Tiada waktu rehat untuk memancing kerana ikan boleh dipancing 24 jam! Namun memancing pada waktu malam tidak sama dengan keadaannya berbanding pada siang hari.
Khususnya memancing di kawasan yang jauh dari sumber cahaya seperti di sungai pergunungan, sungai jauh dari penempatan ataupun lombong tinggal.
Perkara 1
Torchlight atau lampu suluh wajib ada! Tak kiralah apa jenis lampu suluh sekalipun ia adalah keperluan kedua terpenting selepas peralatan memancing. Kalau bawak lampu suluh tak bawa peralatan memancing itu dah kira tujuan lain.
Perkara 2
Seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan lampu suluh terutamanya tabiat gemar menyuluh ke arah air. Cahaya dari lampu suluh boleh menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita.
Perkara 3
Ads
Insect repellent atau ubat penghalau serangga juga perlu ada demi untuk keselesaan kecuali sudah kebal dengan gigitan nyamuk dan agas serta serangga-serangga hutan.
Perkara 4
Nak pakai pakaian macam pergi pejabat pun boleh asalkan jangan berwarna hitam. Pakaian serba hitam memang bagus bagi penyamaran kerana ikan tidak nampak kehadiran kita tetapi tidak bagi nyamuk.
Perkara 5
Sebaik-baiknya memancinglah secara berkumpulan. Walaupun cuma di sungai belakang rumah atau tepi lombong, ia dapat membantu jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
Ads
Perkara 6
Simpan peralatan memancing yang tajam seperti mata kail atau pisau di tempat asal selepas digunakan bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diduga.
Perkara 7
Sebaiknya juga buatkan unggun api bagi menjauhkan binatang-binatang buas dan berbisa menghampiri kawasan pancingan kita (kalau di daratan la, jangan buat unggun api di dalam sampan!)
Ads
Perkara 8
Kenali terlebih dahulu spesis tangkapan yang berjaya didaratkan sebelum mengendalikannya bagi mengeluarkan mata kail agar tidak terpegang ikan sembilang sama seperti memegang ikan gelama.
Boleh dikatakan semua pemancing memiliki kisah suram (pengalaman yang tak diingini) ketika memancing. Berikut dikumpulkan sedikit kisah yang tidak diingini tetapi berlaku juga kepada para pemancing.
Kisah 1
Trip memancing yang paling tidak dapat saya lupakan pastinya ialah trip slow jigging di perairan zeezone Muar bersama bot Tiger 55 dengan tekong yang bernama Cikgu Tuah.
Kami bergerak keluar dari jeti sekitar jam 7.30 pagi. Apabila sampai di spot pertama, sebuah spot lubang luas dan berpotensi tinggi, saya dan rakan-rakan satu trip yang lain tidak berlengah lagi menurunkan jig.
Lebih kurang lima minit kami melakukan aksi jigging perlahan dengan gaya masing-masing memujuk mangsa di lantai lautan, tiba-tiba jig saya disentap begitu kuat.
Setelah bertarung kira-kira 15 minit, saya berjaya mendaratkan seekor ikan kerapu seberat 4.8 kilogram.
Setelah itu tekong beralih bot ke sport yang lain pula. Lebih kurang satu jam selepas itu kami berada di spot yang mana di dasarnya ada bangkai kapal karam.
Sedang saya seronok memujuk mangsa yg berada di bawah, tiba-tiba jig saya seperti tersangkut pada sesuatu kemungkinan pada badan kapal karam itu.
Pada masa yang sama angin dan alun ombak terlalu kuat dan saya tak dapat nak mengawal kedudukan saya lalu berlakulah perkara yang tak diingini.
Set pancing saya anggaran bernilai RM4,000 jatuh ke laut. Saya dan kawan-kawan cuba nak menyelamatkan set pancing itu tapi kami gagal disebabkan ombak dan angin yang begitu kuat.
Selepas itu saya berasa amat sedih dengan kehilangan set pancing yang saya sayangi dan saya terus terduduk. Sampai la habis trip pada petang itu saya tidak dapat memancing disebabkan itu sahaja la set pancing yang saya ada.
– Azman shah
Kisah 2
Buat masa ni kemalangan paling teruk pernah kena masa memancing ketika sembat kuat melantun ke belakang batu ladung saiz 6 singgah ke mata member yang duduk kat belakang. Toleh-toleh dah berteriak sakit. Apalagi start motor hantar klinik la. 3 hari bengkak sebelah mata.
Fakhrul Tahir
Kisah 3
Aku sampai hari ni mata kanan kabur. Puncanya kail sangkut kat batu, tarik punya tarik batu ladung singgah dalam mata. Nasib tak kena mata hitam, kalau tak doktor cakap confirm buta. Seminggu kat hospital. Kenangan seumur hidup. Cacat kekal… haha.
Wan Shafirool
Kisah 4
Kisah baru lagi masa pergi memancing kat laut. Kes nak buka mata kail kat mulut anak sembilang. Malang tak berbau kena sengat pulak dengan anak sembilang.
Sakit dia lagi teruk daripada kena sengat ikan keli. Kena pulak sengat anak sembilang tu patah dalam tangan.
Malam tu terus pergi klinik nak buang sengat ikan tu doktor cakap tak jumpa sengat tu. Sudahnya sengat ikan sembilang tu dah sebati dalam tangan sampai la sekarang ni.
Azam Yaakub
Kisah 5
Aku pernah kena time casting. Tengah syok casting sekali tercampak rod dalam sungai. Nak selamatkan dah tak sempat. Arus masa tu laju sangat. Hanya mampu melihat rod tenggelam dibawa arus.
Muhammad Taqdir
Kisah 6
Pernah kena. Masa tu casting haruan. Dah dapat ikan pegang kepala ikan menggelupur pulak. Tengok-tengok mata kail kena jari. Lepas tu tak tau nak buat macam mana. Terus cabut macam tu je… terkeluar isi wooo.
Khairul Nizam
Kisah 7
Kemalangan kereta masa nak pergi pertandingan memancing Cyberjaya. Patah peha, buku lali kiri kanan, lidah hampir putus, tulang sendi tangan beralih. Duduk hospital Putrajaya tiga minggu. Tersadai kat kampung 3 bulan atas wheelchair.
Higo Garcia mp
Kisah 8
Pernah masa kecil dulu. Pergi memancing dengan ayah dan keluarga. Masa ayah nak baling umpan, adik pergi belakang ayah. Aku terus lari tarik adik aku, tapi aku yang kena. Ladung hentak kepala, kail sangkut kat bibir. Dah la kat kail masih ada perumpun. Huhuhu.
Araragi Koyomi
Kisah 9
Adik ipar teman tengah karau pancing naik,masa nak baling semula tersangkut pulak. balik dia tersangkut. Bukan tersangkut pada pokok tapi pada telinga sendiri daaa. Doktor pun pening fikir macam mana nak keluarkan kail tu daripada telinganya.
Rizal Jaka
Kisah 10
Masa memancing kat sungai. Perambut tersangkut, tarik kuat-kuat batu ladung saiz 5 hinggap kat dahi. Masa tu rasa macam nak pitam. Dahi rasa macam ada air mengali. Rasa dengan tangan…dah berkicap! Bak kata orang tua-tua dah jadi adat memancing… salam perkenalan.
Adam Ikwan
Kisah 11
Memancing kat kolam. Tarik punya tarik sangkut pulak. Biasa la bila sangkut guna kaedah ambil kain balut kat tangan tarik. Sekali tercabut batu ladung yang panjang terpacak kat dahi member…hospital jawabnya. Hati-hati bila memancing.
Boleh dikatakan kebanyakan kolam pancing terutamanya kolam memancing air tawar ada menyediakan hadiah KHAS yang dinamakan jackpot. Ada yang menetapkan ikan melebihi berat tertentu, ikan bertanda atau sebagainya.
Namun, apabila dinamakan jackpot maka ramai yang beranggapan ia adalah haram, hanya kerana ia dinamakan jackpot. Tapi bagaimana pula ia dinamakan hadiah khas atau tangkapan istimewa?
Mari kita teliti artikel yang dipetik dari sebuah majalah keagamaan ini.
Jika bertepatan dengan kefahaman saya tentang hadiah jackpot yang biasa ditawarkan di kolam pancing, maka hukumnya haram kerana ia adalah suatu bentu perjudian.
Hal ini kerana hadiah jackpot adalah hasil daripada wang terkumpul yang dibayar oleh para peserta. Dalam kata lain, ia adalah wang pertaruhan.
Asasnya, kita harus memahami proses judi terjadi. Judi berlaku apabila dua pihak atau lebih saling bertaruh harta masing-masing untuk satu-satu aktiviti.
Sesiapa yang menang dalam aktiviti tersebut, maka dia berhak mendapat harta pertaruhan yang terkumpul.
Manakala pihak yang kalah pula akan kehilangan harta yang dipertaruhkan.
Berbalik kepada hadiah jackpot yang biasa ditawarkan di kolam pancing, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk mendapatkannya.
Antaranya; pemancing yang berhasrat menyertainya perlu membayar sekian harga tambahan yang berlainan daripada yuran masuk.
Wang tambahan yang dibayar tersebut menjadi wang pertaruhan yang terkumpul atau jackpot.
Hadiah itulah yang diberikan kepada peserta yang menang mengikut aktiviti yang ditentukan, sama ada berkaitan ikan terkecil, terberat dan sebagainya.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa ia merupakan suatu bentuk judi dan hukumnya haram.
Hukum tidak terikat dengan sebab nama. Haram hadiah jackpot bukan namanya jackpot, namun kerana sifatnya yang berbentuk perjudian.
Manakala haramnya judi bukan kerana namanya judi tetapi sifat asasi iaitu pertaruhan antara dua pihak atau lebih. Yang menang mendapat habuan, yang kalah berputih mata.
Maka apa-apa sahaja hadiah adalah haram jika sifatnya adalah judi meskipun diberi nama bonus, sagu hati, cabutan bertuah hatta sumbangan ikhlas sekali pun.
Begitu juga sebaliknya, jika suatu hadiah itu tiada sifat judi, maka halal walaupun mungkin namanya jackpot.
Bagaimana pula jika pihak pengurusan kolam menawarkan hadiah jackpot tetapi tidak mengenakan bayaran tambahan kepada pemancing? Hanya yuran masuk dikenakan.
Saya tidak dapat memberikan kata putus dalam kes ini. Secara prinsipnya, hukum bagi kes sebegini bergantung kepada sumber hadiah jackpot yang ditawarkan.
Jika hadiah tersebut bersumberkan yuran peserta, maka hukumnya haram kerana ia menggunakan suatu pertaruhan.
Misalnya, yuran masuk secara kebiasaannya adalah RM30 untuk sejam. Bagaimanapun pad minggu atau bulan ditawarkan hadiah jackpot, yuran masuknya dinaikkan kepada RM40 sejam.
Jelas bahawa tambahan RM10 daripada caj kebiasaan tersebut sebenarnya untuk membiayai hadiah jackpot yang ditawarkan.
Sebaliknya jika caj masuknya seperti biasa, di sini wujudnya kesamaran yang saya tidak dapat putuskan hukum dan perinciannya.
Boleh jadi pihak kolam pancing menjalankan operasinya dengan menawarkan hadiah jackpot, lalu segala perbelanjaan untuk menyediakan hadiah tersebut sudah pun dimasukkan dalam yuran masuk sejak awal.
Maka, dibimbangi kes ini termsuk dalam judi yang jelas bahawa hukumnya haram.
Namun dalam beberapa keadaan, boleh jadi juga hadiah jackpot yang ditawarkan sebenarnya ditanya oleh pihak ketiga sebagai satu strategi untuk menarik ramai pemancing dalam satu-satu masa.
Maka, hadiah seperti ini adalah suatu bentuk hibah yang dibenarkan. Kes ini sama seperti peraduan cabutan bertuah dan seumpamanya.
Apa hukum pergi ke kolam pancing yang menawarkan hadiah jackpot tetapi kita tidak sertainya? Kita hanya membayar yuran masuk seperti biasa tanpa yuran tambahan RM3 untuk memenangi hadiah jackpot.
Secara jujurnya, saya tidak mampu memberikan pandangan hukum yang muktamad dalam kes sebegini. Boleh jadi hukumnya harus, boleh jadi sebaliknya.
Jika diqiaskan dengan hukum harus membeli di kedai atau pasaraya yang turut menjual arak, maka harus pergi ke kolam pancing itu.
Meskipun begitu, boleh jadi haram hukumnya jika dianggap turut bersubahat dan menggalakkan kemungkaran.
Bagaimana pun dari sudut kewarakan, saya nasihatkan agar kita tidak pergi ke kolam itu. Saya kira masih ada kolam pancing lain yang bebas judi dan segala perkara yang meragukan. Maka memilih jalan selamat adalah lebih baik.
Perjalanan ke Kulim mengambil masa hampir tigam jam setengah. Sampai sahaja di sana, kami disambut oleh seorang rakan yang merupakan anak jati Kulim, Harun namanya.
Disebabkan semangat untuk memancing sangat tinggi dan kami hanya ada masa hingga tengah hari esoknya untuk memancing, Harun mencadangkan kami membeli makan tengah hari secara tapau sahaja. Tiada siapa yang membantah cadangan itu. Setelah membeli makanan tengah hari, kami terus mengikut Harun menuju ke kawasan kuari tinggal itu. Perjalanan ke situ agak mencabar kerana kami terpaksa melalui jalan tanah merah yang sedikit becak dan berselut.
Akhirnya, setelah setengah jam meredah jalan tanah merah itu, kami sampai di satu kawasan lapang yang dikelilingi bukit yang tenang pemandangannya. Di situ juga aku dapat melihat beberapa buah lori angkut tanah, traktor, jengkaut usang yang sudah dianiki daun-daun melilit.
“Kejap. Korang semua tunggu di sini,” arah Harun. Separuh berlari, Harun berjalan masuk mengharungi semak-samun separas pinggang yang berada berhampiran dengan kami.
Suasana kembali hening. Sesekali terdengar bunyi burung bersahutan dari hutan kecil berdekatan. Menurut cerita Harun semasa berada di dalam kereta tadi, tempat kuari ini menutup operasi sepenuhnya pada tahun 1996. ini bermakna sudah lebih 20 tahun juga tempat ini terbiar sepi tanpa penghuni.
“Ok, semua beres. Mari sini,” sekali lagi aku terdengar hanya suara Harun melaung tanpa kelibatnya yang kelihatan.
Kami berempat mengeluarkan alatan khemah dan memancing yang dibawa. Kami menuju ke tempat Harun masuk tadi. Ada sebatang denai kecil dan kami melalui semak-samun tebal di sekelilingnya.
Akhirnya, lima minit berjalan kami tiba di hadapan sebuah tasik yang airnya kelihatan hijau gelap kehitaman. Aduh, indah dan tenangnya suasana di sini. Apa yang membuatkan aku bertambah geram adalah apabila melihat anak-anak ikan bebas bermain di tepi anak air seolah-olah tasik ini memang tiada pencemaran langsung.
“Ok, selamat memancing. Ingat pesanan aku tadi. Jangan cakap besar. Kalau nampak apa-apa yang ganjil, matikan diri atau cabut sahaja. Faham?” pesan Harun sambil tersengih-sengih.
“Kalau owner tempat ni mengamuk, nak buat apa Run?” tiba-tiba Supian bertanya. Kami semua berpandangan. Aduh, Supian ni memang tak sayang mulut betullah!
Harun seolah-olah tidak mendengar soalan tadi. Dia berlalu setelah mendengar bunyi motosikal adiknya yang datang menjemput. Kami faham Harun sengaja tidak mahu menjawab kerana tidak mahu ada soal jawab yang panjang tentang benda-benda misteri yang selalu dikaitkan dengan tasik di tapak bekas kuari ini.
Tanpa membuang masa, aku dan Halim terus memasang khemah di bawah sebatang pokok yang rendang. Kalau tak silap pokok petai mata belalang. Supian dan Henry pula memasang alat n memancing kami dan menyediakan umpan yang sudah disediakan dari rumah.
Semuanya nampak tenang sehinggalah senja menjelang. Sedang kami berempat asyik memancing dalam keremangan senja itu, kami terdengar bunyi air berkocak diikuti dengan suara perempuan mandi-manda sambil bergurau-senda. Cuak juga hati aku mendengarnya seolah-olah mereka mandi bersebelahan dengan tempat kami memancing.
Namun sebaik sahaja telefon bimbit Halim mengalunkan azan menandakan masuknya waktu Maghrib, suasana menjadi sunyi sepi tiba-tiba. Hatta unggas sekalipun tidak mahu berbunyi seolah-olah menghormati alunan azan yang berkumandang.
Petang dan malam itu, kami hanya mendapat ikan tilapia dan beberapa ekor ikan putih kecil sedikit dari tapak tangan. Semuanya kami panggang untuk dijadikan makan malam. Seawal jam 11 malam, aku sudah masuk tidur. Sebenarnya badanku terasa letih kerana memandu jauh siang tadi. Baru saja terlena, tiba-tiba aku dikejutkan oleh Halim dan Henry. Muka mereka kelihatan pucat. Hanya tangan menggapai menunjuk ke arah di tepi tasik. Perlahan-lahan aku keluar dari khemah dan di hadapanku terbentang satu pemandangan yang sungguh luar biasa.
Di tengah-tengah tasik, muncul satu istana besar yang tersergam indah. Aku tidak pernah melihat istana seindah itu. Cahayanya melimpah hingga menerangi kesemua kawasan sekitar. Aku dapat melihat kelibat seorang lelaki setinggi tujuh kaki, berpakaian seperti raja-raja zaman dulu, siap bertanjak dan kerisnya tersarung kemas di pinggang. Dia merenung aku tajam seolah-olah ingin menzahirkan rasa amarah yang teramat sangat.
Perlahan-lahan aku membaca zikir Subhanallah di dalam hati. Hanya itu yang aku ulang-ulang kerana pada masa yang sama aku rasakan tubuhku sudah terpaku di atas tanah. Mulut pula seolah-olah terkunci, tidak mampu untuk berkata apa-apa.
Tidak sampai tiga minit, istana itu tenggelam semula ke dalam tasik. Ketika itulah aku baru teringat akan Supian. Rupa-rupanya Supian sudah pengsan dengan kakinya terendam di tepi tasik. Mata Supian terbelalak ke atas seolah-olah melihat sesuatu yang menakutkan. Puas aku cuba menyedarkan Supian namun usahaku gagal. Akhirnya aku menghubungi Harun lantas menyuruh aku membawa Supian keluar dari kawasan itu.
Malam itu juga kami membawa Supian ke rumah seorang ustaz terkenal untuk diubati. Menggeleng kepala ustaz itu apabila kami menceritakan pengalaman aneh yang baru kami alami.
“Kamu senya memang bernasib baik,” hanya itu ulasan yang ustaz itu berikan.
Supian yang meracau-racau hingga berbuih mulutnya dapat diubati dengan ayat Kursi dan ayah rukyah yang dibaca oleh ustaz.
Sebenarnya menurut Harun, tasik tinggal itu mempunyai sejarah misteri yang tersendiri. Selain keras, tempat itu juga jarang dikunjungi orang ramai kerana tidak terjamin dari segi keselamatan. Menurut Harun lagi, kedalaman tasik itu hampir 200 meter. Sudah dua orang pemancing mati lemas di situ.
Esoknya, kami mengemas semua barang perkhemahan untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Biarlah kami gagal memancing ikan atau meneruskan misi mencari kelah emas, asalkan nyawa kami tidak terancam dengan misteri yang ada di situ.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...