6 Spesies Ikan Terbesar Di Dunia *

Share

 

Berikut disenaraikan ikan terbesar (gabungan panjang dan berat) di lautan dan sungai masa kini.

Walaupun ada terdapat spesies ikan yang lebih panjang, namun ia tidak memiliki berat yang mengagumkan untuk ditabal sebagai ikan terbesar.

 

No.6  ➡ Great white shark

Ikan great white shark yang turut dikenali sebagai the great white, white pointer, white shark  atau white death.

Membawa nama binomial Carcharodon carcharias, ia adalah spesies jerung lamniform besar yang dapat ditemui di perairan permukaan pesisir semua lautan utama. Ikan great white shark dikenali kerana saiznya.

Spesies dewasa mampu mencecah 6.4 meter atau 21 kaki. Beratnya pula pula sekitar 520 – 750 kg.

 

No.5  ➡ Beluga sturgeon

Ikan beluga sturgeon atau nama binomialnya Huso huso adalah contoh ikan pemangsa bersais besar yang menjadikan ikan sebagai makanan utamanya, turut sama memakan anjing laut.

Beluga yang berada dalam keluarga besar Acipenseridae dan order Acipenseriformes boleh didapati terutamanya di Lembangan Caspian dan Laut Hitam, dan kadang-kadang di Laut Adriatik.

Rekod terbesar yang diterima ialah spesies betina pada tahun 1827 di muara Volga dengan berat 1,571 kg dan 7.2 meter panjang (23 kaki 8 inci).

 

No.4  ➡ Greenland shark 

Greenland shark hidup lebih jauh ke utara berbanding jerung lain, dimensi yang sama dengan spesies great white shark.

Greenland shark mampu membesar sehinggai 6.4 meter (21 kaki) dan mencecah berat 1,000 kg atau 1 tan.

Spesies ini berketrampilan agak lembap, dengan kepala kecil, muncong kecil dan mata kecil. Kelajuan maksimum mereka adalah 1.7 batu per jam.

Kebanyakannya hidup dalam keadaan hampir buta, dan menjadikan bangkai sebagai makanan.

 

No.3  ➡ Basking shark

Ikan basking shark atau nama binomialnya Cetorhinus maximus adalah ikan hidup kedua terbesar di dunia, dan salah satu daripada tiga jerung yang memakan plankton selain whale shark dan megamouth shark.

Ia boleh didapati di semua lautan suhu sederhana di dunia. Basking shark dewasa mampu mencapai 6 hingga 8 meter (20-26 kaki) panjangnya.

 

No.2  ➡ Giant Oarfish 

Ikan giant oarfish adalah ikan terpanjang dalam spesies ikan bertulang banyak. Spesies ini lazimnya dikenali kerana panjang dan bukan kerana saiz berat.

Ia mampu membesar panjang dengan mudah sehingga 3 meter (9.8 kaki). Malah rekod terpanjang pernah dicatatkan adalah sepanjang 11 meter (36 kaki) namun ia sangat jarang dilihat kerana giant Oarfish tinggal di kedalaman sekitar 1,000 meter atau 3,300 kaki.

 

No.1  ➡ Whale shark

Ikan whale shark atau yu paus dengan nama binomialnya Rhincodon typu adalah yu penapis yang bergerak paling perlahan.

Pengesahan telah dicatatkan ia mampu membesar sepanjang 12.56 meter atau 41.50 kaki dan berat kira-kira 21.5 tan metrik.

Ada laporan yang menyatakan terdapat spesies yang lebih besar namun ia belum disahkan. Whale shark mempunyai mulut dengan bukaan selebar 1.5 meter.

Memiliki 300 hingga 350 baris gigi kecil dan 10 pad penapis yang digunakan untuk menapis makanan.

Published by
Amang