4 Etika Memancing Utama perlu dipatuhi

Share

 

Setiap perbuatan yang dilakukan haruslah disertai dengan etika. Begitu jugalah dengan memancing.

Apabila beretika ketika memancing, barulah seseorang pemancing itu akan dihormati sekaligus memartabatkan hobi memancing itu sendiri.

 

KAWASAN PERIBADI PEMANCING

 

➡ Hormatilah pemancing lain. Setiap pemancing memerlukan kawasan memancing peribadi mereka. Jangan CEROBOH ke dalam kawasan ini.

Kawasan ini pastinya berbeza, terpulang kepada keadaan. Namun, anda perlulah menggunakan logik, supaya tidak mengganggu pemancing lain.

 

BERSOPAN SANTUN

 

➡ Bersopan santunlah terhadap pemancing lain. Minta izin jika hendak memancing berdekatan dengan mereka.

Jika tidak diberi keizinan, beredarlah tanpa menimbulkan sebarang provokasi atau persengketaan.

 

➡ Jangan buat BISING. Ini mungkin menakutkan ikan, dan mungkin juga membuat pemancing lain tidak selesa sekaligus boleh mencetuskan insiden yang tidak sepatutnya berlaku.

 

➡ Jangan mengacau permukaan air tanpa sebab, umpamanya meranduk air, membasuh.

Jika anda menggunakan bot dan berdekatan dengan pemancing lain, perlahankan bot anda supaya tidak mengganggu mereka. Cuba elakkan kawasan pancingan mereka, jika boleh.

 

KESELAMATAN

 

Sentiasa fikirkan keselamatan bagi diri anda dan juga pemancing lain. Sudah banyak insiden yang berlaku ketika memancing.

 

➡ Jangan tinggalkan benda tajam seperti pisau atau mata kail di atas tanah atau lantai bot.

Kebanyakan kemalangan yang melibatkan benda-benda tajam seperti ini bukanlah ketika sedang menggunakannya, sebaliknya akibat kecuaian.

 

➡ Pakailah alat pelampung atau jaket keselamatan seperti personal floatation device setiap masa, bila anda berada di dalam bot atau dalam air.

Tak kiralah sama ada anda mahir berenang atau sebaliknya.

 

➡ Buat tinjauan keselamatan terlebih dalulu sebelum anda meranduk sungai atau menggunakan bot.

Lebih baik sekiranya anda membuat sedikit kerja rumah dengan mencari nasihat tentang sungai atau tasik atau laut yang ingin anda jelajahi.

 

 

Published by
Amang