemancing adalah sekitar 1 kg sahaja.

Spesies ini juga agak pemalu dan amat susah sekali untuk memakan umpan.

8 spesies pari popular tanah air

 

PARI KELAWAR / BENDERA

Pari jenis ini berbentuk agak berbeza berbanding pari-pari yang lain di mana ia berbentuk bujur dan ekornya lebih pendek. Pari ini juga begitu jarang sekali untuk memakan umpan.

Ads

Namun, ia masih menjadikan udang, sotong dan ikan sebagai antara diet pilihannya.

 

PARI DAUN

Pari ini mempunyai isi yang lebih tebal dan pangkal ekornya juga lebih besar berbanding ikan pari yang lain.

Pada bahagian ekornya juga terdapat layar kecil yang berwarna  kehitaman. Ikan pari jenis ini juga dikatakan amat bahaya kerana ia agak agresif.

 

PARI LANG

Pari lang (helang) juga antara spesies yang makin sukar didapati di Malaysia ini. Ikan ini mendapat namanya kerana bentuknya yang kelihatan seakan-akan burung dan mempunyai bintik-bintik berwarna putih di sekitar badannya.

Ads

8 spesies pari popular tanah air

 

PARI MINYAK

Spesies pari minyak sememangnya amat popular di dalam arena memancing laut dalam. Ini kerana saiznya yang begitu besar dan asakan padu ikan jenis ini memang menjadi kegilaan untuk sukan ini.

Ikan pari minyak senang juga dikenal pasti kerana badanya berwarna hitam dan mempunyai tompok putih di sekitar badannya.

8 spesies pari popular tanah air

 

 

PARI TANJUNG

Sekali imbas sememangnya agak mengeliru antara pari tanjung dengan pari beting atau pari daun. Sebenarnya ciri pengenalan pari mudah untuk diingati.

Pari tanjung memiliki bahagian kepala yang agak meruncing tak ubah seperti sifat geografi sesebuah tanjung.

Sesetengah orang menganggapnya seperti tanduk. Habitat pari tanjung biasanya di beting-beting pasir dan juga kawasan yang berlumpur.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI