Terdapat 4 ciri air laut yang melibatkan pergerakan arus yang mempengaruhi sesi pemancing yang perlu diketahui oleh pemancing.

 

Air Besar

Air besar bermaksud keadaan di laut yang mana air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya air bergerak bersama lumpur menyebabkan air menjadi keruh. Ia biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula.

Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar tebing muara. Ketika air mula tinggi spesies ikan tetanda dan gelama adalah spesies yang biasa menghuninya.

Kebanyakannya berlindung ketika arus di kawasan tengah terlalu laju. Kebanyakan spesies seperti ikan sembilang juga amat aktif ketika ini. Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai.

Kebanyakan ikan pari kecil di bawah 2kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek.

4 Ciri Air Laut Yang Perlu Diketahui Pemancing!!

 

Air Mati

Ads

Air mati (tidak berarus) bermaksud, keadaan air begitu jernih dan sekiranya umpan dijatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu walaupun bersaiz kecil. Adakalanya umpan tanpa batu tidak akan hanyut.

Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif. Hanya waktu air mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk memancing. Ketika ini ikan buntal dan sesirat adalah yang paling banyak mengganggu.

Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini memburukkan keadaan. Kebanyakan spot sesuai berada di laluan alu lebih ke tengah laut. Ketika ini, air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik casting.

Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat tetanda dan siakap yang bergerak ke dalam anak sungai.

4 Ciri Air Laut Yang Perlu Diketahui Pemancing!!

 

Ads

Air Menyorong Kecil

Air Menyorong Kecil bermaksud keadaan air besar yang mula perlahan dan akan mati selepas 3 hari. Ketika ini air keruh mula jernih dan arus perlahan. Kebanyakan kawasan sesuai untuk memancing.

Kebiasaannya pada waktu ini sesuai untuk memburu spesies kurau, senangin dan jenahak di kawasan dermaga dan kawasan dalam yang lain.

4 Ciri Air Laut Yang Perlu Diketahui Pemancing!!

Air Menyorong Besar

Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mati yang mula berarus. Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar. Ketika ini ikan yang berada di kawasan zon pasang surut air mati mula aktif dan bergerak mengikut arus.

Ads

Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi sedikit. Kebiasaannya pada hari ketiga. Nelayan akan keluar menjaring untuk memburu spesies Ikan senangin yang mula bergerak bersama air pasang.

Dalam erti kata lain, ketika ini jugalah pemancing perlu keluar untuk memancing senangin.

 

Nota tambahan:

Walaupun keadaan air yang cantik kadangkala tidak juga membuahkan hasil kerana ia juga bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan suhu persekitaran.

4 Ciri Air Laut Yang Perlu Diketahui Pemancing!!baca juga 10 Ikan Sukan Air Masin Terbaik Dunia

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI