Pari Sungai   

Ikan Pari Sungai ini dulu banyak terdapat di Sungai Perak dan Pahang  tapi kini kian pupus. Di Malaysia @ semenanjung pari sungai bersaiz besar belasan kilogram boleh dianggap telah pupus. Selain di Malaysia, pari sungai juga didapati di Sungai Kapuas, Kalimantan Barat, Sungai Indragiri , Sumatera, Indonesia dan Sungai Chao Phraya, Thailand.

 

Spesies Ikan Asal Hampir Pupus Di Habitat Liar!!

 

Ringau

Dikenali sebagai Four Banded Tigerfish atau Datnioides Polota.  Ikan ini hidup di kawasan air payau di muara sungai, kawasan teluk dan sungai yang mempunyai kesan pasang surut. Membesar melebihi 30 cm dan berat sehingga 2 kg dulu banyak terdapat di sungai-sungai di Perak, Melaka, dan Sarawak  tapi kini kian pupus. Ikan ini juga boleh di temui di India, Bangladesh, Thailand dan Indonesia.

 

Toman Bunga

Ikan ini memiliki banyak nama mengikut lokasi di negara ini. Ada yang menggelarnya sebagai kerandang, jelai, jaloi atau ‘Emperor Snakehead’. Nama saintifik Channa Marulioides.

Ads

Ia  merupakan ikan pemangsa jenis ikan kepala ular (snakehead). Spesies yang memiliki corak cantik ini mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut serta mendiami kawasan-kawasan berpaya yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti saudaranya, haruan palas dan bujuk.

Ia boleh membesar sehingga 68cm dan mencapai berat badan 3.5 kg. Ikan ini dulu banyak terdapat di seluruh Malaysia tapi kini amat berkurangan. Ikan ini juga boleh di dapati di Selatan Thailand, Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

Spesies Ikan Asal Hampir Pupus Di Habitat Liar!!

 

Yu Gergaji

Juga dikenali sebagai  yu beroi, yu parang, pari gergaji seragam, largetooth sawfish atau Pristis Microdon.  Ikan ini hidup di kawasan muara sungai dan ada juga yang bergerak ke sungai air tawar.

Membesar melebihi 7 m dan berat sehingga 600 kg. Gergaji  digunakan untuk melibas ikan dan untuk mempertahankan diri. Selalu terdapat di kawasan  dasar yang berlumpur dan aktif pada waktu malam.

Ads

Ikan yu gergaji ini dulu banyak terdapat di Sungai Kedah, Perak, Kelantan ,Terengganu dan Pahang tapi kini  pupus. Ikan ini juga boleh didapati di Kawasan Indo- Pasifik Barat.

 

 

Ikan Temoleh

Ikan dari keluarga kap juga ini juga dikenali sebagai Temelian, Tamalian atau Probarbus Jullieni. Ia merupakan salah satu ikan air tawar terbesar di Malaysia dan mampu membesar hingga 25 kg bersama ukuran panjangnya hingga 150 cm.

Sekitar tahun 1990-an, temoleh seberat 33 kg pernah dilaporkan di tangkap di Kuala Tahan, Pahang. Mankala temoleh terberat yang pernah direkodkan setakat ini adalah 70 kg di Thailand.

Ads

Dahulu, ia banyak terdapat di sungai-sungai di Pahang dan Perak tapi kini kian pupus. Selain Malaysia, temoleh boleh ditemui di Laos, Lembangan Chao Phraya, Thailand dan Mekong, Vietnam.

Spesies Ikan Asal Hampir Pupus Di Habitat Liar!!

 

Ikan Kelisa

Nama saintifiknya Scleropages Formosus atau turut digelar ‘Asian Bonytongue’, merupakan ikan yang paling popular sekali kini di antara ikan akuarium dan disebabkan ini ia kini pupus terutamanya ikan yang asli  dari sungai atau tasik.

Mendiami kawasan sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut. Boleh membesar sehingga 90cm dan berat badan 7 kg. Ikan jantan menyimpan telur dan anak di dalam mulutnya sehingga menetas.

Terdapat beberapa jenis di ikan kelisa di Malaysia iaitu dari jenis kelisa hijau, biru dan emas dan taburannya berbeza mengikut lokasi. Ikan ini dulu banyak terdapat di seluruh Malaysia tapi kini amat berkurangan.

Ikan dari spesies ini juga boleh di dapati di Thailand, Kalimantan dan Sumatera, Indonesia, Vietnam, dan Kampuchea.

Spesies Ikan Asal Hampir Pupus Di Habitat Liar!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI