Panduan Casting Di Lubuk Jeram!!

Share

 

Sedikit homework perlu dibuat sekiranya korang bercadang untuk casting di jeram-jeram  sungai pergunungan.

 

Panduan 1

Sebaiknya pakai foot wear atau kasut yang bersesuaian terutamanya kasut yang tidak menambahkan beban berat dan kasut dengan tapak yang boleh mencengkam dengan baik di atas batu-batu yang licin.

 

Panduan 2

Elakkan memakai seluar jean atau yang diperbuat daripada fabrik yang menyerap dan menyimpan air. Terutamanya jika perlu meranduk air.

Ia akan menyebabkan perjalanan terganggu kerana jean akan membuatkan berat dan sukar untuk berjalan. Sekaligus mudah letih.

 

 

 ➡ Panduan 3

Jika perlu pakailah jaket keselamatan yang diperbuat daripada foam. Ia sebagai insuran sekiranya terjatuh ke air dalam atau lubuk berpusar.

Malah ia boleh dijadikan pelindung badan sekiranya terjatuh ke atas batu.

 

 ➡ Panduan 4

Sebaik-baiknya pergilah secara berkumpulan atau sekurang-kurangnya berdua dan jangan memancing secara berasingan.

Kecelakaan yang menimpa secara berseorangan umpama membunuh diri secara perlahan-lahan.

 

 ➡ Panduan 5

Bawa pisau atau parang sebagai alat mempertahankan diri bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku.

 

 ➡ Panduan 6

Bawa beg kalis air bersama untuk menyimpan barang-barang penting dan pastikan ia berkeadaan memerangkap udara.

Sekiranya terjatuh ke air dalam ia mampu berfungsi pelampung jangka masa pendek.

 

 

 ➡ Panduan 7

Selidik atau pantau struktur tanah atau batu terlebih dahulu sebelum pijak apatah lagi melompat ke atasnya. Ia dapat mengelak daripada kejadian jerlus atau tergelincir.

 

 ➡ Panduan 8

Jika perlu masuk ke dalam air untuk casting atau melintas, sebaik-baiknya kaji dulu kedalaman dan aliran arus.

Dan jangan sesekali membuka kasut apabila meranduk ke dalam air walaupun airnya jernih.

 

 ➡ Panduan 9

Awasi tanda-tanda kejadian kepala air terutamanya jika casting di jeram air terjun. Segera tinggalkan lokasi apabila berlaku simpton yang luar biasa.

Published by
Amang