Kesalahan-kesalahan asas berikut bukanlah satu kesalahan besar tetapi ia sering berlaku dalam dunia memancing. Ia biasanya berlaku kepada pemancing yang baru berjinak-jinak dengan hobi hanyir ni tetapi ada ketikanya orang yang dah berpengalaman pun masih melakukannya.

 

CARA PEGANG JORAN

Ia merupakan kesalahan paling banyak berlaku khususnya pemancing yang baru belajar memancing. Secara tidak langsung ia menjadi penanda aras status pemancing tersebut. Dalam erti kata lain, kalau pemancing lain melihat kita memegang cara demikian maka dia akan tahu kita masih nubis.

 

 

SALAH SET PANCING

Tentu korang pernah tengok seseorang yang menggunakan kekili mendatar (spinning) tetapi dipasangkan dengan joran mengilat (casting rod). Walaupun boleh je nak guna tapi dalam hukum memancing ia adalah kesalahan kerana boleh merosakan tulang belakang joran tersebut.

 

 

SALAH GUNA GEWANG

Mungin sekarang ini tidak berlaku lagi tetapi perbuatan mengilat atau casting gewang dengan menggunakan batu ladung bertujuan untuk senang baling, malah perbuatan menggunakan gewang sebagai umpan pancingan dasar pernah berlaku suatu ketika dahulu.

 

MULTIPLIER / BAIT CASTER TERBALIK

Ia mungkin sesuatu yang melucukan tetapi fenomena menggunakan kekili menegak seperti kekili mendatar terus berlaku sehingga hari ini. Sebabnya sudah tentu kerana masih cetek ilmu memancing.

 

 

DRAG LONGGAR

Perbuatan tidak melaraskan daya seretan kekili (drag) dengan betul juga biasa berlaku kepada pemancing baru. Malah pemancing berpengalaman turut sama menghadapi perkara yang sama. Ekoran daripada itu maka kedengaranlah komen dari rakan pemancing, “Ketat la sikit drag tu!”

 

PAM IKAN

Perbuatan mengayuh kekili serentak tatkala tali keluar dari spool ditarik ikan dan mengayuh kekili tanpa mengangkat joran juga merupakan kesalahan asas memancing yang masih banyak berlaku.

 

UMPAN YANG SALAH

Pancing ikan lampan menggunakan umpan ikan keli hidup merupakan salah satu contoh kesalahan memancing kerana ternyata ia salah dari segi penggunaan umpan. Malah korang akan dijadikan bahan ketawa sekiranya mendakwa dapat ikan lampam tersebut menggunakan umpan ikan keli hidup.