Deps Slide Swimmer 250 swimbait
Harga: US$180
Mungkin disebabkan kemampuan renangan yang senyap dan efisien membuatkan gewang renangan buatan Jepun ini begitu mahal. Gewang sepanjang 25.4 cm (10 inci) ini disaluti getah lembut untuk memperdaya ikan agar terus menggigitnya.
Hammerhead C Cup SUS Abalone Special popper
Harga: US$190
Tidak banyak informasi tentang popper 15.4 cm (6 inci) buatan Jepun ini. Penghasilannya begitu sempurna sehingga ia habis di pasaran.
Gan Craft Jointed Claw Magnum 300 swimbait
Harga: US$249
Gewang sambung (jointed) sepanjang 30.48 cm atau 12 inci ini direka cipta bagi menghasilkan renangan berbentuk hurus S, yang mana ia merupakan sesuatu yang belum pernah dihasilkan. Dengan nilai hampir RM 975, ia mungkin sepadan dengan usaha yang dilakukan.
Moutoukenmaru Minopenmaru 25F-Super MG Abalone Shell stickbait
Harga: US$293
Ada yang mengatakan, semakin panjang nama sesuatu gewang itu maka makin tinggilah harganya. Ia merujuk kepada gewang stickbait buatan tangan pakar gewang buatan tangan, Tosasan di Jepun. Moutoukenmaru Minipenmaru ini dihasilkan dengan kayu yang ringan tetapi kukuh iaitu kayu Paulownia.
Big Melosh Smoothie swimbait
Harga: US$299
Barang mainan kaki pancing berstatus bangsawan ini dihasilkan satu persatu bergantung kepada pesanan. Gewang swimbait sepanjang 30.4 cm (12 inci) ini rasanya lebih selamat berada di dalam bingkai gambar daripada berenang di dalam air.
Roman Made USA Mother swimbait
Harga: US$436
Gewang swimbait Roman Made USA Mother ini sebelah adalah ciptaan Jepun. Ia dianggap ibu segala gewang crankbait yang ada berikutan kepaduannya. Renangan dan ciptaannya begitu sinonim dengan ikan sehingga boleh mengelirukan pemangsa.
House of Solid Gold spoon
Harga: US$600
Sesudu emas 24 karat ciptaan Amerika 3.175 cm meter ni sudah tentu mahal harganya kerana diperbuat daripada emas. Namun ia dicipta khusus untuk pemancing yang benar-benar berani menggunakannya.