Losyen sunblock atau sunscreen ini boleh didapati dengan mudah di kedai berhampiran anda. Dengan keadaan cuaca sekarang yang semakin panas, percayalah sunscreen ini sangat berguna untuk anda terutama ketika trip rentung. Lagi pun, benda ini tidak memakan ruang yang besar di dalam kotak pancing anda.

 

Lampu merupakan alatan yang amat penting untuk sentiasa ada di dalam kotak pancing anda. Bagi kaki pancing, sebaiknya mempunyai lampu jenis headlamps kerana tangan anda lebih bebas untuk mencapai barang lain atau mengikat tali di dalam gelap.

 

Malang tidak berbau. Sekuat mana pun rod anda, masih terdedah kepada risiko patah terutama pada hujung rod. Patah akibat dihempap pintu kereta, patah ketika melawan ikan atau sedang melontar gewang, semua boleh berlaku. Jika anda tidak ada kepakaran membaikinya, memiliki kit ini mungkin menjadi penyelamat. Rod Tip Repair Kit mungkin menjadikan hari malang anda kembali ceria.

Ads

 

Jika anda dalam perjalanan ke trip memancing dan singgah mengisi petrol atau membeli minuman, pastikan anda membeli pemetik api untuk diletakkan di dalam kotak pancing anda. Di dalam trip terutama trip trekking, anda akan tahu pentingnya pemetik api. Daripada memutuskan tali hingga menghidupkan api, pemetik api merupakan alat bantuan yang cukup berguna.

 

Poncho atau baju hujan pakai buang boleh didapati dengan harga yang murah. Jika anda terperangkap di dalam trip ditemani dengan hujan lebat sama ada di hutan atau di laut, anda akan tahu bahawa poncho ini sangat berguna. Jadilah pemancing yang bijak dan kekal kering ketika memancing.

Ads

 

Kami percaya hampir kesemua pemancing pastinya memiliki bandana atau buff ini. Pastinya anda sendiri mengakui kegunaan buff ketika memancing sama ada membantu anda menutup muka, kepala malah sebagai kain lap tangan anda ketika di dalam trip. Bandana murah atau mahal itu pilihan anda, namun yang pastinya perlu anda miliki di dalam kotak pancing sempurna anda.

 

Ads

Kit kecemasan atau First Aid Kit merupakan alatan kecemasan yang sangat berguna dan penting di dalam kotak pancing anda. Sebagai pemancing, kita terdedah kepada risiko kemalangan sama ada kecil atau besar, jadi dengan adanya kit kecemasan setidak-tidaknya langkah keselamatan awal dapat dilakukan jika berlaku kecemasan.

 

Peralatan Yang Perlu Ada Dalam Kotak Pancing Anda!!

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI