Arapaima (Lokasi: Amazonia, Brazil)

Pirarucu atau arapaima gigas boleh dikatakan spesies legenda yang masyhur di kalangan pemancing. Jadi tidak hairanlah Lembah Amazon di Brazil ini mampu berbangga dengan spesies ikan naga sebagai rekod terberat pernah dinaikkan menggunakan rod dan kekili. Spesies yang dijinakkan oleh pemancing profesional tersohor, Jakub Vagner pada 2010 ini telah merekodkan angka 339 paun (154 kg) dan ianya juga diperakui oleh IGFA sebagai rekod rasmi.

 

Salmon (Lokasi: California, Amerika Syarikat)

Seorang pegawai hidupan liar telah menangkap seekor salmon yang dikatakan terberat di selatan California. Spesies salmon Chinook ini direkodkan seberat 85 paun dengan panjang mencecah 4 kaki. Ikan ini dikatakan berenang sejauh hampir 100 batu menuju ke hulu sungai untuk menghempaskan telur sebelum mati kemudiannya.

7 Hasil Tangkapan Tahap Magnificent 7!!

 

Ads

Alligator Gar (Lokasi: Texas, Amerika Syarikat)

Spesies yang menyerupai haiwan prasejarah ini berjaya dijinakkan oleh seorang pemancing dari Texas iaitu Brent Crawford. Beratnya melebihi 300 paun dengan panjang berukuran 8 kaki 2 inci. Tangkapan Crawford dikatakan menjadi rekod terbesar alligator gar yang didaratkan dengan teknik pancingan busur (bow-fishing) mengatasi rekod lama iaitu 279 paun. Bagi rekod tangkapan alligator gar menggunakan rod dan kekili, rekod terberat ialah 365 paun.

 

 

Marlin Biru (Lokasi: Kona, Hawaii)

Ads

Marlin ini digelar marlin biru legenda Pasifik setelah ia berjaya didaratkan pada tahun 1984 di perairan Kona, Hawaii. Panjang marlin ini mencecah sehingga 17 kaki dan beratnya pula direkodkan seberat 1656 paun. Ia mengambil masa lebih daripada 2 jam bagi pemancing menaikkan gergasi ini. Begitu pun, ia dikatakan marlin kedua terberat yang pernah dinaikkan menggunakan rod pancing.

 

 

Pla Buk Mekong (Lokasi: Thailand)

Ads

Pada Mei 2005, seekor patin Mekong (Pangasionodon gigas) telah berjaya didaratkan yang mana saintis percaya ia merupakan yang terbesar pernah dinaikkan. Saiznya sepanjang 9 kaki dan beratnya mencecah 646 paun hampir sebesar seekor beruang. Oleh kerana ia dikategorikan sebagai spesies terancam, nelayan di sana cuba untuk melepaskan kembali, namun sayangnya Mekong tersebut mati.

7 Hasil Tangkapan Tahap Magnificent 7!!

 

Pari Air Tawar Gergasi (Lokasi: Thailand)

Pari air tawar yang terbesar pernah ditangkap telah direkodkan di Thailand. Dengan berat mencecah 770 paun ianya ditangkap oleh seorang warga British yang memancing di Thailand ketika membantu program tagging spesies berkenaan. Ukuran spesimen sekitar 7 kaki panjang dan 7 kaki lebar ini mengambil masa hampir 2 jam sebelum berjaya didaratkan.

7 Hasil Tangkapan Tahap Magnificent 7!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI